Monday, October 31, 2011

Temuramah bersama Rooney

Assalamualaikum..

Korang kenal Rooney? Tak kenal? Meh aku perkenalkan korang wajah Rooney yang sebenar. Gambar bawah nie laa Rooney.


Ensem tak Rooney? Okeh ini bukan bermakna aku sudah terjatuh hati dengan si Ronney nie. Nie first time aku tengok dan kenal wajah Rooney. Selama nie aku hanya dengar nama Ronney je. Maklumlah aku tak layan sangat bola yang antarabangsa punya, yang aku layan hanyalah bola yang melibatkan Kelantan. Jadi sudah pastilah aku kenal siapa itu Khairul Fahmi Che Mat (KFCM). Apa gosip terbaru KFCM ya?    Melalut ke laut pula aku nie. Bukan nak cerita pasal gosip KFCM ya.

Berbalik kepada temuramah bersama Rooney. Aku bukan wartawan nak buat sesi temuramah semua nie. Tambahan pula menemuramah si Rooney tu. Mahu Rooney tak nak pandang muka aku nanti. Jadi meh kita tengok sapa yang menemuramah Rooney nie? Pasai apa yang dibualkan?


Hahaha..Dah tengok? Suka ngekek aku tengok video nie.. 

Macam mana tu? Kenapa muka macam tension je? Aku tak tension pun.. 

Jangan buat muka comel kat sini..

kamu boleh tak, tak payah senyum..

Sye main-main je adoii kamu nie..

Bahasa apa nie awak cakap?

Hoo orang tua tu, berani dye main-main dengan Rooney. Nak kene hempuk agaknya. Tapi itu semua hanyalah video yang telah di alih suara menjadikan perbualan antara mereka seperti yang dalam video itu. Video itu hanyalah untuk bergelak ketawa, suka-suka sahaja.

p/s - Korang suka tak??

Sunday, October 30, 2011

Menjejaki tapak kapal terbang

Assalamualaikum..

Ini cerita minggu lepas, lepas punya lepas. Aku kan suka publish cerita lama-lama. Nostalgia katakan. Lagi-lagi publish dalam blog sendiri yang bagaikan diari ini.


Sungguh indah pemandangan ciptaan Allah S.W.T itu. Aku sangat bersyukur kerana aku diberi penglihatan untuk melihat semua ini. Alhamdullilah. 

Jika hari tidak hujan,
Jika bosan menguasai diri,
Ronda-ronda menjadi pilhan,
Ronda-ronda dengan moto sendiri. 

Aku pernah tengok gambar-gambar budak UTM yang bergambar dengan kapal terbang yang terdapat dalam UTM nie. Tapi yang aku pelik sepanjang 3 tahun setengah yang lepas aku dop kat UTM nie, aku tak pernah sampai dan tahunye kat mana kapal terbang ini terletak. Kesiannya kat aku kan. Ish2x..

Dengan itu, bersama azam dan tekad yang kuat untuk menjejaki dimana tapak kapal terbang itu aku masuk setiap lorong-lorong gelap dekat UTM nie yang mana aku tak pernah masuk, akhirnya aku berjaya menjejaki dimana terletaknya. Huhh suka sangat.

Bila dah kapal terbang depan mata (maklumlah aku mana pernah merasa duduk dekat dengan kapal terbang nie), jadi ambik lah gambar bersama-sama. 


Rumate aku feeling bagaikan berada di angkasa raya.


Bergambar dekat dengan kapal terbang. Dah kata tak pernah duduk dekat kan. Nie memang dah dekat laa. Hai..Hai. Kapten..

Friday, October 28, 2011

Bajet Korea dan Jepun..

Pergi Singapore je, tapi makan makanan mengalahkan pergi Jepun dan Korea. Feeling habis. Walaupun tak pergi negara itu dapat makan makanan yang popular kat negara itu pun boleh la. 

Makanan tengahah hari kami sewaktu kat Singapura hari itu ialah berkongsepkan Jepun dan Korea.

Chicken Karagee Ramen

Chicken Karagee Ramen nie dikatakan makanan popular untuk negara Jepun. Bak kata si 'Alin' sebabnya dye memang tersangat-sangat nak pergi Jepun dan dia banyak tahu termasuklah bahasa Jepun. Insyallah kalau ada rezeki kami akan ke sana. Sebabnya kami semua(budak-budak LAB) ada hantar kertas kerja untuk Short Term Exchange Program with Scholarship At Shibaura Institute of Technology(SIT) JAPAN. Doakanlah kami semua yang hantar kertas kerja dapat ke sana ya. Nanti ada laa sedikit cenderahati yang akan aku kasi. 

Chicken Kimchi Ramen

Ini pula makanan popular bagi negara Korea bak kata 'Piya'. Si Piya nie pula tersangat-sangat nak pergi Korea. Siap berangan lagi, kalau kami semua dapat pergi Jepun nanti, dye nak fly pergi Korea. Jalan-jalan katanya. Tapi bagus juga rancangan tu, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. 

Antara dua-dua jenis makanan yang berlainan negara ini, aku lebih prefer kepada Chicken Kimchi Ramen. Sebabnya tengkak aku jenis yang suka pedas. Chicken Kimchi Ramen nie tersangat laa pedas tapi kalau aku makan aku boleh tahan lagi la. Tapi malangnya makanan yang aku order adalah Chicken Karagee Ramen. Sebabnya aku tak tahu pun makanan tu memang tak pedas langsung. Karagee Ramen nie seakan-akan SUP, manakala Kimchi Ramen nie seakan-akan TOMYAM. Mungkin lepas nie kalau nak makan lagi makanan bajet Korea dan Jepun aku akan beli Chicken Kimchi Ramen pula. 


Thursday, October 27, 2011

Jom Ganyang AEDES

Apa laa yang comel sangat iklan kat blog aku nie. Udah laa dengan taglinennya 'Jangan baca sahaja BERTINDAK!' membuatkan aku dengan gatai tangan pergi klik iklan itu. Owhh HAPUSKAN AEDES upenya. Memang kene sokong nie. AEDES sangat membahayakan. Tanpa pencegahan yang betul boleh bawa MAUT.


Memang maut kita tak boleh nak halang, tapi kalau perkara yang boleh kita elakkan kita patut lakukan sesuatu. Seperti AEDES ini. Jadi hati-hati semua. Yang penting jangan biarkan ada air yang bertakung dalam mana-mana bekas yang tidak diguna. Ini akan menghasilkan banyak jentik-jentik seterusnya akan bertukar menjadi nyamuk. Lebih berbahaya lagi jika nyamuk itu dikenali AEDES. 

Jom Ganyang AEDES. Ini ada video cara-cara untuk ganyang AEDES dari Pak Nil.

video



Wednesday, October 26, 2011

Jawapannya..

Assalamualaikum..


Terima kasih buat yang sudi teka-teka dan mencuba menjawab bagi soalan yang aku utarakan dalam entry kemana?? Aku amat menghargai usaha korang dengan menjawab soalan aku walaupun korang tak tahu jawapan sebenar. Udah teka teki mana nak tahu jawapan kan. Hehe

Untuk itu jawapannya kemana kah aku ialah

tadaaaa

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SingaPURA..

Aku hanyalah ke negara yang berjiran dengan negeri JOHOR. Untuk saje-saje sempena Deepavali. Maaf tiada seorang pun memberikan jawapan yang betul. Oleh itu tiada cenderahati yang dapat diberikan..


H.A.P.P.Y.D.E.E.P.A.V.A.L.I

Buat yang menyambut perayaan, selamat menyambut perayaan. Maka hari ini adalah cuti umum, aku auto publish je entry nie. Hehe

Buat rumate..
Orang cuti dye ada dating plak dengan supervisor. Pelik tapi benar. Selamat berdating.







Tuesday, October 25, 2011

Kemana??


Apa itu? Ya aku akui bahawa aku merupakan manusia yang sangat jakun bila buat pertama kalinya ada pasport antarabangsa sendiri yang memang hak milik kekal aku buat dua tahun ini. Tak percaya? Aku buktikan.


Itu muka bolat aku yang buat masa sekarang pun masih lagi dalam usaha untuk membolatkan. Aku suka yang bolat-bolat nie sebabnya nanti aku boleh bergolek je tak payah pakai kaki jalan. Lagipun kalau bergolek nie cepat sampai. Sapa setuju? Tapi aku bolat bukan untuk ditendang oleh sesiapa sahaja untuk dipermainkan. Dah masuk topik lain. Stop sampai situ sudah.

Kemana aku dengan pasport itu? Ce teka. Ada satu cenderahati dari sana buat yang dapat teka dengan cepat dan tepat. Moga berjaya. 

Monday, October 24, 2011

love three word

Assalamualaikum..


 +    

p/s ~ 'express'kan apa yang kamu rasa andai itu dapat melegakan jiwa. 


Sunday, October 23, 2011

Surat buat diri sendiri

Cool aje rasa bila dapat surat. Tapi bila dapat dari diri sendiri memang tak cool. Tapi ianya amat bermakna buat diri sendiri. Contoh surat seperti dibawah. Kalau bukan diri sendiri yang sedarkan diri sendiri siapa lagi nak tolong sedarkan diri sendiri. Kawan-kawan pun belum tentu. Mereka juga harus sedarkan diri sendiri. 


Jadi kawan-kawan semua baca laa surat itu. Surat untuk diri sendiri supaya kita dapat sedar dan terima diri kita. Jangan nak salahkan orang lain atau takdir andai sesuatu menimpa diri sebabnya ianya bermula dari diri sendiri. 


Friday, October 21, 2011

Siapa anda? Terangkan..

Huh macam-macam kat facebook sekarang nie. Kalau takde facebook, deactivate sari je pun memang anda adalah orang yang tak tahu apa yang terjadi pada dunia ini, apa yang sedang melanda dunia. Macam-macam video, berita, maklumat dikongsi dekat facebook. Benda pelik-pelik pun ada. Macam cerita budak 2 tahun yang dilanggar oleh van putih dan digilis oleh lori pendek tu pun aku dapat tahu dari facebook. Juga berita pasal budak 2 tahun itu sudah meninggal pun aku tahu dari facebook. Buat yang belum tahu, ya budak yang dilanggar oleh van putih itu telah meninggal. Kesian tapi itulah takdir hidupnye.

Dan benda yang aku nak cakap kat cnie ialah dengan apa yang dikongsi dekat facebook kau juga dapat describe diri sendiri. Memang hebat laa. Kau sendiri TERANG diri kau. Jadi boleh laa puji melambung biar terlambung macam Mail lambung biarpun disebalik kenyataan sebenar yang kau tak macam tu.  Takkan nak cakap diri sendiri benda yang tak best kan. Memang sadis laa tu. So dengan 'SMILE' yang kat bawah nie, apa kata kau describe diri kau pula. Aku dah. 


p/s  ~ share with me what u get!! I get ''Sweet, Passionate, Charismatic and Sentimental''. YEHH it's truly describe me.. :)

Thursday, October 20, 2011

Penuhi tuntutan rasa nak makan...

Assalamualaikum...

Marilah kita ke kembali ke minggu kepada minggu lepas dan minggu lepas dan mungkin juga minggu lepas. Cerita nie dah hampir berkarat di dalam memori. Nasib ada gambar boleh buat cerita. Padehal takde modal nak update blog. Alasan sangat. 

Sebenarnya aku telah ke pizza Hut sebab aku dan rumate giler-giler crave pada 1 jenis makanan yang berlainan. Try guess it? tapi takde hadiah pun aku nak kasi kalau kau teka betul pun.. 

TaDaaaa..

Dah habis!! Kalau pergi time lapar, yang tak sedap semuanya sedap. Yang tak dimakan semuanya habis. Tapi masalahnye ada ke makanan yang tak dimakan? tiba-tiba konfius dengan diri sendiri. Sambil tunggu makanan yang diidamkan sampai one, two, three.. snake.. ehh snappp..

time nie tak habis pun lagi soup tu. Muhahaha 

Bila makanan yang diidam-idamkan pun sampai terus slurppp tanpa sempat aku men'snap'kan gambar makanan dahulu. Terpaksa laa men'snap'kan bersama orang yang tersangat-sangat nak makan benda itu. Mata ke atas tangan ke bahu. 


She is my beloved rumate. She crave for spaghetti very much. Then because i'm also crave for something in Pizza Hut so i bring her there to eat. hohh tiba-tiba menaip dalam mat salleh. okeh praktis make perfect.. Kalau nak masak sendiri boleh aje, tapi sebabkan tak nak lagi membazir bila tak habis dimakan, so makan aje dekat pizza hut. 


Gigih kau aku dop mengigit makanan tu. Sepuluh lapisan sekali gigit. Nasib baik tak kene nganga luas-luas. Buruk bebeno kalau nganga luas-luas nie. Silap-silap leh koyak. Extreme bebeno plak.. Agak-agak dah boleh teka tak apa makanan yang aku mengidam sangat tu?


Yehh.. Itulahh “CHUNKY LOADED” yang mana tagline dye CHUNKY LOADED -10 Chunky Layers! Bigger Bites To Share. Daripada lapisan terbawah hinggalah ke atas dipenuhi dengan Crunchy Crust, Napoli Sauce, Mozzarella Cheese, Roasted Veggie Mix, Tortilla Crust, Roasted Veggie Mix, Chicken or Beef Topping, Diced Tomatoes, Tortilla Strips dan Mozzarella Cheese. pergh..~~


Monday, October 17, 2011

Budak kene gilis dengan 2 kenderaan..

Kejam !!! Itulah satu perkataan yang paling sesuai untuk mereka yang hanya melihat seorang budak terbaring di atas jalan sesudah dilanggar dan juga buat pemandu van putih yang tak berperikemanusian. Setelah berhenti seketika mungkin kerana terasa ada sesuatu yang dipijak, boleh pula dia bergerak tanpa selidik dahulu apa yang dipajaknya. 

Pelik dengan apa yang aku dop membebel? Jom tengok video kat bawah nie sampai habis.. Akan terjawab laa apa yang aku dop membebel tu. 


Dah tengok?? Sila bagi respond dan pendapat. Ada rasa nak marah, sedih atau geram?? Mungkinkah sama dengan apa yang aku rasa?

Nak cakap diorang semua yang lalu lalang di situ berhati binatang macam tak sesuai juga. Sebabnya kucing pun sayang anaknya, even anjing sendiri pun sayang. Mungkin mereka berangapan bahawa budak itu hanya baring suka-suka sengih je kat tengah jalan tu atau mereka ingat budak tu tertido masa berjalan then tumbang kat atas jalan. Semuanya mungkin tanpa usul periksa.

Aku tengok budak tu dah lembik dah badan dye bila seorang makcik tu tolong angkat. Masyallah kesian. Terseksa budak tu. Tapi masih panjang usia budak tu. Mungkin ketika dia digilis oleh van putih tu, tak mengena organ yang sensitif. Allah masih mahu menyelamatkan dia. Alhamdullilah. Moga budak tu kembali sihat.

p/s - Bila kejadian nie tak pula aku tahu. Budak tu dah pulih @ dapat diselamatkan atau tidak pun aku tak tahu..


Saturday, October 15, 2011

Pergi jua

Assalamualaikum..

''Setiap yang hidup pasti akan menghadapi saat kematian.''

Jadi tak kira siapa mereka, pasti akan mati juga apabila tiba waktu dan saatnya. Walaupun tidak menderita kesakitan atau masih muda, kematian itu tidak mengenal status seseorang. Sekarang pun kita kene sedia akan kemungkinan itu. Cuma yang penting mohon laa doa supaya kita di panjangkan usia untuk terus beribadat atau untuk berbakti kepada kedua orang tua kita. Mohon laa sebab-sebab yang elok-elok. Insyallah.

Hari ini sudah masuk hari keempat satu-satunye moyang yang aku ada pergi meninggalkan kami semua. Apa yang aku rasakan ialah agak terkilan sebab aku tak dapat pulang untuk menatap dan mencium wajah moyang aku buat kali terakhir. Hanya yang dapat aku lakukan hanyalah menatap gambarnye. Kali terakhir aku bersua muka dengannya pada hari raya pertama tahun nie. Ketika itu dari pemerhatian sudah terdapat tanda-tanda yang moyang aku akan pergi. Antaranya kedudukan hidung yang sedikit jatuh [itu yang mama aku bagitah].  Moyang aku pergi mengadap-Nya kerana sakit tua. 

Aku masih lagi ingat, pagi kejadian (11.10.11) jam 9 pagi, kakak aku call bagitahu moyang aku dah tak ada. Tersentap aku rasakan. Tak tahu perasaan ketika tu cam mana. Sedih?? Tiada air mata pun yang mengalir. Walaupun begitu itu tidak bermakna aku tidak sedih. Disebabkan tidak dapat balik hanya al-Fatihah dan Yassin yang dapat aku utuskan. Juga, moga roh moyang aku ditempatkan bersama roh mereka yang beriman.

*moyang yang dirindui*

Al-Fatihah...

''Kehidupan selepas mati adalah kehidupan yang sebenar''

Thursday, October 13, 2011

Spontan di petang Khamis # 16

Assalamualaikum..

Kalau tak nak rasa sakit hati jangan pedulikan apa yang orang dah buat kat kita.. 




Wednesday, October 12, 2011

Rabu tanpa Kata #15- Kebesaran Allah S.W.T




Sunday, October 9, 2011

Berjubah maroon bersama kawan-kawan

Assalamualaikum...

Cakap banyak pun tak guna. Tengok gambar dulu..

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

Cukup laa lima sahaja yaa.. Tapi dalam kelima-lima gambar tu sudah pasti laa ada gambar aku. Acecece.. Kalau bukan gambar sendiri, gambar sapa lagi nak interframe dalam blog nie. Gambar kau!! Non ado. Lagi..lagi gambar biarlah ianya menjadi kenangan abadi aku dan buat tatapan anak, cucu, cicit, tiuk, piuk  supaya mereka mencipta azam dan berimpian ingin jadi seperti aku. Insyallah. 

Disebabkan semua orang nak bergambar beramai-ramai, jadi kami decide untuk hired seorang photografer bagi mengambil gambar kami. Hari minggu selepas pada hari konvokesyen menjadi pilihan kami sebelum jubah dihantar. Bertempat di tasik UTM dan padang hoki UTM, kami mempersembahkan gaya modeling masing-masing. Macam-macam gaya yang tak pernah dipersembahkan sebelum ini, telah menjadi tatapan photografer dan mereka yang berada di sekeliling tempat tersebut. Lantaklaa apa orang nak cakap sekalipun. nanti bila tiba giliran mereka mungkin lebih-lebih lagi gaya mereka. Maklumlaa sekali dalam seumur hidup. Lainlaa kalau sambung pengajian ke peringkat seterusnya [padehal semua yang dalam gambar tu sambung pengajian].

Malangnya hasil daripada photografer yang di'hired' tidak mampu memuaskan hati dan perasaan kami. Kami beranggapan photografer ini masih baru dan beliau masih banyak perlu belajar. Bukan niat untuk mengajar, sedangkan kami sendiri tidak pandai cuma apa yang nak ditegur ialah kami dengan jumlah yang ramai seramai 11 orang, beliau seharusnya menyusun dengan baik. Maksudnya mengatur kami mengikut turutan menaik atau menurun kerana kami berangapan gambar sebegitu pasti menarik ataupun beliau boleh meletakkan yang ditengah paling tinggi kemudian kiri kanan mengikut susunan menurun. Beliau juga seharusnya memberi idea cara untuk bergambar dengan baik kerana kami tidak mempunyai skill dalam memberikan pose yang baik. 

Beliau juga haruslah tegas dalam memberi cadangan dan arahan kerana maklumlaa bilangan kami ramai dan ada yang nak dia sorang-sorang masuk dalam gambar tu. Gambar yang diambil pula, kami beranggapan ianya tidak 'center' dan 'sharp'. Nak komen banyak-banyak pun, kami sendiri tidak pandai jadi cukuplaa setakat itu. Nasiblaa bayaran murah. 1jam = RM 50. RM 50 = 11 orang. Takdela nak kene bayar mahal sorang.sorang. Haha komen kat blog ini pun bukan photografer tu baca, kesian korang pula yang kene baca aku membebel. Maaflaaa..

p/s ~ nanti grad master nak hired photografer biar amik gambar aku sorang-sorang pula. Tak nak kongsi ngan sapa-sapa dahh..

BB... Let's experience it

Saturday, October 8, 2011

Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik

Assalamualaikum..



Ði dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batubesar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cangkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cangkerang luas-luar agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir akan memasuki cangkerang mereka.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya, “Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?”

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.





Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya pasir.


Pengajaran : Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah SWT dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan?


Sumber : Solusi Isu # 35


BB... Let's experience it

Friday, October 7, 2011

wanita aku punya cerita buat mu..

Assalamualaikum...











BB... Let's experience it

Tuesday, October 4, 2011

Kerja last minute sinonim dengan pelajar. Benarkah?

Assalamualaikum..

Bila dapat esemen atau kerja rumah, kalau tak buat last minutes bukan pelajar namanya. Ada sesiapa setuju?

Ingatkan bila amik master penyelidikan dah tak akan ada esemen mahupun kelas yang perlu dihadiri melainkan hanya perlu menyiapkan perihal projek. Tapi semua itu hanyalah tanggapan diri sendiri yang jelas dan nyata jauh menyimpang dari syarat-syarat univerisiti. Rupanya masih ada subjek yang perlu diambil terutamanya subjek universiti yang sememangnya wajib di ambik. Cuma apa yang mengembirakan, subjek ini tak ada peperiksaan. MALANGnya banyak tugasan yang harus dibuat dan dihantar. Owhh nasib kau laa Shera Haifa.

Tugasan pertama telah pun selamat dihantar pada hari ini dan harus menunggu dua minggu lagi untuk pembentangan. Huh apa yang aku nak bentang nanti? Buat kerja last minute, baca pun last minute. Faham pun sikit-sikit sahaja. Pensyarah aku cakap tak faham banyak bentang je yang faham sedikit tu. Tapi yang menjadi masalahnya 10 minit kot masa yang diberikan untuk bentang. Agak lama bagi yang faham sedikit nie. Nak hurai pun tak lepas.


Apa pun tugasan yang dihantar hari ini telah berjaya membuatkan kawan-kawan disekeliling aku terfikir untuk berhenti belajar. Memang tugasan ini berjaya melemahkan semangat kawan-kawan aku juga termasuk aku. Tapi aku tak ada laa sampai nak berhenti belajar, cuma nak drop subjek nie untuk amik semester depan. Dengan harapan semester depan dapat pensyarah yang sempoi dan jiwa tidak akan tertekan. Namun perasaan kesian yang menggunung terhadap ahli kumpulan kerana kumpulan telah dibentuk, aku mengagahkan diri untuk meneruskan. *Ayat skema habis. Cam buat karangan pula.

p/s ~ Moga master berada dalam gengaman dalam masa setahun setengah sahaja.

BB... Let's experience it

Sunday, October 2, 2011

Terima kasih kerana bersama

Assalamualaikum..


Petang semalam waktu singgah lawat blog tengok apa yang ada, sapa yang update cerita baru, sapa yang sanggup komen kat blog aku nie, aku tengok bilangan mereka yang sudi bersama aku sudah '999'. Talian kecemasan untuk dihubungi tu. Ingatkan blog aku dah terbakar @ dirompak [hack], tengok angka '999' rupanya masih selamat lagi. Alhamdullilah.


Tapi hari ini, baru sebentar tadi aku singgah blog untuk jenguk kerana aku tak sempat nak jenguk pagi tadi angkara buat kerja last minute, nak kene hantar hari selasa tapi apa pun tak baca, aku tengok bilangan mereka yang bersama aku dan mencecah seribu 5. Aku tak sangka dah seribu 5 yang bersama aku. Tahniah   ♥AienNajwa♥ sebab jadi pengikut yang ke seribu. Tapi malangnya tiada link blog yang boleh aku perkenalkan ♥AienNajwa♥ kepada kalian semua.

Blog aku nie bukannya berinfomasi sangat pun. Hanya cerita dalam selimut, dan segala update yang merapu marang kerapu owh ikan kerapu aje. Aku tak pernah paksa siapa-siap pun untuk ikut blog aku nie. Buat sesiapa yang letak aku dalam bloglist korang juga terima kasih aku ucapkan. Sebenar-benarnya blog aku tak layak berada dalam bloglist korang. ^^

BB... Let's experience it


Saturday, October 1, 2011

kali pertama cashout


Assalamualaikum..
http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg
Dekat 2tahun berblog, hari ini tanggal 1 Oktober 2011, buat pertama kalinya aku cashout earning yang dop berlegar-legar di page nuffnang aku tu. *Ades skema bangat ayat aku. Lalalala

2tahun beb masa yang diambil untuk lepas tahap cashout yang 50 hinggit tu. Mak kau lama bukan. Ya nak buat cam mana, lagipun aku bukan blogger tegar. Berblog sekadar suka-suka yang pada awalnya berblog sebab tensyen. 


Baru 51 hinggit 43 sen dah cashout. Biarla apa yang nak dikata pun. Untunglaa yang pasti duit tu nanti aku yang dapat. Leh gak wat tampung pembelanjaan beli bedak, gincu. Perempuan kan suka berhias. Nak beli yang mahal-mahal dan berjenama kene laa pandai-pandai cari side income. Tapi aku bukan orang yang suka melawa, melaram bila g mana-mana. Cukup laa dengan lipbalm sebagai penutup bibir yang kering kontang. Aku cantik yang semula jadi. Fuuhhhh ayat kontroversi je kau ya. ^^


0.00. Barang kali 2tahun lagi gamaknya nak kumpul 50 hinggit tu. Tengok aje laa...


Bila ambik keputusan untuk cashout tadi sebenarnya masih ada BE yang tengah berjoget. Takpelaa kumpul dulu yang tu, harap lepas nie ada lagi banyak. Leh kurangkan 2tahun kepada 1tahun je. Selamat berblog.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails