Thursday, March 31, 2011

Makin Hari Makin ........

Rindu..
Yehh rindu semakin menggunung. 
Rindu kat semua orang. Yang jauh mahu yang dekat.
Yang dijumpai atau yang tak dijumpai.
Yang dihubungi mahupun yang tak dihubungi.
Selagi nyawa dikandung badan.
Kawan-kawan kat UTM pun pasti makin di rindui selepas nie....

Perasan..
Yeuwww.. I like..
Jadi seorang yang perasan comel, cantik, cute {3C}
Ini akan menampakkan kita seorang yang memang 3C..
Sapa nak amalkan petua nie, silakan.
Ia baik untuk diri sendiri walaupun tidak baik untuk orang lain.
Sebab nanti ada yang dengki..

Tension..
Nie yang paling tak suka sekali dalam hidup nie.
Bila aku tension, aku akan menyepi.
Aku akan buat hal sendiri, macam tak pernah ada kawan.
Segala hormon-hormon dan mood-mood tak bagus pula akan terembes.
Memang memudaratkan..

Apa yang baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan teladan.
Hidup yang susah mengajar kita erti usaha.


Please be good, April-Featured on Saying Images’ Tumblr|Follow now

Sunday, March 27, 2011

Cik Debooob teman buat esemen.. TQ ~~~


Cik Debooob..
~ perut buncit
~ warna pink
~ leher pendek
~ kontot

Mulai hari ini cik debooob akan terus menemani buat keje-keje lain..
Antaranya :

1) esemen terma
2) esemen catalyst - indi
3) esemen catalyst - group
4) esemen consumer
5) esemen entrepreneur
6) esemen organizational behavior
7) PSM

Bila list baru nampak yang banyak sebenarnya keje nak kene buat,,Huhhhh
T___T

sehingga berjumpa lagI..

Saya suka ganggu orang..Maaf
`

Saturday, March 26, 2011

Jaga kain orang, tp kain sendiri carik. Komen anda..

Manusia ada banyak-banyak ragam dan perangai. Lebih lama kita mengenali orang itu, lebih banyak kita akan tahu tentang dye dan lebih banyak rahsia perangai dye yang sebenar kita dapat lihat. Ada yang menumpang atas kebaikan yang telah diberikan oleh orang lain, ada yang jenis menyibuk bila ada orang datang ke bilik kita, ada yang suka nak amik tahu ke mana sahaja kita pergi. Okehh maaf semua yang aku list itu, semuanya bad habit. Maaf juga kalau yang aku list tu ada kene mengena dengan diri kau. Aku list nie random je.

Kebanyakkan yang macam nie ialah kawan-kawan atau orang yang terdekat ngan kita.Ya lah kalau orang yang jauh ngan kita, macam mana kita nak tahu perangai sebenar dye kan. Jadi makin lama kita kenal, makin menyampah pula kita rasakan, makin tak selesa pula dengan situasi sebegini. Kita nak menikmati life kita pun macam tak selesa. Semua yang kita buat, semua dye nak tahu. Orang cam nie boleh dikatakan yang suka jaga tepi kain orang lah. Kain sendiri yang tercarik pun tak nampak.

Bila ada je orang datang kat bilik nie, mula lah ramai-ramai nak menampakkan diri masuk. Mula lah nak mentayang-tayangkan badan. Sebab pe datang? Sebab nak dengar perbualan keteorang. Nak tahu cerita. Tapi maaf lah andai andaian ini salah. Ermm mana lah tau kan korang masuk sebab nak jumpa juga ke orang yang datang tu, yelah dah lama tak jumpa kan. Rindu dengan orang tu, sedangkan pada hakikat sebenar bukan baik sangat pun dengan orang tu. Tapi yang menjadi masalahnya bila takde orang datang, takdenya nak masuk bilik nie.

Pernah tak korang kenal ngan orang yang macam aku list tu. Apa pandangan korang? Korang selesa tak? 

sehingga berjumpa lagI..

Nak buat survey sedikit..

Friday, March 25, 2011

Marah! Kecewa! Aku berserah..

Mungkin sudah menjadi suratan takdir. Setiap yang dirancang pasti tidak menjadi.

Kata seorang teman :
Mungkin Allah mahu menguji sejauh mana ketabahanmu hadapi semua ini.


Be patient, you will get whatever you ask for in prayer-submitted by: botat-Featured on Saying Images’ Tumblr 

Andai ada jodoh itu, pasti dapat berjumpa.
Persoalan. Bila ada jodoh tu?
Selama mana harus aku tanggung rindu yang menggunung ini?
Sehinggakan kadangkala kerja aku terbengkalai disebabkan melayan kerinduan nie.

Thursday, March 24, 2011

Jamuan maggi untuk tengahari..

Selamat tengah hari kawan-kawan, para blogger sekalian.. Sudah menjamu selera semua? Isikan perut yang kosong!! Penuhi selera anda hari ini!!

Dari semalam lagi aku dop mengidam nak makan maggi nie. Tapi niat tu aku pendamkan untuk hari nie. Sebab dah malam kan, nanti bila makan malam lepas tu tido kompem lah mem'boooolat' jadinya. Untuk elakkan terus mem'boooolat' aku tahan nafsu dan makan hari nie.

Alkisahnya, bila aku buka je almari aku nampak ada 1 bungkus maggi.


Tadaaa maggi nie jenama RUSKI perisa Tom Yam.. Ko penah dengar tak jenama nie? Penah makan tak? Satu bungkus ada lima dan harga lak dalam 5 hinggit lebih. Mahal doohh.. Kalau maggi jenama Maggi tu 4 hinggit lebih je kot. Okeh nie bukan nak show off aku nie kaya ke apa, tapi bila mahal sekalipun dah nak penuhi tuntutan nafsu sekali skala apa salahnya. Lagi pun 5 kali boleh makan. Kalau ngidam Mc'D, KFC, Pizza, Kenny sakali makan dah berpuluh2 hinggit. Tak mampu nyah..auwww ~~


Lagi pun cara masak maggi nie senang je. Ko rebus je air, then masukkan dalam bekas yang ada maggi. Mudah je. Lepas tu dah boleh makan. Auuummm~~

Korang makan pe hari nie? Share2 lah yaa..


sehingga berjumpa lagI..

Lepas nie ngidam apa lak ehh?

Wednesday, March 23, 2011

Rindu sangat-sangat..

Setiap hari, setiap minggu pasti ada rakan-rakan yang pulang ke rumah. Aku jelous. Jiwa ku memberontak untuk turut sama pulang. Namun apa nasib aku, setiap minggu pasti ada test, kuiz, esemen yang harus aku hadap. Sungguh ku tak terdaya lagi. Aku tension..


Walaupun gambar mereka menghiasi skrin telefon aku setiap hari, tapi itu tidak cukup untuk melempiaskan kerinduan yang aku tanggung ini. Walaupun aku selalu menelefon mereka, tapi itu tidak cukup untuk aku mendengar suara-suara mereka. Rindu masakan mama. Rindu jenaka papa dan mama. 


Rindu aku terhadap dia sudah tak tertanggung lagi. Aku rindu untuk gaduh-gaduh ngan dia. Aku rindu untuk tarik tuala yang ada di kepala dia selepas mandi. Aku rindu untuk keluar dengan dia. Aku rindu untuk borak-borak dengan dia.


Walaupun tak suka dengan perangai dia, aku tetap rindu dia. Rindu dengan tingkah laku yang pelik dari orang. Rindu nak tengok perangai dia.


Aku turut rindu dia. Rindu nak tatap muka dia. Rindu dengan kerenah dia yang mengembirakan hati. Rindu nak gaduh dengan dia. Rindu dengan kata-kata dia.

Kesimpulannya aku pasti akan pulang. Pulang untuk berjumpa meraka yang aku rindu, walaupun pada hakikat sebenarnya aku banyak kerja nak kene buat. Aku tak kisah semua itu, Aku ingin amik semangat aku untuk teruskan kehidupan di sini.


sehingga berjumpa lagI..

Aku rindu.. Nak jumpa semua orang..


Sunday, March 20, 2011

Danny X-FACTOR dah bertunang...

Wohhooo tunang je pun. Macam dah kahwin je. Siap dengan banner lagi. Fuyooo.. Apa-apa pun tahniah, moga selamat melangkah ke alam perkhahwinan nanti. Dengan siapa Danny bertunang? Usha lah gambar-gambar di bawah. 



Okeh nie dye tunangannya Danny.. Saidatul Fazlin namanya..



sehingga berjumpa lagI..

Short entry.. Hilangkan tension edit PSM.


Friday, March 18, 2011

Gembira untuk sementara..

Prof : Okeh.. dah boleh prepare untuk presentation.
aku : [Hanya mampu tersenyum]

Alhamdullilah. Itu lah kata-kata yang nak sangat aku dengar dan datangnya dari mulut supervisor aku. Bukan senang nak dengar kata-kata macam nie, bila dah cukup data baru leh dengar. So bila dah dengar dah sah-sah lah data dah cukup kan. :)

Kalau sebelum nie amat-amat-amat-amat takut nak jumpa supervisor, tapi sekarang dah tak takut dah [Bertapa takutnya, tengoklah ada banyak amat di situ]. Leh senyum-senyum siap angkat muka lagi bila selisih jalan dengan supervisor. Terima kasih prof dengan kata-kata itu. Bertambah semangat rasanya untuk habiskan semester-semester terakhir nie. 

Buat teman-teman seperjuangan yang masih belum siap lagi dan belum mendapat kata-kata seperti yang aku dapat, jangan putus asa. Teruskan usaha, Kerahkan tenaga. Ini bukan untuk siapa-siapa, ini untuk diri sendiri. Jom kita grad sama-sama nanti. Lagi ramai kawan, lagi suka. 


Aku amik feel grad dulu ya. Dapat pakai topi pun ok lah. Nanti kita pakai jubah pula. Tak sabar rasanya. Kalau boleh before tiba hari graduasi aku dah kerja, tapi kalau sambung belajar [master] pun ok gak kan. Apa pendapat korang? 

sehingga berjumpa lagi..

Terus menunggu dan menunggu..

Monday, March 14, 2011

Nasib Negara Jepun dan Penduduknya..

Semua sedia maklum bukan, negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit @ Jepun telah dilanda bencana yang boleh diklasifikasikan sebagai bencana yang paling teruk. Gempa bumi yang berskala Ritcher 8.9 telah melanda Jepun dan mengakibatkan berlakunya Tsunami dengan ombak yang setinggi lebih kurang 10 meter menghempas dataran. Bot, rumah dan bangunan semuanya dihanyutkan oleh air. Kawasan Jepun yang dilanda Tsunami ini ialah Miyagi. Ini menyebabkan banyak kerosakkan dan kematian yang sehingga kini diangarkan lebih kurang 1,000 orang.



Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an. Sesungguhnya bila-bila masa sahaja pelbagai musibah dan bencana akan berlaku. Kita yang hidup ini hanya mampu berdoa semoga kita dijuahkan dengan bencana yang tidak dingini ini. Jauhilah segala perkara yang mungkar yang sememangnya ditegah dan dilarang oleh Allah S.W.T.

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".




Bencana ini adalah diluar jangkaan dan kemampuan kita untuk berfikir dan menghalang. Jadi apa yang pasti kita hendaklah persiapkan diri dengan segala kemungkinan ini. Walaupun dengan teknologi yang begitu membangun sebagai contoh Jepun sendiri yang telah membina bangunan yang kukuh dan tidak akan runtuh apabila berlakunya gempa bumi, namun andai sudah tersurat akan runtuhnya bangunan itu tiada siapa boleh menghalang. Tapi sekurang-kurangnya usaha yang telah dilakukan itu.



Apa yang diharapkan pada saat ini oleh penduduk Jepun yang selamat ialah moga saudara-saudara mereka yang hilang ditemui dengan selamat, mendapat bantuan yang sepatutnya dan mendapat perlindungan. Dengan Letupan Besar Di Kilang Nuklear Jepun yang telah berlaku, harap semua akan selamat. 

pssttt:
~ Jangan kerana Malaysia tidak didalam lingkaran kawasan gempa bumi, ianya selamat.
~ Untuk melihat lebih banyak lagi gambar2 akibat gempa bumi dan tsunami..
Devastating earthquake and tsunami in Japan 12 March 2011

sehingga berjumpa lagi..

Sentiasalah berwaspada..

Thursday, March 10, 2011

Apa pendapat korang? Bila memaafkan tapi perkara sama masih berulang..



Perlukah kemaafan andai bila kita memaafkan, kesilapan yang sama masih lagi berulang. Sedangkan apa yang dijanjikan sebelum ini untuk tidak mengulangi benda sama. Kadang kala hidup ini membosankan juga bila perlu menjalani rutin harian yang sama. Setiap saat harus memaafkan kau.

Yaa betul Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Namun hati ini masih lagi tidak merelakan kemaafan diberi. Aku sangat Ego!! Betul aku memang Ego, tapi ini untuk memberikan satu pengajaran supaya kau akan ingat sampai bila-bila apa kesilapan yang dilakukan sehinggakan sukar mendapat kemaafan dan akan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Bukankah itu cara yang baik untuk mengajar kau dari kesilapan kau?


Nanti harinya akan tiba juga, aku pasti berikan kemaafan bila hati ini dah puas dengan usaha kau mengharapkan kemaafan dari aku. Cuma kau jangan berputus asa menagihnya dari aku. Bukan aku kejam!! Tapi aku nak tahu sejauh mana yang kau sanggup lakukan untuk mendapatkanya.


sehingga berjumpa lagi..

Ikhlaskan diri dalam setiap perkara..


Tuesday, March 8, 2011

Jom main layang-layang aka wau.. :: Kau kejar Aku hambak..


Pemilik wau @ Pemegang wau : g-ah..
Yang menaikkan wau : nia
Photographer & Editor : shera

Tempat : Puncak Balai Cerap [UTM]

Pada satu hari yang berangin.. Bermulalah episod ''Kau kejar Aku hambak''. [hambak adalah perkataan yang disebut-sebut oleh warganegara pantai timur yang juga bermaksud kejar]. Ia bermula dengan gambar di bawah..


Setelah beberapa percubaan untuk menaikkan wau, akhirnya...


Namun, kekuciwaan melanda bila..


Kekuciwaan makin bertambah bila..


Maka dengan ini berakhir lah episod ''Kau kejar Aku Hambak''

sehingga berjumpa lagi..

Ini adalah aktiviti dikala kebosanan..


Friday, March 4, 2011

Apa salah yang telah dilakukan? Kenapa sampai begitu sekali nasibnya..

video

Korang dah tengok video tu? Memang segala %6$%^&&8 aku nak cakap kat lelaki tu. Memang dasar ada otak tak reti nak guna. Tu lah orangnya. Entah apa salah kucing-kucing tu pun aku tak tahu. Kalau setakat curi ikan seekor pun takkan nak sepak terangjang pijak bagai cam tu sekali. Tolonglah ada balas kasihan sikit.

Cuba kalau kau jadi kucing tu, then aku buat kau macam tu. Apa kau rasa. Dengan patah sana sini, cedera dalam dan luar lepas tu mati pula. Kita yang nak mati pun sakit so sama lah dengan kucing tu. Azab sangat lah sengsara. Entah-entah nanti kau nak mati lebih lagi rasa azabnya dari kucing tu. Baru lah waktu tu kau dapat tahu 'langit itu tinggi ke rendah''.


sehingga berjumpa lagi..

Haiwan juga makhluk Allah..

Melalaikan membahayakan diri..

Bila niat sudah disalah gunakan, hajat yang ingin dilaksanakan tergendala dan terbengkalai begitu sahaja. Ianya pergi bersama-sama masa yang tidak pernah berhenti, meninggalkan kita yang tak penah sedar akan kepentingannya. MasyAllah.. Lalainya diri ini.

Mungkin tujuan asal ke bilik member untuk belajar, alih-alih buat benda lain. Nota yang dibawa tak terbaca, segala cerita pula disingkap dari tirai kamar.Wohoo dah macam tajuk lagu dah. Bila dan bersama member nie tak pernah kita akan merasa sunyi tanpa kata. Mesti akan ada kata-kata yang keluar. Tapi pastikan kata-kata yang keluar tu tak melukai hati sesiapa. Hidup pasti akan sentiasa ceria bila bergelak ketawa.

Be happy!
Visit SayingImages.com for more amazing sayings! Found by: Saying Images & Lovely Things|Follow now

Kadang kala bila niat nak online hanyalah setengah jam, masa seakan-akan berlalu dengan cepat. Setengah jam yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk online tambahan bila buka facebook. Entah apa yang ada pada facebook hinggakan setengah jam menjadi kepada satu jam setengah. Sedangkan di facebook hanyalah ada gambar, post dari kawan dan game. Nak kata main game, dah lama aku bersara dari keje tu. Semua ini adalah melalaikan.. SubhannAllah.. Jauhkan lah aku dari semua ini.




sehingga berjumpa lagi..

Lalainya kita adalah angkara rapuhnya Iman.

Thursday, March 3, 2011

Video Kemenangan Kelantan Lawan Negeri Sembilan

Sudah layan gambar-gambar untuk Kelantan Lwn Negeri Sembilan? Belum lagi..Okeh boleh tengok di sini.
Kemudian kita layan video pula. Video kemenangan Kelantan.
Saksikan gol-gol yang dijaringkan oleh chanturu dan matyo dalam perlawanan kelate lwn negeri 9.

semoga terhibur..

video


sehingga berjumpa lagi..

Go Go Red Warriors.

Wednesday, March 2, 2011

Gambar Kelantan Lwn Negeri 9 | 01 Mac 2011

Team Kelantan..
Image

Team Negeri Sembilan
Image

Stadium Sultan Muhammad yang FULL
Image

ULTRA
Image

Meraikan kegembiraan
Image

Gol Kedua Mat Yo (Shahrul Idlan Talhah)
Image

M Karathu - Coach
Image

Tan Sri Anuar Musa
Image

Ketibaan Pemain
Image

Gambar di copy dari kelate.net untuk dikongsi bersama peminat bola sepak Kelantan dan pembaca Blog.
Nantikan video jaringan gol kemenangan..

sehingga berjumpa lagi..

Maju lah sukan untuk negara..

Tuesday, March 1, 2011

Selama mana harus aku bersabar ?

Maaf kerana hari ini. Aku rasa macam nak gaduh ngan orang je. Nak balas-balas mulut ngan orang je. Nak segala-galanya. Sebab kenapa? Aku dah tak tahan dah dengan situasi yang mana aku harus sabar. Bukan selamanya aku mampu untuk sabar, sebab aku ada tahap kesabaran juga.



Kata-kata kau umpama belati yang telah merobek-robek hati aku. Suara kau umpama satu lembing yang telah menusuk di kalbu aku. Sungguh aku tak tahan nak hadapi situasi ini lagi. Aku jadi sakit hati bila dengar setiap patah kata dari mulut kau. Bukan sebab aku tak boleh berkata-kata seperti kau, tapi sebab semua kata-kata kau umpama satu hinaan.

Boleh tak aku nak 'request' supaya kau berhenti dari berkata-kata? Senyap seketika dari mengeluakan sebarang bunyi. Maap andai aku sudah terlebih..


sehingga berjumpa lagi..

Dah lama tak merasa gaduh dengan orang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails