Wednesday, September 29, 2010
''Sampai bIla naK Tunggu!!!''
lctrer : Kalau xsmpai juga kene extent PSM (Projek Sarjana Muda) lah nie?
Prof mana boleh macam nie. Bukan salah saya pun chemical xsmpai lg. Saya xnak extent saya nak grad on time ok. Saya dah prepare apa yang patut. Prepare tuk grad pun dah. Dah fikir nak tempah baju macam mana, nak baju warna apa, tumit kasut tinggi mana. Sapa nak tengok rupa saya nanti grad jemput datang tahun depan ya. Cuma sekarang masalah saya ialah nak tunggu chemical je yang lambat sangat smpai nie. Hari2 saya p stor tnya sal chmical saya dah sampai ke belum, tapi jawapan yang saya dapat membuatkan saya hampa..
Hari tu kata lepas raya sampai, tapi nie xsmpai2 juga. Tak kan nak kene tunggu sampai Syawal next year kot ( lepas raya gak tu selagi xmsuk syawal next year). Lau cam tu memang kene extent gak lah gayanye. Bosan je lau cam nie. Apa masalah chemical lambat smpai pun entah lah. Bukan nak buat bom pun chemical2 nie nak buat research, nak bagi Malaysia maju juga. Susah betul nak buat benda baik, lau nak buat benda jahat lagi susah.
tiba2 'aku' yang sntiasa d guna menjadi 'saya'..okehh sila abaikan..next entry 'aku' akn diguna. otai xleh pkai 'saya'..hek3x..
nota kirikanan :
membebel adalah kerja aku..
Monday, September 27, 2010
''Macam Siput sedUT yanG takleh nak sedut lagi''
Dah masuk mngu ke2 tuk aku teruskan apa yang patut aku lakukan di bumi UTM nie. Wahh sekarang nie musim orang grad tau tak. Syok gler kan. Ambik gambar kat pntu utama, amik gambar kat tasik lah dan macam2 lagi. Aku tengok pun cam best je. Ishh xsabar asenya nak lalui saat2 cam mereka. Tapi an aku dah berpeluang menyarung jubah dan memakai topi grad tu. Mcam mana aku leh pakai? Owhh ada yang xpuas ati ehh tngok profil pic aku kat fb kat sebelah tu yang pakai topi yaa. Aku pinjam orang punya je tu sebab tahap kegatalan aku nak pakai benda2 tu dah tahap maksimum. Dah memang xleh nak sabar langsung.
Masa aku belajar kat MRSM dulu aku dan berkesempatan untuk lalui saat2 grad nie. Sama cam orang grad dekat universiti juga caranya. Tapi time tu dapat pakai jubah je, topinya tak de. Jubah bukan main besar sampai boleh masuk 2,3 orang lagi kat dalam tu. Aku dikira beruntung sebab awal2 lagi dah ada pengalaman tuk graduasi nie. Jadi buat sapa2 yang baca blog aku dan akan grad juga, aku nak ucapkan 'SELAMAT BERGRADUASI'. Moga terus berjaya.
nota kirikanan:
aku dilema..
Sunday, September 19, 2010
''Tinggal dulu..Jumpa lagi''
Tuesday, September 14, 2010
''rAya2 juga...sampai jodoh kene kahwin..''
Tapi bagi sesetangah orang, Mereka bergembira dengan kahwin..
Kompang dipalu,
pegantin baru..
Congrate buat kak asma ngan abang lutfi. Kak asma nie sepupu papa aku. Dah sampai jodoh dye. Aku bila plak? Aku tak kisah bila2 pun sebab aku target nak kawin lg 5,6 tahun. Aku pun muda bergetah lagi orang kata. Tak sesuai nak khwin pun lagi dengan keanak2kan aku nie. Korang semua bila lagi? Jodoh jauh lagi gak ke? Meh baca semua nie kat bawah ada aku sediakan doa. Nanti baca2la ya. Insyallah. Nak khwn jemput2 la aku juga.
Bila cakap sal jodoh nie,yang aku tau jodoh terbahagi kepada 3. Kene berati2 ngan jodoh kita nie. Ada jodoh cara baik, ada gak cara yang tak baik.
1- Jodoh dari syaitan
- Contohnya si mat jumpa si kiah. Lepas tu kenal mengenali antara satu sama lain. Suka each other. Bila dah suka, apa lagi cucuk sana sini lah. Tup tup si kiah termegandung sebab si mat nie tak pakai pelindung (bukan takal ya). Lepas tu baru mereka kalut ribut nak kahwin.
2- Jodoh dari jin
- Yang nie plak jodoh cara paksaan dah orang tak suka p lah cari orang lain. Yang dop terhegeh-hegeh nape. Dah takde orang suka dan terdesak sangat2 ke. Bila orang tak suka dop tiup sana tipu sini (guna bomoh). Last kahwin juga.
3- Jodoh dari Allah
- Jodoh yang paling suci, yang mana telah di redhai oleh Allah. Perkenalan diteruskan dengan ikatan yang suci (masuk meminang), kemudian yang si perempuan setuju dan di akhiri dengan perkahwinan. Cara nie lebih baik dan diberkati Insyallah hingga akhir hayat. Amin.
Inyallah mama dan papa aku akan kekal selama2nya. Lebih kurang 24tahun usia perkahwinan mereka. Moga kekal selama2nya.
esok open ouse..meh ah jalan2 umah aku.
Sunday, September 12, 2010
Polis Sahkan Sosilawati Bersama Tiga Yang Lain Mati Dibunuh..
BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini Ahad.
Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - BERNAMA
subhanallah..
sumber : mstar online
Thursday, September 9, 2010
''Ramadhan 1431 Hijrah''
Sempena 1 Syawal esok dan sempena 30 Ramadhan pada hari ini, aku dengan seikhlas hatinya nak ucapkan Selamat tinggal bulan Ramadhan tahun 1431 Hijrah, semoga aku dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadahan tahun 1432 Hijrah dan semoga Ramadhan tahun ini menjadikan diri aku seorang yang lebih sabar dari Ramadhan yang sebelumnya. Tak lupa juga selamat datang buat Syawal tahun 1431 Hijrah, semoga Syawal ini memberi aku satu sinar untuk terus menerangi hidup ini.
Buat mereka yang baru bertolak dan akan bertolak untuk pulang ke kampung halaman, hati2 di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat, Ingatlah orang yang tersayang. Patuhilah undang2 jalan raya. Semoga kita semua selamat.
mood raya xdtg lg..huk3x..
Friday, September 3, 2010
Salam Perantau dari Johor Sebelum balik Kelantan.. Kelantan i'm Coming!!!
Okeh buat peneman dan pembaca setia blog nothingzorro nie aku nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk seminggu yang terakhir ini. Moga-moga kita mendapat keberkataan daripada Bulan Ramadhan ini. Ikhlaskan hati, Ubah niat kita kepada kebaikan dan Maafkanlah kesilapan lampau orang-orang yang menyakiti dirimu. Sedangkan Nabi ampunkan Umatnya.
Untuk kawan-kawan yang mengenali diri aku yang membaca blog aku, aku dah buat kad raya edisi Shera Haifa. Sila lihat kad-kad raya ini.

yang nie aku khaskan buat bloger2 yang hebat,,

yang nie lak buat kawan2 yang memang dah lama terpisah expecially kawan2 sekolah rendah.
nota kirikanan :
bas pukul 8.oo p.m.oKehh!!