Tuesday, May 29, 2012

Smile (^_^)V

Assalamualaikum..


p/s ~ xsabar menanti hari utuk present biarpun pada hakikat sebenar masih belum sedia..

Friday, May 25, 2012

Stress pertama berakhir : Stress ke-2 akan tiba

Assalamualaikum..

Berakhirnya hari nie, maka berakhirlah ke'stresssss'an buat sementara waktu. Ulangan!! Buat sementara waktu ok. Maknanya? Ke'stresssss'an akan kembali lagi dalam masa dua minggu yang akan datang. Huwaaa.. T_T

Serious memang sangat stress wei. Tido tak cukup, nak makan tak lalu, tapi mandi bukan tak basah tapi rasa cam nak mandi lama-lama dan kerap. Ini semua sebab kerana addicted dengan bau sabun yang wangi. Bila terlampau stress nie, jiwa aku juga mudah tersentuh dan asyik panas je. Pantang ada yang buat silap ke apa ke, pasti akan kene ngan aku. Nasib korang laa, sapa suruh bergurau ketika timing tak betul. Lain kali sendiri mau ingat yaa.. 


Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang. #santapanminda

p/s ~ mengantuk.. @ @
                                    _
  

Sunday, May 20, 2012

Kelantan menang piala FA

Assalamualaikum..

TAHNIAH buat pasukan Kelantan. U deserve that trophy. Biar laa apa orang nak cakap menang hanya dengan sepakan penalti ke apa ke, yang pasti pasukan Kelantan sudah membuktikannya. Walau penalti sekalipun, kalau xde luck memang tak akan menang. Inilah percaturan dan rezeki yang telah Allah SWT aturkan. Walaupun dah 2kali yang sebelum nie masuk final FA tapi tak pernah menang, kali ke3 masuk boleh menang.

TAHNIAH SANG KIJANG!!

Gambar nie aku amik dari page Daudsu Jamaludin Official

I like this quotes very much : Stop calling everyone a friend because everybody ain't your friend.

Thursday, May 17, 2012

Bersatu dalam sujud : Insyallah

Assalamualaikum..

Bagi yang belum bertemu dengan pasangan jangan khuatir jangan risau banyakkanlah berdoa. Setiap seseorang itu telah pun ditetapkan jodohnya. 

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu..." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]


♥ Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu ya Allah.
♥ Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat kepadaMu ya Allah.
♥ Jika cinta ini adalah ketulusan, maka jadikanlah hati ini untuk selalu tulus dalam menerima semua takdirMu.
"Ya Allah..Jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikan orang yang beriman mencintaiku"
[Riwayat muslim]

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU : TERIMA KASIH

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu di Malaysia terutamanya cikgu aku sewaktu di TADIKA KEMAS PASIR HOR, SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD MAHER, MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA TERENGGANU juga di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Terima kasih untuk segala ilmu yang telah dicurahkan, segala nasihat yang telah diberikan, segala tunjuk ajar yang telah di ajar dan juga segala-galanya. Jasa mu sentiasa dalam kenanganku. Terima kasih kerana sudi mendidik diri ini sehingga aku berdiri sendiri dan berada di tempat yang sepatutnya. 


Juga SELAMAT HARI GURU untuk Umi (mak saudara) juga bakal cikgu-cikgu sekalian. Ramai juga kawan-kawan aku yang bakal berada dalam profesion perguruan. Moga kamu mampu mendidik anak-anak murid mu sebagaimana cikgu-cikgu mu mendidik mu dahulu. 



p/s ~ TAHNIAH cikgu kerana berjaya mendidik saya.. TERIMA KASIH

Monday, May 14, 2012

Apabila Ting Tong

Assalamualaikum..


Hari nie bermula laa hari bekerja yang pertama untuk minggu yang baru. Huhh bila dah mula kerja, maknanya kene buat kerja laa kan. Bila weekend pula, hadap laptop buat tengok cerita. Grgrgrgr ayat apakah? Cam keling je!!

Hadap gambar dulu..




Kerja giler bila dan kepala ting tong. Motif untuk menceriakan hari yang gelap sememangnya gelap pada ketika itu sebabnya macam nak hujan. Alih2 gelap itu bertukar menjadi cerah. Meraban!! Cukup..

p/s ~ keserabutankepalakenesiapakanproposal.

Sunday, May 13, 2012

Sejarah Awal No Plat Kereta Di Malaysia

Assalamualaikum..

Bagus juga FB nie kadang2.. Benda yang tak tahu boleh gak tahu n tambah ilmu. Ramai yang dop share link2 yang menarik. Kali nie pasal asal usul no plat kenderaan bagi semua negeri kat Malaysia nie. Aku sure ramai yang tak berapa nak tahu nie.


Jadi kini baru aku tahu napa plat kereta/lori/bas/moto yang dibeli kat Kelate mula ngan huruf 'D'. Korang beli kenderaan plat apa? G leh chck kenapa plat kenderaan korang mula ngan abjad sedemikian..



Mama : Kasih mu ku hargai

Assalamualaikum..


Hidup ini tak akan sempurna tanpa mu MAMA..
Kepenatan tidak dihiraukan, membuatkan aku kagum dengan mu MAMA..
Kefahaman jiwa aku, membuatkan aku menyayangi mu MAMA..
Keterbukaan hati, menselesakan aku untuk berbicara dengan mu MAMA..
Keikhlasan dalam masakan, akU rindu dengan hidangan mu MAMA..

Apa-apa pun MAMA, hanya kau di hatiku..
Tiada 2, 3 mahupun berapa sekalipun..
Seorang pun tak boleh mengantikan posisi sekarang..
Akan aku jadikan kau idola ku MAMA bila aku dikurniakan anak nanti. 
Insyallah..



p/s ~ tak sabar nak balik rumah. Nak peluk cium MAMA.

Saturday, May 12, 2012

Foldover leh buat diet

Assalamualaikum..

Dalam tengah diet pun, sempat lagi aku bantai foldover untuk kali yang keduanya. Haha diet la sangat kan. Tapi nie diet yang sihat kot sebabnya ayam di gril, ada sayur, tomato and roti hanya dari gandum. Oklah takde lah musnah sangat diet aku kan (bila dah makan, macam2 laa cakap). ^^< 


Aku pelik gak bila ada orang kata foldover kembali lagi. Sejak bila foldover nie dah ada? Cari punya cari jumpalah yang ada orang kata last foldover nie keluar tahun 2007. Owh patutlah aku tak tahu. Sebabnya at that time aku dop asrama, so segala iklan yang berkaitan dengan makanan nie memang aku tak tahu. Lagi pula aku bukan selalu outing (heh nak cakap aku nie baik sangat kan!!)

So, bila foldover nie keluar lagi aku amik peluang laa untuk makan n rasa cam ne best sangat foldover nie. Rupanya memang best tu yang sampai dah 2 kali makan. Dalam gambar atas tu ada 3 foldover, tapi bukan aku sorang yang punya. Tak lupa juga ada aiskrim perisa caramel. Owh yang ni pun 'limited time' juga. WHY??? perluke 'limited time' nie. Kalau ramai yang suka, plez laa Mc'D xpayah nak limited time sangat.

p/s ~ BEST!!!! 

Jumpa hantu dalam kapal besar

Assalamualaikum..

Tengok laa gambar dulu, aku malas nak cakap lebih..


Jumpa hantu nie tanpa disengaja. Bukan senang nak jumpa nie. 

p/s ~ Hahaha

Friday, May 11, 2012

Jumpa kekasih kat Melaka

Assalamualaikum..

Hari tu masa pergi Melaka, sempat laa jumpa kekasih pujaan hati. Sangat gumbira hingga tak terkata. Tanpa fikir panjang terus g peluk. Opss sory, padehal dye bukan halal buat aku pun tapi dah terpeluk kira halalkan je laa ya. Muhaha..

Bukan sorang kekasih yang dijumpai, tapi ada ramai (lebih dr satu). Excited sangat2. Bukan selalu dpat jumpa pun, maklumlaa percintaan jarak jauh, dapat tentangan keluarga lak tu. Sedih.. T_T

Sebabkan jarang jumpa, terus amik gambar..




GAMBAR 1 : Awak meh saya peluk, kita amik gambar sama2 yaa. Saya letak gambar kat blog.. =)

GAMBAR 2 : Awak saya nak balik dah, nah flying kiss satu. Nak cium betul2 tak halal. ^^,

p/s  ~ Ya Allah dekatkan lah hatiku dengan hatinya jika dye adalah bakal milikku. Aamiin..


#Kahwin : Kapal Besar tengah bandar

Assalamualaikum..

Pusing punya pusing Bandar Hilir tu sekali bila dah dalam kereta lalu depan kapal besar nak balik baru laa " alaaa nak g kat kapal nie" kata rumate. Ololo kesian. Sebabkan terlampau kesian, esoknya datang balik Bandar Hilir semata2 nak pergi kat kapal besar yang tengah bandar nie. Ngehh

*bertapa gumbira rumate buat 'peace'*

Bila dah sampai tak kan tak nak masuk merasa naik kapal besar kan. Lagi pun murah je. RM 3 per person yang dewasa. Siap boleh masuk 3 tempat lagi. Berbaloi2. Kalau nak naik Titanic memang idak laa sebab tak mampu. Time pergi kat kapal besar nie dah dekat kul 10 lbh dh. Matahari dah start nak dop atas kepala.


Klik..klik..klik..

Bila dah penat jelajah setiap sudut dan amik gambar, keluar pergi yang lagi 2 tempat dalam kawasan kapal besar tu. Masa tu dah pukul 11 lebih. Pukul 12 lak dah nak kene balik sebab nak attend majlis kahwin. Sempat ke idak nak pergi lagi 1 tempat yang dalam kawasan tu? 


Alih2 sebab terlampau penat n panas, masa pun tak mengizinkan, kami amik keputusan pulang aje lepas pergi yang tempat ke 2. Lagipun jauh gak perjalanan nak kene tempuh nak balik ke tempat majlis kahwin. Sudahlaa dye punya traffic light nak kene tunggu lebih 100 saat. Alih2 kami sesat nak balik ke tempat tinggal. Haha. Tapi sesat pun tanpa GPS, sampai gak kami ke villa. Alhamdullilah.. Kalau sesat kat Melaka jangan risau, pasti akan jumpa pangkal jalannya.

p/s ~ wahai rumate puassska dpat pergi kat kapal besar tengah bandar tu?


Thursday, May 10, 2012

#Kahwin : pusing Bandar Hilir

Assalamualaikum..

Kembali lagi dengan entry jalan2 kahwin Melaka.. Tak habis lagi rupanya cerita Melaka nie. Maklumlahh sibuk dop wat benda lain. Kadang2 tu bila tak sibuk malas pula nak menaip. Kan kalau menaip gak entah pe2 yang ditype.

Kali nie nak cerita sal bandar Melaka iaitu Bandar Hilir. Kat Bandar Hilir nie banyak tempat bersejarah yang juga boleh dilawati laa. Contohnya ada A'Famosa, muzium2 (banyak sangat sampaikan xingat nama pe) dan Menara Taming Sari.


Kalau 10 tahun lepas aku penah pergi, dulu dan kini yang macam peninggalan sejarah tu tak banyak sangat laa berubahnya. Tapi nice boleh amik gambar dan buat kenangan. Time pergi dulu ne ada apa2. Kamera, henset belum dalam gengaman lagi.


Berniat nak naik Menara Taming Sari tapi bila tengok bayaran yang tertera dekat kaunter, Ya Allah kenapa mahal sangat sampai 20 hinggit. So, semua decide tak nak naik. Panjat bukit yang kat atas A'Famosa dah la kalau nak tengok sangat sekitar bandar Melaka. T_T

Bila cakap ngan kawan yang orang Melaka, dye cakap tu price tuk pelancong asing. Terus kuciwa giler2. Sapa suruh tak pergi tanya direct dekat orang kauter. Padan muka. Sudahnye etah bila laa dapat pergi Melaka lagi. Entah2 10 tahun lagi. Wuuu

p/s ~ selesema.. arghh tak suka!!!!!!!

Monday, May 7, 2012

Siti Nurhaliza cantik : Ketika cinta

Assalamualaikum..

Tadi tengah tengok2 FB jumpa video nie..


Nak tahu sapa share??



Sebab2 musabah kenapa d share video nie ada ditulis.. Aku dengar pun memang best and ada maksud yang sangat tersirat.. Dengar la korang tak rugi..

p/s ~ kenapa malas sangat nie????

Saturday, May 5, 2012

Konvokesyen kembali

Assalamualaikum..

Festival Konvokesyen kini kembali. Konvokesyen kali ini merupakan kali yang ke-48. Pabila musim konvokesyen cam nie teringat zaman konvo dulu. Aku konvo dahulu kali yang ke-47 pada bulan 9/2011. 


Disebabkan tak pernah merasa pakai baju konvo nie, lepas aje amik baju kami dah mula bergambar. Pra-Konvo katanya. Best!! Lompat sana, baling topi sini. Tak puas.


Tak cukup dengan itu, kami berpakat hired juruphoto untuk amik gambar kami ramai-ramai. Kalau xhired nanti tak cukup sorang pula dalam gambar tu. Hired yang murah2 je. Satu jam untuk RM50 kalau xsilap photographer yang di hired hari tu. Banyak juga laa gambar2 yang sempat di rakam. Juruphoto nie ada gak edit2 sikit gambar2 yang di amik. Boleh laa. Nak kata berbaloi sangat tu idaklah. Untuk kepuasan ok.


Disebabkan konvokesyen, maka tak lengkap konvokesyen tu kalau takde pesta, orang jual2. Jadi sekarang dah pun berlangsung Festival Konvokesyen nie dari 4-9 Mei 2012. Jadi sapa yang ada berdekatan dengan UTM jom laa ramai2.. Ada kain murah, baju mahal. Cepat2!! Aku dan pergi survey semalam, banyak kedainye. Jalan pun tak habis lagi. Hari nie nak g lagi. Kebetulan ada derma darah hari nie, aku nak derma untuk kali yang ke4. Moga aku ok selepas derma.

p/s ~ Kepada yang bakal konvo.. TAHNIAH!!

Friday, May 4, 2012

#Kahwin : Baju yang dipergayakan

Assalamualaikum..

Selepas penat berjalan lebih 2 jam di dua tempat yang berbeza, Taman Botanikal dan Zoo's Melaka mula la nak balik sebab perut dan lapar. Krukk.. krokk.. krakk (sound effect perut lapar).

Lapar pun bukan kami nak masak pun, kami nak pergi rumah perantin perempuan laa. Hari sebelum tu kan dah nikah, nie nak barambu ramba laa pula. Banyak betui baju yang perantin perempuan peragakan. Tak penat ke salin, pakai, salin, pakai?  Kae orang Melaka memang baju perantin dye banyak-banyak? Orang Melaka sila jawap.


Kata je lapar, tapi sampai rumah perantin dekat pukul 3. Hoho apa laa je yang ada bila pukul 3 kan. Bekas kosong banyakla. Padehal dah tau tentatif dari pukul 11 sampai 4 petang, tapi pergi lambat juga. Aamik laa makan je mana yang ada. Ayam BBQ pun tak cukup. 

Pengajaran daripada kejadian nie, esoknya kat majlis sebelah perantin lelaki, pergi pukul 12.30 lagi. Kelas pergi majlis kedua-dua belah perantin. Haha balas dendam sebab makan tak cukup. Yang sebelah perantin lelaki punya majlis dapat tido bilik berhawa dingin. Best!!

p/s  ~ Moga berbahagia selama-lamanya dunia dan akhirat! Aamiin..

Thursday, May 3, 2012

#Kahwin : Zoo's Melaka

Assalamuaaikum..

Selepas lebih sejam berjalan-jalan kat Taman Botanikal tapi disebabkan masih tak cukup berjalan, terus wat lawatan sambil berjalan kat Zoo Melaka pula.. Hiperbola sangat..

Kadar bayaran yang dikenakan untuk masuk zoo nie ialah RM 10/seorang dewasa. Berbaloi ke tidak? Bagi aku berbaloi sangat la kot, dengan keluasannya yang sememangnya luas,  hinggakan ada tempat2 tersembunyi yang tak sempat nak teroka akibat kesuntukkan masa nak g majlis kenduri kawin kawan dan ada banyak binatang/haiwan yang dapat dilihat biarpun ada sangkar/kandang yang kosong, rasa puas dalam diri sebab penat.

Mula-mula masuk ofkos laa kene bergambar kat entrance dulu. Bukti!


Lepas amik gambar kat entrance je, terus klik..klik..klik.. lampu hijau pun padam menandakan bateri dah habis. Tapi nasib baik ada backup kamera lain leh laa muka yang xsemengah nie diamik.

*Tak lepas peluang, habis dengan binatang/haiwan nak bergambar*

Seperti yang aku cakap, ada banyakkan haiwan/binatang. Kanak-kanak mesti gembira kalau dapat tengok semua nie sedangkan kami yang dewasa pun gembira!! Ada pak belang, ada girafe, ada burung nuri dan ada gak kuda belang yang berkawan ngan badak. Juga haiwan/binatang yang sebenarnya memang hidup tapi nampak cam patung.

p/s ~ Bila dan penat tengok map dalam zoo, rupanya ada kat penghujung zoo..

Syukur : Alhamdullilah



Ya Rabb,Syukurku atas kehidupan hari ini.Jadikanlah aku peribadi yg pandai bertutur kata yang lembut kepada orang tuaku juga pd orang lain...
Aamiin..

p/s ~ Permudahkan segala urusan hari-hari ku..

Wednesday, May 2, 2012

#Kahwin : Taman Botanikal

Assalamualaikum..

Bersama lagi dalam edisi jalan-jalan di Melaka episod sambil menyelam minum air, perkahwinan sahabat.. ^^,

Selepas selamat majlis akad nikah, maka keesokkannya pula adalah majlis di rumah pihak perempuan. Tapi pagi sebelum ke majlis tu, sempat laa pergi jalan-jalan di tempat yang dekat-dekat dengan rumah mak saudara kawan nie (Durian Tunggal).  Kami pun plan nak g Taman Botanikal. 


Kat taman nie sesuai laa untuk jalankan aktiviti jogging. Tapi kami tak pergi jogging pun, pergi amik gambar. Tak payah nak buat lawak kata nak g jogging la sebabnya kat UTM sndiri haram nak joggingnya. Walaupun tak jogging, hampir lecun juga laa baju dengan peluh yang mengalir tanpa henti sebabnya kawasan Taman Botanikal yang nun jauh ke dalam membuatkan kami berjalan tanpa henti.

Kat taman nie ada banyak tugu-tugu peringatan akan cerita dogeng haiwan. Cerita burung gagak dengan tempayan, cerita arnab ngn kura-kura, juga cerita kancil ngan buaya. Kalau sapa-sapa yang dah xingt akan cerita2 nie, disitu juga ada dicritakan akan kisah binatang2 nie. #sesuai laa untuk kanak-kanak.


Kat taman nie juga aku ada kisah diikuti oleh monyet. Kelakar pun ada. Monyet tu ikut aku macam seorang polis dop ikut penjenayah. Nasib aku tak lari je. Kalau aku lari confirm2 monyet tu kejar. Lari tercabut selipar laa jawabnya. Aku xtahu laa kenapa monyet tu ikut, sedangkan aku bukan gangu mereka2 pun. Haisss #ngeri gak ngat balik..

Tak cukup sejam berjalan sambil amik gambar kat cnie, kami pergi plak berjalan kat satu tempat lagi. Juga 1 jam berjalan. Aduhh lenguh kaki. Kemana kami berjalan? Tunggu!!

p/s ~ Kalau berjalan banyak2 betis kurus xpe.. T_T

Tuesday, May 1, 2012

Senyuman di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Betul ke semalam ada cerita SENYUMAN DI KUALA LUMPUR kat Astro Prima???
Huhu kalau betul la kan, rugi laa xtngok.. Lagipun smlm ada kat rumah bukan pergi mana2 pun.. Ingatkan semalam takde cerita, so xbuka pun tv.. T_T

video

Kenapa sungguh sangat nak tengok cerita nie?
Sebab ado pelakon kecek kelate. Pah tu make budu.. 
Tu hok best n sungguh nk tengok nie..

p/s ~ xpow nati aku suruh agen download cerita nieh.. Benci bakpo ari nie baru jupo promo sal cerito nie.. 

#Kahwin : Jonker Walk Melaka

Assalamualaikum..

Malam selepas majlis akad nikah sahabat, bermulalah aktiviti jalan2 di Melaka. Setelah lebih 10 tahun meninggalkan Melaka aku tak leh nak pastikan apa yang berubah sebabnya 1o tahun yang lepas aku tak ingat dah apa dan macam mana rupa Melaka. Haha.. Short term memory rupanya aku nie.

Tempat pertama yang dikunjungi ialah Jonker Walk. Erm kalau kat Kelate lebih kurang macam uptown laa. Kalau kat Johor plak macam yang dekat Pasar Karat tu. 


Apa yang menarik? Entah ler.. Tak menarik sangat pun. Barang pun mahal2 gak laa.. Kalau nak dapat geselan yang freeeee boleh laa.. Ramai giler orang. Fuhhh xmau pergi dah c2 kalau pergi Melaka lain kali.. Penat kaki je dah la xde pe d beli pun..

p/s ~Pergi Jonker walk nie pun sbb ada salah sorang nak pergi. Aku yang tak tahu cm ne Jonker Walk follow je laaaa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails