Thursday, February 23, 2012

Zikir terapi diri : Hafiz Hamidun

Assalamualaikum..

Aku suka dengar both video yang kat bawah nie. Sungguh menenangkan jiwa yang tak tenteram apabila mendengarnya

Bagi yang susah sangat nak berzikir juga boleh laa tonton both video yang kat bawah nie. Boleh juga turut sama berzikir. Secara tak langsung telah menambah kebaikan pada diri sendiri.

“Dan laki-laki dan perempuan yang banyak berzikir menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.” (al-Ahzab, 33: 35)

  Astaghfirullah..

video

Lailahailallah..

video

p/s ~ Tenteramkan hati, Insyallah baru semua kerja yang ingin dilakukan dapat disempurnakan dengan baik.



Wednesday, February 22, 2012

Dugaan : Selesaikan dengan cara terbaik

Assalamualaikum..


Ada BE baru ngah running sekarang nie. Iaitu NIKON. Kalau nampak tu jangan segan silu, klik aje. Bila line tengah problem, pemilik blog pula sibuk siapkan proposal,  jenguk blog pun jarang-jarang sekali, update pun bila ada masa memang time tu juga lah nak dapat BE.. Inilah yang dinamakan dugaan. Dugaan nie bermacam-macam tau. Kita lah kene selesaikan dengan betul-betul.


Jadi jangan nak segan, jangan nak malu klik aje NIKON tu. 

Terima kasih >.<..

p/s ~ Cuba juga untuk mengupdate even xde masa..

Tuesday, February 21, 2012

1001 keberkatan : Kepada kamu dan aku

Assalamualaikum...

Selamat pagi.. Moga hari ini bakal membawa 1001 keberkatan kepada diri ini dan kamu semua.. Amin..Sebelum itu..

Ayuh renggankan badan dengan senaman..


Yehh 1,2,3,4,5,6,7,8..

Dah penat!!

Okeh kita buat senaman yang paling senang..


SENYUM...

Berikanlah senyuman kepada semua orang yang kamu jumpa hari ini.
Insyallah banyak ganjarannya, itupun andai ikhlas..


Sunday, February 19, 2012

Kehidupan normal : Ada sedih ada gembira

Assalamualaikum..


A : Kau nie asyik-asyik gelak, asyik-asyik ketawa. Happy semacam je.
B : Habis kau nak suruh aku menangis, meratap?
A : Takdelah, aku pelik. Pelik sebab kau selalu happy tak pernah sedih, menangis.
B : Aku pun pelik. Pelik kenapa kau nak sangat tengok aku sedih dan menangis.
A : Bukan macam tu. Kehidupan nie kan kadang-kadang buat kita sedih, menangis, gembira. Tapi kau tak penah pula sedih dan menangis.







Aku bukan tak pernah sedih. Aku bukan tak pernah nangis. Cuma kau aje yang tak tahu aku pernah menangis sebelum tido. Aku pernah menangis ketika hujan. Aku pernah menangis sewaktu mandi. 

Aku sedih bila aku dipermainkan. Aku sedih bila aku hanya dijadikan bahan apabila diperlukan. Aku sedih bila aku tak dipedulikan. Kau aje yang tak pernah tahu. Aku pun bukannya suka nak bagitahu hal-hal cam nie kat kau. Kalau ada yang tahu pun bukan kau. 

Tak normal laa kehidupan seseorang itu kalau tak pernah sedih dan menangis. Takkanlah kehidupannya penuh dengan gelak ketawa dan suka ria sahaja. #Tipu. Semua orang pasti ada masalah yang membuatkan mereka akan sedih dan menangis sebab tak tahu nak hadapi masalah itu cm mana. 

p/s ~ Aku menangis bila aku benar-benar sedih dan aku gembira untuk mengembirakan orang.. 



Saturday, February 18, 2012

Berikan kepada yang berhak : Jangan main-mainkan

Assalamualaikum..





Apabila sudah tidak mahu pulangkanlah kepada pemilik asalnya. Jangan sesekali bermain dengannya kerana ia bukan barang permainan yang boleh dilambung, dibaling apabila tidak diperlukan dan diambil kembali apabila mahu. Hati ini diibaratkan seperti cermin, bila pecah susah nak dicantumkan kembali.

Seelok-eloknya berikanlah hati kepada yang berhak memilikinya. Janganlah sesekali terlampau senang dengan memberikan hati kepada orang yang bukan sebarangan, yang mungkin kenal pun baru seminggu dua. 

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mudah sangat seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang. Mengucapkan kata cinta, rindu dan sayang walhal baru kenal untuk sehari. Tambahan lagi, apabla perkenalan hanyalah melalui YM, FB dan mungkin tersalah panggilan. 

Seelok-eloknya jalinkanlah hubungan persahabatan dahulu. Kenal isi hati, peribadi dan tingkah laku. Janganlah terlalu mudah memberi harapan yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak tindakan yang kita lakukan. Andai melalui persahabatan itu merasakan adanya keserasian, boleh laa menjalinkan hubungan yang serius dengan membentuk sebuah perhubungan yang diredhai. 

p/s ~ Kesian ayah dan mak kita..

Friday, February 17, 2012

Ikhlaskan lah diri : Banyak faedahnya

Assalamualaikum..


Bukan senang bila kita kena buat sesuatu kerja yang kita tak mahu buat. Tambahan lagi memang kita takde sangkut paut langsung dengan kerja itu, tapi atas desakan atau arahan seseorang itu, kita tanpa rela telah paksa diri kita untuk buat. 

Jadi hati kita tak akan ceria, tak gembira. Secara tak langsung memberi kesan pada kerja kita yang kita lakukan itu. Sepatut masa yang diambil untuk membereskan hanya 10 minit akan jadi 30 minit. Malah ekspresi wajah kita pula pastinya mulut muncung-muncung macam mulut itik, muka pula kelat semacam, senyuman pun xde sebagai hiasan. 


Hati pula sudah tentu rasa nak memberontak aje. Orang tegur pun jadi nak marah. Orang tak tegur lagi laa nak marah. Keadaan yang tenang pun jadi seperti serabut. Lagi serabut bila hal sendiri tak settel nak kene settel kerja orang lain pula.

Tapi bila kita ikhlaskan diri :

~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah ada ganjarannya.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah kerja sendiri yang tak settel akan dipermudahkan.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah ramai gembira.
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah orang suka. 
~ Ikhlaskan lah diri, Insyallah hati tenang.


Thursday, February 16, 2012

Spontan di petang Khamis # 18

Assalamualaikum..


Ya Allah.. 
Kenapa cepat sangat semester yang akan berlalu nanti. Takkanlah 10 minggu selepas permulaan semester dah nak assesment.. Harap jadual tu xbetul..



Wednesday, February 15, 2012

Hancur musnah

Assalamualaikum..


Bukan main lagi verangan nak daki Broga Hill, lepas tu nak amik gambar banyak-banyak, lepas tu nak letak dalam blog (selama nie tengok gambar orang je). Tapi.. angan-angan itu kini terbang entah kemana-mana. Hilang dibawa angin yang datang ketika pengucapan yang aku tak dapat pergi KL hujung minggu nie. Mungkin angin tu dah sampai Broga Hill. #Sedey

Even duit kurang pun masih ada hati lagi nak g KL sebab nak attend Malaysia Technology Expo (MTE)  kat PWTC pada 16-18 Feb 2012 nie, lepas tu nak berjimba-jimba. Itulah kita hanya merancang, Allah SWT juga merancang, tapi perancangan-Nya adalah sebaik-baik perancangan. 

Disebabkan tak jadi pergi KL, jadi duit yang ada, yang memang disimpan dan berjimat sebab takut nanti nak spent waktu berjimba akan aku gunakan. Yalah sebab semangat nak g KL, sampaikan nak beli itu ini semua hold dulu. Sekarang idaknye, bila dah tahu tak jadi pergi aku nak guna duit tu buat beli apa yang aku nak beli. Tapi takde la beli benda yang tak bermanfaat pula. Aku ingat nak beli catridge baru sebabnya yang sedia ada dah tersumbat gamaknya. Dah beberapa kali aku tiup tapi yang keluarnya time tiup je, lepas tu tak keluar dah. Takkan nak tiup dan terus tiup je, sakit laa pipi aku. 

Malas laa nak cerita sal vacation ngan Lab Rat's nie. Yang ke KL nie dah tak jadi. Yang next punya, pe cer tak tahu laa.. 

p/s ~ nak buat vacation ngn rumate laa plak..

Tuesday, February 14, 2012

Pertama untuk tahun 2012

Assalamualaikum..





Hugo.. Hugo..
Hunga.. Hunga..
Ehh Huggies.. Huggies laa..
Haha.. Hape-hape hentah hemerepek halam heni..
Whateverzzz...



Nak cite malam nie tengok Vanila Coklat, pelakon yang memegang watak Liana dan Kamal tu berjaya buat aku benci mereka.. Lepas tu tengok bola plak, Kelantan kalah. Adess.. Owhh pecah rekod nie Kelantan kalah buat pertama kali semejak Liga Super bermula. Kecewa jadinya.. 


Tapi bila tahu dekat blog nie ada BE baru.. Wahh thank Nuffnang.. Suka sangat.. Nie laah first BE tuk tahun 2012 nie.. BE baru nie tentang Huggies.. Ala pempes budak-budak tak akil balikh laa. Hehe.. Klik-klik laa kalau ada nampak iklan tu.. Leh laa kumpul duit buat beli Ice Cream Sandwich. Cam best je.. Cantik pun ada.. Klik yaa.. Jangan lupa.. 

p/s ~ dah beli tikus baru.. warna pink gitu.. Suka.. @_*

Sunday, February 12, 2012

Rafly - Lagu Ibu

Assalamualaikum..




Pada awalnya, aku hanya dengar lagu nie dalam cerita Hafalan Shalat Delisa kemudian aku google bait-bait yang aku dengar itu dan akhirnya aku dapat jumpa lagu nie. Lagu nie telah berjaya menyentuh jiwa aku. Aku juga merasakan siapa-siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentuh. Kerana...

Cuba hayati liriknya..



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku


9 bulan ku dalam rahimmu 
bersusah payah, oh ibu jaga diriku 
sakit dan lelah tak kau hiraukan 
demi diriku, oh ibu buah hatimu


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu 
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x) 
mengalir di setiap nafasku (2x) 


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu 
engkau tabur kasih seumur masa 
bergetar syahdu oh di dalam nadiku 


indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu 
sakit dan lelah tak kau hiraukan 
demi diriku, oh ibu buah hatimu 


tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu 
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x) 
mengalir di setiap nafasmu



p/s ~ Mama, kak ngah sayang Mama..

Hafalan Shalat Delisa : Menyentuh emosi dan perasaan

Assalamualaikum..


Serius aku tak tahu pun apa cerita Hafalan Shalat Delisa nie, tambahan pula aku tak pernah dengar pun tajuk tu. First aku dengar sal cerita nie bila rumate aku sebut tajuknya. Aku tanpa segan silu tanya lah rumate aku cerita apa tu sebab memang aku tak pernah dengar n tahu pun tajuk tu. Maklumlah aku kan on off, kejap kat umah, kejap kat hostel. Kalau kat hostel memang aku tak tengok tv langsung melainkan tengok cerita-cerita. Iklan-iklan memang xde. 

Rupa-rupanya cerita ini mengisahkan pasal Tsunami yang telah melanda Acheh pada 26 Disember 2004. Maknanya sehingga ke hari ini sudah hampir 8 tahun peristiwa yang mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa berlaku. 



Bagi aku cerita nie memang menyentuh emosi dan perasaan aku. Bertapa tabah dan gigihnya anak kecil yang mungkin dalam lingkungan umur 6 tahun menghadapi dugaan setelah kehilangan seorang demi seorang yang disayanginya iaitu Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra juga uminya sendiri. Walaupun ini hanyalah cerita, kalau realitinya mampukah aku hadapi semua itu. 

Buka mata, tanya hati, tengok sekeliling kita. Apa yang telah kita lalui dan lakukan dengan hari-hari kita..

p/s ~ 'Delisa cinta Ummi kerana Allah'.. Aku?

Saturday, February 11, 2012

Penantian bakal berakhir

Assalamualaikum..



Setelah beberapa kali pihak Nuffnang men'reject' cash out aku atas masalah-masalah yang aku lakukan sendiri, akhirnya kali nie aku berjaya sebabnya 'payment advise' telah di emailkan. Maknanya dengan 'payment advise' nie cek akan sampai lah. Aku dah siap pesan ngan akak aku, kalau cek sampai kat rumah aku suruh pos kepada aku yang kat JB nie. 

Walaupun amount yang tertera xbanyak tapi sekurang-kurangnye aku leh wat belanja sementara duit pinjaman tak masuk lagi. Entah bila laa agaknya nak masuk duit pinjaman nie. Dah banyak dah menyusahkan Mama dan Papa. Tambahan bulan nie ada banyak vacation ngan Lab Rat's. Yehh boleh laa tampung sikit walau xbanyak pun..XOXO



p/s ~ Mula-mula cash out amount RM 51.43 ada dalam entry nie, tapi sebab banyak kali gak direject jadi amout masa cash out jadi RM 67.97. 

Lab Rat's : First Vacation

Assalamualaikum..

*cerita basi sebab dah lama...

Suka.. Gembira.. Riang.. Senyum..
Itulah yang terpancar dari riak wajah seseorang yang dibawah nie. Juga kerana percutian inilah aku buat ini yang ada dalam entry ini. 

*tengok peta dulu, nanti sesat*

Ini merupakan percutian kami bersama-sama yang pertama (lepas nie ada lagi). Memang terbaik!! Tapi sedih percutian yang nie tak semua join. Owhh sebelum tu, kami merupakan budak-budak (budak-budak ke?) dari makmal yang sama di bawah supervisor yang sama. Hubungan kitaorang dah macam adik beradik dan juga keluarga. Kemana-mana pasti bersama, tapi kalau urusan penting masing2 tu xde la bersama-sama juga. Kalau ada masalah pula kitaorang pasti kongsi bersama dan selesaikan bersama. (macam isi dengan kuku dah)

*masing-masing try untuk buat gaya tersendiri*

Bagi aku nie merupakan percutian ke Kota Singapura yang kedua. Sebelum nie aku pernah pergi dengan kawan-kawan semasa degree secara berkumpulan. Bayar sebanyak RM 70 kalau tak silap tapi takde buat pasport sendiri, pakai yang pasport group je lagi murah. Untuk sekali pergi sahaja. Time pergi secara berkumpulan, aku dah jejak Marina Bay, Sentosa Island tengok 'song of the sea', Masjid Hussein Sulaiman dan ada lagi tapi aku lupa. ;0



Kali nie aku pergi Marina Bay lagi. Takde banyak berbeza pun cuma dye punya latar belakang tu dah ada hotel yang mempunyai kolam renang pada kedudukan yang tinggi tu la yang macam kapal tu. Lepas tu kitaorang pergi Orchad Road-kawasan orang kaya, tapi kami xkaya pun kayap ada la. Kat Orchad Road nie banyak butik2 yang sesuai untuk golongan kaya-raya. Kami tak masuk butik pun tapi ada masuk satu bangunan entah nama apa bangunannya tapi kat dalam tu ada banyak kios2 jual cenderahati. Ada kedai jual murah ada jual mahal, kene rajin jalan dan bertanya la.
*minta izin dengan pemilik kedai untuk amik gambar dengan bear besor*

Gambar peluk bear kat ats nie aku xingat dah kat mana. Haha. Tapi bangunan tu cam baru lagi la ada kedai-kedai kat dalamnya, ada Watson juga A & W kalau xsilap. Hehe.. Kat situ kitaorang ada makan makanan Jepun dan Korea dalam entry nie

Sekian sahaja untuk Lab Rat's vacation yang pertama...

p/s ~ Banyak 'ini' dan 'nie' la dalam entry kali nie

Friday, February 10, 2012

Anda penulisnya

Assalamualaikum..





Coretkan cerita indah-indah anda di dalam helain-helain yang bakal anda lalui.. 


p/s ~ Weekend dah tiba.. Pe ehh aku nak wat? Kene jadi penulis yang hebat nie nanti nak coretkan yang indah2 aje dalam helaian seterusnya..

Thursday, February 9, 2012

Maksud bacaan ketika duduk diantara 2 sujud

Assalamualaikum..

Tahukah maksudnya??
Atau kita baca hanya untuk melengkapkan rukun sembahyang kita?
Kalau belum tahu, meh tengok sekejap dan pahatkan dalam kepala maksud-maksud disebalik bacaan kita yang hari-hari kita baca sebanyak 17 kali. Tu belum masuk lagi bila kita lakukan sembahyang sunat..




p/s ~ Aku pun baru tahu. Sedeynye jadi aku kan. Tahu baca je.. Lagipun aku xpernah belajar bahasa Arab T_T

Wednesday, February 8, 2012

Budak itu jadi bunga ♥

Assalamualaikum..





p/s ~ comel.. 【ツ】

Tuesday, February 7, 2012

Satu Kisah Tentang Seorang Muslim

Assalamualaikum..

 

Pada satu malam yang indah, dia telah berkata,"ALLAHU AKBAR"

Kemudian dia menyambung lagi, "LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH"


Setelah itu dia berkata, "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN".

Dia menambah sedikit lagi, "SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM "

Dengan mengucapkan semua itu, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT

Kamu mau tahu siapakah orang yang beruntung itu??
Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Pesanan kepada lelaki

Assalamualaikum..

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. .

Nanti Ustaz Azhar Idrus (UAI) tembak..

p/s ~ Kelas Ustaz..

Kebenaran di mana-mana

Assalamualaikum..


Nak percaya, tak nak percaya itu terletak di tangan masing-masing. Kalau kau explain macam mana sekalipun dah orang tu tak nak percaya, itu hak dia. Kau merintih air mata darah sekalipun, merayu dan terus merayu memang tak akan mengubah pendirian orang tu bila dan hati keras. Kau yang tahu kebenarannya hanya perlu berdoa minta Allah SWT berikan petunjuk dan buka pintu hati orang tu untuk terima kebenarannya.

Sejauh mana orang tu nak tetapkan hatinya untuk tidak mempercayai? Bila kebenaran dan  kat  depan sana, dah xde apa nak disangkalkan lagi. Hanya perlu terima akan kebenaran itu. 

p/s  ~ Kebenaran tidak terbentang sekarang, akan tiba masanya nanti. Kalau bukan di dunia, akhirat masih ada..

Monday, February 6, 2012

Gambar tak boleh copy and paste. Help Me!!

Assalamualaikum..

Bila dah buta IT, then tak tahu banyak pula pasal komputer dan gambar-gambar, jadi la macam aku sekarang nie. Yang aku tahu ada kamera, amik gambar then gambar-gambar tu simpan dalam laptop. Gambar yang dalam kad memori delete sebab nanti nak amik gambar lain plak. Bila dah penuh dalam laptop transfer masuk hardisk pula. 

Bila dah masuk hardisk galok nak masukkan dalam laptop balik, last-last bila nak copy and paste masuk laptop tak boleh. Ini yang men'tension'kan aku di hari-hari cuti nie. Arghhh. Udah laa gambar yang nak d copy tak boleh tu gambar konvo aku, kenangan tu beb. Kalau gambar lain aku tak heran sangat yang menjadi masalah gambar KONVO. Tension mak cam nie. 

Ada sapa-sapa yang tahu dan pandai kenapa gambar-gambar tu XBOLEH COPY AND PASTE leh laa jelaskan kat aku. Dan kalau tahu nak buat cm mana please explainkan pada aku. I need your help.. Hulurkan tangan ringankan beban.. 

p/s  ~ Need a positive respond..
p/s2 ~ kecelaruan minda, ayat macam tunggang langgang. Abaikan..


Baucer Buku 1Malaysia #3

Assalamualaikum..

Memang dimanfaatkan betul-betul laa. 

RM 50 untuk mama. Cari kata itu hanyalah pelengkap kepada RM 50, tapi kene tambah RM 1. Tapi tak mengapa jangan RM 10 sudah, hancur purse nanti *sebab dop cari nak cukupkan RM 10. Untuk mengelakkan salah faham, cari kata tu bukan untuk Mama ya tapi untuk adik. Takkan la Mama main cari kata kot. Hehe..



Dah merata tempat cari buku yang Mama nak nie (Al-Quran dan Hidayah Salikin). Pergi Syarikat Muda Osman (SMO) Kota Bharu dye kata takde, buku lama la nie. Pergi SMO Kubang Kerian pun takde, buku lama juga. Cari kat SMO tu sebabnya kawan Mama kata dye beli kat situ. Lepas tu pergi cari kat Syarikat Jaafar Rawas (SJR). Kat sana banyak buku yang berunsur kan islamik nie dengan harapan moga ada la buku nie kat sana. Pest time aku pergi SJR. Kebiasaanya nak cari buku pergi SMO, tak pun pergi Pustaka Sri Intan sebab ada kad boleh laa dapat diskaun..


Dan pencarian aku tak sia-sia. Berpandukan buku pinjam dari kawan Mama aku dapat cari buku yang Mama nak tu. Ingatkan  kat SJR nie xleh guna baucer yang dapat tu tapi, ehh dapatlah. Maka leh laa guna RM 50 hinggit tu untuk Mama. Buku 'Sakinah' yang dalam gambar kat atas tu aku beli pun nak cukupkan RM 50. Buku tu aku bagi Mama je. Mama suka membaca.. XOXO

p/s ~ Nasib baik leh guna baucer kat SJR, leh belanja Mama..

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidul Rasul


Assalamualaikum..


Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Sampai bila?

Assalamualaikum..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Perasaan benci, menyampah dan tak suka..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Perasaan yang buat aku macam bersalah jika aku teruskannya..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Apakah aku perlu jelaskan kepadanya?

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Aku takut akan penerimaannya nanti..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Ianya akan terus memberi masalah kepada aku..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Mungkin sampai bila-bila..

p/s ~ Aku tak kuat untuk berterus terang... T_T

Pupel Liyana Mega Giveaway

Assalamualaikum..

klik banner untuk join.

Lebih 50 hadiah untuk dimenangi. Jadi apa lagi? Jom join!!

Antara penaja-penaja hadiah :




Nak tag : Yang suka join GA dan ada masa lapang, bosan, boring (cam saya)..

p/s ~ Nampak sangat banyak masa free tu yg join GA.. Harap ada luck laa. Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails