Friday, December 31, 2010

the end of the 2010


Saat demi saat berlalu..
Hari-hari yang terus berlalu..
Tahun 2010 pergi..

Detik demi detik dikira..
Tahun 2011 muncul..

Selamat menyambut tahun baru..

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Corak Carik 2010..

2010..
Itulah tahun yang akan meninggalkan kita.

2011..
Itulah tahun yang akan muncul esok di kalendar kita,.

Sepanjang tahun 2010, banyak kenangan yang aku cipta. Antara suka dan duka semuanya ada. Yang suka pasti menjadi kenangan seumur hidup aku, maka yang duka pasti memberi kecacatan untuk diri aku pada tahun 2010. 

Tahun 2010 bermula dengan duka yang membuatkan semua yang terlibat tersentap dari kegembiraan yang diciptakan. 2 Januari 2010, hari yang dijangkakan akan memberi kegembiraan diragut sekelip mata. Kemalangan yang tidak melibatkan nyawa, tapi melibatkan wang ringgit menyebabkan dunia gelap gelita. 


Dengan menaiki 3 buah kereta yang mana kesemuanya disewa dari agen-agen yang menjalankan khidmat sewa kereta, kami bertolak ke Kota Tinggi untuk bergembira di air terjun sempena tahun baru. Salah satu dari kereta sewa di pandu oleh aku. Sewaktu dalam perjalanan ke sana, kemalangan yang melibatkan kami dan kereta-kereta disewa telah berlaku. Tapi yang terlibat hanyalah 2 buah kereta. Kereta yang di pandu oleh aku tidak terlibat. Maklumlah aku seorang pemandu yang berwibawa dan mematuhi undang-undang.. Sila muntah semua dengan pengakuan aku yang meloyakan nie. Sebabnya aku bukan lah pemandu yang sebegitu. 


Manakala, 1 Ogos 2010, mencatatkan kegembiraan buat aku and the team. Kami menang futsal perempuan. 


Even hanya no 2 tapi kami adalah pasukan yang digeruni. Kenapa aku kata demikian? Sepatutnya kami ada lagi 1 game tapi ada 1 team tu telah menarik diri untuk lawan dengan kami. HAHAHA.. Sila abaikan gelak yang mengila-gila itu. Jadi itulah salah satu kegembiraan yang aku ingat tarikhnya. Masih banyak lagi kegembiran, tapi aku xnak kongsi. Hanya mahu kongsi gambar sahaja.


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda


Thursday, December 30, 2010

Fenomena Khairul Fahmi Che Mat aka Apexx..


Gambar nie aku print screen masa aku tengok bola live menerusi online Malaysia vs Indonesia.
Opss dye malu ngan aku..Sebab tu dye halang muka dye ngan tangan..Ngaku lah,.Malu kan!! Haha

Kau kenal itu siapa?
Itu kalau nak kenal buah hati pengarang jantung Cik Aimei Harmelia..
Siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat aka Apex..
Keeper Kebangsaan dan juga keeper Kelantan.
Bangga aku wei orang Kelantan nie..


Buat makcik-makcik yang kat luar sana, yang dop berhajat nak buat Apex nie menantu..
Lupakanlah niat murni makcik-makcik nie.
Mereka nie dah memang sesuai & sweet sangat-sangat.


Fuff aku kagum tengok cara dye tangkap bola..Power..
Ada cara tersendiri. Bila dye dapat tangkap je bola, pasti dye rebahkan badan dye.
Itu skill dye lah. Tapi terbaik cara tu, so bola xkan mudah terlepas lah.GOOD!!

Disebabkan Cik Aimei Harmelia.. selalu update pasal Khairul Fahmi Che Mat aka Apex..
Fenomena Khairul Fahmi Che Mat aka Apex turut melekat di blog http://jejariruncing.blogspot.com/
Setiap 10 minit aku telah print screen blog http://jejariruncing.blogspot.com/
Untuk apa?
Untuk kamu-kamu melihat bilangan follower di blog http://jejariruncing.blogspot.com/
Maap yaa Cik Aimei Harmelia print screen tanpa izin..hehe




SEE!!
Meningkat bukan. Apa kau tak nampak? Sila klik pada gambar untuk tumbesaran. 
Buka mata luas-luas aku tak pakai laser kat cnie. So takde apa leh halang pandangan kau.
Ramai yang ingin mengetahui berita-berita terbaru mengenai keeper kebangsaan dan juga kelantan ini.
Disamping itu, mungkin ramai yang ingin tahu sejarah pertemuan mereka.
Cik Aimei Harmelia ada update dekat blog dye..Nak tau Terjah lah,,
Mereke sangat sweet okeh..Moga hubungan kekal hingga akhir hayat.

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Wednesday, December 29, 2010

Garuda mati dibaham Harimau..Malaysia Menang!!

PIALA AFF SUZUKI MILIK MALAYSIA!!!
Agreget : 4-2


Garuda mati dibaham Harimau..
kuekk2x,,Opss tu bunyi itik..
bunyi Harimau ..aAuuuuummmmm
Hahaha

Ini harimau bukan sebarang harimau..
Ini harimau ada taring!!
Sekali ngapp itu kepala..Putus!!!!!

Garuda ada apa??
Sayap!! untuk terbang tinggi sebab takut..
Haha..
Sapa setuju??

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Malaysia vs Indonesia : Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010..


Malaysia pasti boleh!!!!
Harimau akan mengaum di Stadium Gelora Bung Karno malam ini..
Membaham Si Garuda yang hanya tau terbang tinggi kerana takut.
Apakah???

Video diatas jadikan sebagai pembakar semangat kita semua.
Teruskan perjuang sehingga tamat 90 minit..

Cayalah ..

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

mENgidam!!

Mengandung kah?
Itu lah soalan yang sering dikaitkan bila mana rasa mengidam itu ada.
Owhh NO NO NO.. Aku bujang trang tang tang lagi yaa.
Tapi bujang pun ada yang dah termengandung..Betul tak?
Masyallah..Dasyat sungguh remaja-remaja sekarang.
Apa mereka tak fikir masa depan ke masa buat benda-benda terkutuk tu..
Malu sungguh aku rasakan dengan sikap-sikap mereka..

Arghhh tapi apa yang penting aku mengidam bukan sebab termengandung k..
Aku tak penah buat benda-benda tak berfaedah dan merosakkan diri sendiri nie.
Aku kan budak baik..Wekkss..Sila muntah ramai-ramai..
Haha sapa muntah dye tu mengandung lah tu..


Yummm..Yummm..Ini yang aku idamkan..
Aku ngidam nak makan Mc'D..Dan ak telah berjaya makan Mc'D..
Haha bajet kaya..padehal duit tak masuk lagi.

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Tuesday, December 28, 2010

"Saya Blogger Kelantan"

wett..wett..Jom para blogger Kelantan sekalian.. Sama-sama kita gegarkan Blog Pilihan Malaysia..Kat cnie kita join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri..

Nama glemer :
Shera 

status:
Berhutang..opps single mingle

cara hubungi :
Cute_hakirow@yahoo.com (YM, FB)

Daerah :
kota bharu

Tempat tinggal:
area Pasir Hor..Xtahu!! Ikut arah signboard

Apa yang menarik ditempat saya?
Banyak..Nak tahu apa..Teruskan membaca. Di Kelantan terdapat banyak tempat menarik. Antaranya bagi mereka-mereka yang suka shoping anda bolehlah ke Pengalan Kubur @ Rantau Panjang. Tak lupa juga pasar borong di Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. 


Bagi mereka yang minat akan sejarah pula boleh lah pusing-pusing sekitar bandar Kota Bharu kerana terdapat banyak bangunan-bangunan bersejarah antaranya Bank Kerapu, Istana Jahar, Muzium Kraftangan dll..


Jom pakat mai kelate untuk lihat & lawat tempat-tempat menarik ini. Ada banyak lagi yang menarik tapi tak diceritakan disini.

Yang berminat untuk bercerita tentang tempat mereka,,leh klik sini.. Jom lawan tempat siapa lagi menarik..hehe =)


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Monday, December 27, 2010

Riang Ria Cuti Sekolah 2010 (pArt 5)

Kita saksikan dahulu video ini..

video

okehh..dah tengok video diatas? Sekarang baru aku nak bercerita. Riang Ria Cuti Sekolah 2010 sudah masuk bahagian kelima. Ini bermakna dah lima aktiviti aku lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan. Kali ini aktiviti diberi nama ''Gelora di Hati Sara''.. Opss bukan-bukan. Ini tajuk cerita yang Rosyam Nor dan Fauziah Latiff berlakon bersama. Tajuk aktiviti aku ''Gelora Pantai Chinta Bersemi''.

Duhai kekasihku..
Bersaksikan ombak dan pantai dilaut ini lah..
Kita bersama-sama membuat janji..
untuk bersama-sama hingga akhir hayat..

Apakah!!!!!

Memang aku penah p date kat pantai ini. Tapi aku atau dia xpenah cakap ayat kat atas tu ya. Itu hanyalah rekaan aku semata-mata. 


Pancai Cinta Bersemi yang turut dikenali dengan nama Pantai Cahaya Bulan menjadi kunjungan aku dan keluarga. Pantai nie sememangnya tak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk bermain air dan mandi manda. Keadaan ombak yang boleh dikatakan tinggi menghalang semua aktiviti-aktiviti berkaitan dengan air. Hanya aktiviti di darat dibenarkan. Bagi mereka yang suka akan ombak dan tak suka air sesuai untuk datang ke pantai ini. Tapi adakah mereka yang tak suka air? Rasanya tiada, hanya kambing yang tak suka air.


See! Takde orang mandi manda. Bahaya okeh..

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Thursday, December 23, 2010

5 tahun berlalu.. Rasanya baru seperti semalam

Kepada semua pejuang-pejuang yang telah memperjuangkan diri dalam peperiksaan penilaian menengah rendah PMR, 


Esok keputusan rasmi peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR) akan diumukan.
Moga adik-adik semua berjaya. Bagi yang tidak berjaya pula jangan patah semangat. Teruskan perjuangan. Bukan sampai di sini kehidupan ini, malah ada bertahun-tahun lagi yang akan dihadapi. Itupun andai nyawa masih di kandung badan. 

Bila dapat keputusan yang bagus pasti kegagalan lepas terutama semasa ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) akan dilupakan. Pasti kegembiraan menengelamkan kesedihan lalu. Kesedihan dan kegembiraan hanyalah pinjaman semata-mata.

Walaupun 5 tahun sudah berlalu zaman aku, tapi aku masih ingat saat-saat itu. Ketika itu hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Maklumlah keputusan diumukan pada bulan Disember. Di Kelantan sudah pasti ketika itu musim tengkujuh. Walaupun hujan turun tanpa henti, kaki aku melangkah juga ke dewan sekolah.

Setibanya aku di situ, keadaan sangat hingar bingar seumpama berada di pasar. Adanya mereka yang menangis kegembiraan dan adanya juga mereka yang menangis kesedihan. Perasaan aku ketika itu sangat berdebar-debar. Aku ke sana ditemani Mama & Papa. Lagilah rasa berdebar-debar, takut result yang aku perolehi menghampakan Mama & Papa. 

Melangkah menghampiri meja yang diduduki guru tingkatan, aku mendapatkan keputusan aku. Aku tak meyangka aku dapat result sebegitu. Tapi aku bersyukur dengan segala-galanya. Lepas pada hari itu, berminggu-minggu juga lah orang dop menanya akan result aku. Aku menjawab dengan sejujur-jujurnya.

Kini sudah tidak ada lagi orang yang bertanyakan akan hal ini. Mereka sudah tidak membangkitkan lagi akan keputusan aku dahulu. Apa yang dibangkitkan kini hanyalah keputusan yang aku dapat di universiti. Keadaan diibaratkan bila perkara itu tengah 'hot' ramai orang nak tahu dan bertanya. Tapi bila semua dah settle dan keadaan dah kembali 'cool' orang akan melupakan dan terus mendiamkan diri. 

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Wednesday, December 22, 2010

Riang Ria Cuti Sekolah 2010 (pArt 4)

Riang Ria cuti sekolah kini kembali. Kali ini diserikan lagi dengan majlis hari jadi. Bukan hari jadi aku tapi hari jadi sepupu aku. 
        
       

Kedebuk angka '3' pada kek itu menandakan yang sepupu aku dah 3 tahun lahir kat dunia nie. Perangai pun dah macam kanak-kanak yang seusia dengan dia. Aku nie diibaratkan sebagai barang mainan dia. Hari tu aku ada bergurau senda dengan dia, nak tau apa terjadi? Dia pegang kedua-dua kaki aku, dia sepak bontot aku. Perghh budak nie main kasar kau tau tak. Ternoda aku dibuatnya. 


Hah yang nie lah budak yang aku ceritakan itu. Muka pun dah berlagak semacam kan. Tapi budak nie pandai. Kalau tak pandai takdenya dia dapat idea pegang kedua-dua kaki aku then sepak bontot aku. Nanti kau budak aku balas dendam.


Yang baju merah dalam pic atas nie pula, abang kepada budak yang aku ceritakan tadi. Abang dengan adik lebih kurang sama je perangai. Nama lagi adik-beradik kan. Si abang nie jenis yang tak mendengar kata sikit. Bila orang marah dia buat bodoh je. Ishh budak-budak kan. 


Pic last untuk hari nie, sepupu-sepupu with sepupu-sepupu. Means that adik beradik aku bersama-sama sepupu-sepupu then sepupu-sepupu aku with adik beradik aku yang juga sepupu-sepupu mereka. Kau tengok mata adik perempuan aku yang sebelah kiri sekali.. Bulat giler. Terkejut kot orang amik gambar. Yang belakang sebelah kanan tu adik lelaki aku, then yang lain sepupu-sepupu aku. 

psstt:
Semua sepupu-sepupu aku dah pun balik Kuala Lumpur..
Rumah aku pun dah kembali sunyi..
Aku pun akan kembali ke JB hari isnin malam..


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda



Monday, December 20, 2010

Pemberian orang adalah rezeki buat kita..jangan nak berlagak boleh tak??

Ini pendapat aku bukan pendapatan aku, sebab aku tak kerja lagi. Okeh pendapat aku, apa yang orang kasi kat aku, itulah rezeki aku. Aku akan ambil walupun ia sangat sedikit dan seciput je. Aku bukan nak hak orang, tapi bila mana orang bagi hak dia pada aku, seluas padang bola sepak aku tadah tak pun seluas kawasan gurun aku tadah. Sebabnya padang bola sepak tu kecik sangat.

Bila dan dapat rezeki tu, aku akan ucap terima kasih banyak-banyak. Lagipun aku bukan meminta-minta tapi dah rezeki aku, aku amik lah. Nanti kalau tak amik ada lak yang kecik hati, sebabnya seperti tak sudi nak menerima pemberian orang itu sedangkan orang itu ikhlas nak bagi.


Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Jadi jadikanlah tangan kau dan aku sebagai tangan yang diatas kerana banyak keuntungan dan pahala. Hidup berjiran banyak memainkan peranan bagi menjadikan tangan sentiasa di atas. Contohnya kalau pandai buat kek, boleh lah bagi jiran sebiji kek. Tak boleh bagi sebiji, satu bahagian pun tak mengapa. Bagi jiran rasa dan komen masakan kita. Kalau jiran cakap tak sedap boleh upgradekan lagi masakan biar kasi sedap. Tapi adakah jiran jenis yang berterus terang cakap masakan kita tak sedap? 


Ini gambar kucing dengan makanan yang diberi oleh tangan yang diatas. Persoalannya kucing itu makan tak? Kucing nie aku jumpa kat hospital tadi, semasa temankan nenek aku jumpa doc. Time nenek aku dop makan, kucing nie dop tengok-tengok aje. Kucing nie pakai cara halus untuk menagih simpati. Pandai kucing nie. Bila dah dop tengok-tengok, nenek aku pun kasilah sedikit dari makanan di sebabkan simpati. Nenek aku kasi kucing itu nasi dan sedikit tulang ayam. Apa yang terjadi?


Kucing itu makan. Tapi kau tau kucing itu makan apa? Kau mesti tak tahukan. Okeh biar aku bagi tau. Kucing itu hanya makan tulang ayam sahaja, dan nasi di biarkannya. Berlagak tak kucing nie? Bila dah habis je tulang ayam leh lak dop tengok-tengok menagih simpati. Nak tulang ayam lagi lah tu. Aku lempang juga kucing nie, baru  kau tau langit tu tinggi ke rendah. Owhhh mentang-mentang kau kucing yang dop hospital kau nak demand makan sedap-sedap ya. Kau tau tak, kucing kat umah aku pun makan nasi dengan tulang ikan je. Takdenya aku nak beli makanan mahal-mahal macam Whiskes tu. Nie kau dapat nasi dengan tulang ayam lagi, makan aje lah. Belajar bersyukur sikit jangan nak berlagak buat tak sedar diri. Orang bagi pun dah dikira Alhamdullilah tau. Terimalah dengan seadanya.

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

Saturday, December 18, 2010

Tunggang Terbalik Hidup Ini

Kehidupan ini merupakan satu percaturan untuk hari esok (alam Barzakh). Andai banyak amalan yang kau lakukan pasti kau masuk Syurga, tapi jika sebaliknya, Neraka jahanamlah tempat mu. Tampung lah segala dosa-dosa lampau kau dengan amalan-amalan yang berfaedah. Abadikan sepenuh jiwa raga kau hanya buat pencipta.

Kadang-kadang kita berada di atas, 
Kadang-kadang kita berada di bawah..

Kehidupan ini juga merupakan satu percaturan untuk kita meneruskan hidup. Andai hari ini kau gagal, esok kau pasti berjaya. Ianya tak akan selamanya gagal. Tapi andai kau berjaya hari ini tak semestinya esok kau akan terus berjaya. Kau pasti akan jatuh dan rebah. Namun kau tak semestinya terus rebah dan tidak bangun, malah kau akan terus bangkit untuk mencapai apa yang kau impikan.

Sebagai pelajar contohnya, jika hari ini kau dapat tau keputusan peperiksaan kau tak sebaik yang kau sangkakan, jangan sesekali kau mengalah dan menangis. Selagi ada waktu teruskanlah usaha kau dan pastikan kau berjaya. Sasarkan target yang kau harus dapat. Jika hari ini kau tau keputusan peperiksaan kau sangat baik, jangan lah kau terlalu gembira kerana kau mungkin akan kecewa suatu hari nanti. 

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan..
Andai tidak mahu akan perpisahan, jangan ada pertemuan..

Kehidupan ini ada kelahiran dan ada kematian. Kelahiran itu akan menemukan kepada pertemuan. Manakala kematian itu pula akan menemukan kepada perpisahan. Lahirnya seorang anak Adam pasti akan menemukannya kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Manakalan matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia, kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh @ solehah, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails