Monday, April 30, 2012

#Kahwin : Selepas 10 tahun

Assalamualaikum..

Setelah lebih 10 tahun tak g Melaka, 2012 telah membuka kembali kamus kehidupan aku untuk aktiviti di Melaka. Fuyoo ayat sekema giler.. ^^,

Kalau 10 tahun yang lepas, aku ke Melaka atas alasan lawatan selepas UPSR bersama-sama guru2 dan sahabat darjah 6 (boleh laa teka umur aku skrg berapa), kali nie aku ke Melaka bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan sahabat seuniversiti aku, Siti Zarifah Sarif dan pasanganya Zahari. Tahniah sahabat..

Kawan aku nie akad dye hari Jumaat, so pagi Jumaat tu kami gerak dari UTM. Tengahari sampai sana singgah dulu rumah mak sedara kpd seorang kawan nie sebelum ke rumah sahabat yang nk khwin nie. Petang tu ke rumahnye sebab dye nikah lepas asar. Kat rumah pengantin perempuan nie kami sempat laa rewang. Rewang buat bakul telur, letak telur dalam bakul n letak cenderati untuk tetamu dalam plastik bag je. Kira rewang laa gak yaa sebab lbh kurang 1000 biji telur kami kene sediakan. Oh mak.. Selesai semua tu dalam pukul 7 petang, tanpa makan. Berselerak semuanya.


Lepas siap semua isi2, kemas2 n makan2 kami yang seramai 9 orang terus cabut sebab malam tu ada agenda lain pula. Nantikan..

p/s  ~ Sahabat kami juga sudah selamat di nikahkan dengan pilihan hatinya. Moga kekal hingga ke syurga. Amin..

Alza vs Exora : Mana lagi OK??

Assalamualaikum..

Bila orang dah tanya pendapat aku tapi aku tak leh nak kasi pendapat aku try ler tanya pak cik goggle. Tapi apa yang aku jumpa juga telah mengkonfiuskan dan membuatkan aku lagi tak faham antara Alza & Exora mana yang lagi okay..


Ada yang cakap Alza okay dan tak lupa juga ada yang cakap Exora lagi okay. Bila orang dop cerita buruk baik sesuatu tu kita yang membaca nie jadi dilema dan antara dua. Farah AF sangat kan dop nyanyi lagu antara dua.. Ish2x..

Sekarang aku nak tanya pendapat reader blog aku pula. Apa kata korang. Alza 0r Exora.. Sapa yang kat umah ada antara 2 jenis kenderaan nie sila laa bagi pendapat korang. Mungkin aku lagi leh buat keputusan bila baca komen korang..

p/s ~ Sila komen pasal 2 jenis kenderaan nie!!!!

Syurga Makanan

Assalamualaikum..

Bertapa gembira dan bahagianye bila berada kat rumah kan.. Sebab tu ada orang kata "Rumahku, Syurgaku".. Tapi aku ada jumpa orang pacak papan tanda kat depan rumah dye tulis "Rumahku, Muziumku".. Ermm wondering! Maybe dalam rumah dye ada banyak harta2 peninggalan sejarah or maybe banyak history pasal rumah tu sbb tu dye namakan  "Rumahku, Muziumku".. 

Sememangnya bila berada kat rumah, diet yang dirancang selama ini hancuss. Rumah ku juga boleh dikatakan syurga makanan bagi aku. Sebab nya apa2 sahaja yang nak dimakan pasti akan dapat sebab Mama seorang yang baik hati akan masak untuk aku. Terima kasih mama. Luv u..

   

   

Kalau sebelum balik dah turun 2 kg, bila balik rumah 2 kg naik balik.. Owhh.. Mama cakap kalau aku balik je mst banyak makan-makanan. Nak wat cam mana bila aku col tnya hari nie makan apa, bila mama cakap je mst aku akan balas "daknye = sedapnya".. Sebab tu mama aku tak tahan bila aku balik je msti nak masak banyak2x..

p/s  ~ Mama.. esok masak tomyam yaa..

Friday, April 27, 2012

Balik kampung : cuti hari pekerja

Assalamualaikum..

Hai apa khabar warga-warga kampung? Saya kini membuat liputan dari kampung sebelah bandar.. (maknanya ada kat kampung laa sekarang nie)..Keberadanya saya di sini pada hari nie untuk menyatakan yang hari Selasa ini adalah HARI PEKERJA. Maka dengan ini saya isytiharkan hari Selasa ini adalah HARI CUTI..Yahooo


Tapi... aku bukannya seorang pekerja nak cuti-cuti nie. T_T 

Biarpun begitu, aku dah selamat jejak kaki kat kampung dah pun. Ober sangat aku nie kan. Padehal kalau kat Johor hari nie mana cuti lagi. Aku je yang dah cabut lariiii.. Haha.. Meninggalkan segala keserabutan yang ada bila berada di UTM tu.. *lega

Pada awalnya aku tak nak balik pun sebab aku ada ckp ngn mama nak balik bulan 6 lepas assessment. Biar pun ada 2 orang lab rats cakap nak balik aku still ignore je pasal tu.. Tiba-tiba aku dapat tahu my partner room pun nak balik gak sebab nak jumpa tokki (datuk) dye balik umrah. Tambahan pula aku ada call mama cakap yang pasal balik-balik nie..

"Mama : Lepas tu ngah xse kelik kow? Dae kow nak tnggu sapa bule 6. Sebulan lebih lagi tu.."

Ayat itu menyentap hati aku. Aku kalau sebulan sekali tak balik or tak tengok family rasa cam pelik n sedih je kat situ. Aku cakap laa ngan mama nanti nak fikir balik n wat keputusan. Aku bincang ngan rumate kalau dye balik aku pun nak balik, cuma cara kepulangan je lain-lain. Lepas tu dye cakap dye pun nak balik. Jadi pagi khamis tu berdesuppp aku rempit moto ke Sri Puteri.

Sampai je kat Sri Puteri aku g laa kat kaunter ticket KKKL, bas yang selalu aku naik. Aku tnya tcket tuk ari Jumaat malam tapi dah habis. Aku dah agak mesti orang yang bekerja ramai yang balik. Maklumlah selasa cuti, yang hari isnin tu minta cuti lain. Aku pun mula cari tcket2 d kaunter lain. Kat Johor nie bukan ada banyak pun bas yang pergi Kelantan. 1 SYARIKAT 1 BAS je. Alahaaii sudahlaa orang Kelantan kat Johor tu ramai.. Tanya kaunter2 lain pun semua jumaat malam dah habis. Aku dah macam xjadi nak balik dah.. T_T

Nak balik hari khamis, proposal xsiap lagi nak hantar kat Dr. Kalau balik hari Sabtu alaahh kejap sangat dop rumah plak. Fkir punya fkir, aku beli je tcket hari khamis malam. Proposal tu nanti aku emel je kat lab rats yang balik hari nie suruh bagi kat Dr. So setel.. Email pun sudah di hantar hari nie.. Aku pun dah selamat pulang. Melihat senyuman Mama dan Papa membuatkan aku bahagia.. Hoyehh..

p/s ~ Kalau tak tahan rindu, telefon laa.. Kalau tak tahan juga, seelok-eloknya pulang laa..

Sunday, April 22, 2012

Selamat Hari Bumi

Assalamualaikum..

22 April merupakan Hari Bumi jadi Selamat Hari Bumi..

Selamat Hari Bumi.. 
Jagalah bumi dengan sebaik-baiknya..
Bumi ini sama sahaja seperti kita..
Semakin hari semakin tua..

Selamat Hari Bumi..
Jagalah bumi dengan sebaik-baiknya..
Sudah-sudah laa membuat pencemaran..
Kerana andai musibah menimpa, kita juga yang kena..

Selamat Hari Bumi..
Jagalah bumi dengan sebaik-baiknya..
Itu sudah menjadi amanah kita..
Sebagai penduduk di atasnya..


p/s  ~ Kalau bukan aku dan kamu yang menjaga bumi nie, siapa lagi? Takkan alians dengan kapal piringnya? 

Friday, April 20, 2012

Angkara Semut

Assalamualaikum..

Padan muka aku.. Sapa suruh buka lepas tu makan sikit kemudian bungkus balik letak atas meja. Kan dah kene sebat dengan semut. Sampai berlubang2 jadinya.. Huhu sedih aku tengok. Patut laa aku dop tengok bukan main banyak lagi semut merayap keluar dr bekas tu, rupanye ada makanan didalam tu yang mereka dah sebat. 


Tak mengapalah. Rezeki hendaklah di kongsi bersama kan. Lagi pun yang dah lepas biarkan.  Semut pun makhluk ciptaan Allah SWT yang memerlukan makanan untuk meneruskan hidup. Peringatan untuk diri sendiri di kemudian hari, jangan nak biarkan coklat yang dah dibuka dan belum habis makan macam tu aje. Tak pun makan kasi habis terus, xpayah nak simpan-simpan. 


p/s ~ cadbury ada satu papan lagi dalam loker.. Adehh..

Wednesday, April 18, 2012

Apa yang Pelik dan Sengal??

Assalamualaikum..

Gambar kurang jelas , tapi jelas juga laa walau tak jelas sangat pun.. Hehe..
Let's look apa yang sengal dan pelik?


Mana tong sampahnye?? Ke nak suruh buang kat atas tanah kat situ aje? Kalau segampang itu baik tak payah sediakan papan tanda pun tak pe. Idak lah membazir sangat kan. Ish2x..

p/s ~ menarik perhatian orang untuk snap pic je.. 

Thursday, April 12, 2012

Beg Pink chumel

Assalamualaikum.. Daulat Tuanku (cuti sbb Tuanku)

semalam beli beg baru. Sebab apa beli? Sebab shantek and PINK!! Yehh.. Aku bukan peminat pink yang tegar pun tapi sebabkan Merah takde so PINK pun shantek.. Boleh tak cam tu?? Peminat pink yang tegar jangan marah aku hokay..


Lagipun beg pink nie murah jeeee.. Tersangat hokay. Lagipun aku dah lama tak beli beg.. Lagipun aku nak nampak macam ladies sikit bila g mana-mana  bawa beg sangkut atas bahu cam nie (tak bermakna sebelum nie bukan ladies). Banyak betul 'lagipun' aku. Whatever nie blog aku suka hati nak tulis apa (emo).

Berbalik pada harga beg nie.. Ce korang teka kalau beg cam nie berapa rega(harga)nya? Kalau korang teka betul maknanya betul laa jawapan korang. Haha.. Teka ye jangan tak teka.. Nanti aku kasi jawapannya..

UPDATE : Harga beg tu adalah 800 sen bak kata Arenim iaitu bersamaan RM 8. Aku beli kat Skudai Parade jeee.

p/s ~ murah2 je..

Tuesday, April 10, 2012

Tujuh hari : menanti kunjungan mu

Assalamualaikum..

Tujuh hari mencintaiku!! Owhh Hilman Yong datanglah kepada ku. Tunjukkan dirimu dihadapan ku. Peribadi dan sifat-sifat mu yang ditonjolkan membuatkan aku tertarik dengan mu. Andai dirimu dihadapan aku memang aku tak pandang yang lain, hanya melihat dan menatap wajahmu. Cepat laa director or procedur tanah air, buat lah pula cerita adaptasi dari novel "Tujuh hari mencintaiku". Nak juga aku tengok n tahu siapakahh actor yang akan memegang watak Hilman Yong itu. 

*Hilman Yong ada dalam buku nie*

Berbeza pula dengan tujuh hari menanti kunjungan nie. Aku tak pernah menati kehadirannya sekalipun dalam hidup aku. Bila kawan-kawan semua sudah ramai yang didatangi olehnya aku seboleh2 nk ignore je. 

Tapi tadi malang tak berbau, bila aku buka je aku tengok nie....

 ??????

Why? Perlu ke kau hadir dalam hidup aku. Haiihh lepas nie aku nak sayang twiiter lebih lak. Sapa-sapa nak follow aku leh laa klik aku kat @sherahaifa (promote). Tak pernah lagi aku promote twitter sepanjang aku ada akaun twitter nie. Hehe

Thursday, April 5, 2012

Kenal rahsia di sebalik sembahyang

Assalamualaikum.

Dengan kepantasan dan kecanggihan yang ada sekarang banyak perkara yang baru kita boleh belajar dan tahu. Tak mustahil dalam masa yang sama kita dapat meng'improve' diri kita ke level yang lagi tinggi. Inilah yang agama kita galakkan. Melakukan yang lebih baik dari yang baik. 


Insyallah dengan apa yang kita tahu, kita praktikkan dan amal dalam kehidupan. Lagipun kita tak akan rugi apa-apa. Belajar dan pelajarilah selagi kita mampu. 


video

p/s ~ Tinggkatkan diri ke prestasi yang lebih tinggi. Perubahan yang digalakkan.

Sunday, April 1, 2012

Hari ini : 5 tahun

Assalamualaikum..

Hari nie genaplah 5 tahun pemergian seorang guru yang sangat baik, lemah lembut tapi tegas merangkap cikgu yang mengajar aku bahasa Inggeris sewaktu form 5. Permergiannya sungguh tak disangka. Namun, sewaktu beliau sakit aku sempat pergi menziarahinye di hospital. Saat itu sungguh menyedihkan. Beliau pada anggapan aku pada waktu itu totally memang tak sedar dan tak ingat apa-apa. Namun aku tak kisah semua itu yang pasti aku dapat mencium kedua-dua belah pipinya. T_T

"Sesungguhnya teacher, Shera rindu sangat ngan teacher. Wajah teacher masih lagi dalam ingatan Shera. Tak akan sesekali Shera melupakan teacher. Luv u teacher. Al-fatihah.."

Kawan-kawan Shera ngan sahabat-sahabat teacher juga rindukan teacher.



p/s ~ Sesungguhnya kasih sayang Pencipta kepada teacher lebih lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails