Saturday, June 30, 2012

Universal Studio : WaterWorld

Assalamualaikum..

Lepas camewhore di Hollywood berkejar ke The Lost World pula. Udahla Lost World nie dop kat bahagian tengah sekali ikut map tu, jalan laju2 dah macam manusia berlari. Haha nak juga samakan dengan manusia berlari. Addicted punya pasal. Masuk je dalam tu rupanye dah ramai yang memenuhi ruang. Kami dop kat bahagian yang tidak basah(belakang) kerna sapa yang dop depan memang akan basah. 


Sinopsis untuk show nie :

Witness death-defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensations 'live' water show.

Fuhh memang dasyat la. Ada api, ada tembak menembak. Kapal terbang masuk, ada orang terbakar. Patutlaa tempat nie dikelilingi oleh zink yang buruk pun. Kiranye xmembazir la sebabnye bahan tu di kitar semula. 


Show nie kejap je xsampai setengah jam pun. But live depan mata. Bahang api pun terasa. Camne laa mereka leh terfikir nk buat benda nie semua. Kreatif dan enovatif tul.


p/s ~ Enjoy

Akad Nikah Redza dan Irma Hasmi

Assalamualaikum..

Begitu indah pertemuan yang kau aturkan antara mereka berdua. Sesungguhnya itu adalah antara yang terbaik.

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"




Kau begitu bertuah..


p/s ~ Jeles aku tengok mereka. 

Friday, June 29, 2012

Universal Studio :Camewhore di Hollywood

Assalamualaikum..

Misi 24jam di Universal Studio COMPLETE!! Suka sangat2. Perjalanan ke sana bermula pada jam 9.45 pagi dimana kami pergi dengan menaiki bas transtar kat Kotaraya II dengan bayaran hanya RM5. Sampai kat sana dalam pukul 12.00 tengahari. Perghh dugaan betul masuk time weekdays nie. Bus beratur punyalah lama nak sampai ke kastam Singapore tu.  Sampai kat kastam plak, ada sesuatu yang berlaku kat aku. Arghhh tension betul. Nanti aku cite. Tapi yang entry last2.


Sampai je pergi washroom dulu, lepas tu baru beli tcket. Harga ticket 74SGD. Rupanye hari tu peak day. Kalau bukan peak day harga 68SGD. Tanye yang jaga ticket tu, dye kata musim cuti sekolah. Kat sana cuti rupenya. 


Masuk tu, haruslah camewhore dulu. Kalau boleh kat setiap inci tempat tu nak bergambar. Gitulah budak2 katakan. Haha padehal ada yang dah nak jadi mak budak pun. Tapi lepas nikah laa.



p/s ~ Lepas camewhore kat Hollywood berkejar ke The Lost World untuk tengok show 12.30.

Universal Studio : 12 hours mission

Assalamualaikum..

Yehhhaaaa... Sampai gak kami ke sini. Inilah dye trip Lab rat's selepas trip 24 jam dan trip picnic di Desaru. So, dengan ini Universal Studio 12 hours mission COMPLETE!! 


Cite panjang lain2 entry. Muhaha bakal ada banyak entry nak cite misi 24 jam yang nie.

p/s ~ thank you kepada fhotografer..

Sunnah-sunnah hari Jumaat

Assalamualaikum.

Mari kita amalkan perbuatan yang baik ini. 


p/s ~ Semoga ini bukan Jumaat terakhir kita

Thursday, June 28, 2012

BE tapi kat blog lain

Assalamualaikum..


Yehh dapat BE lagi. Tapi kali nie kat blog kontest. Opss aku ada blog kontest ke? Mihaha. Dulu2 gila join kontest bagai sampai ada blog kontest khas. Tapi setelah sekian lama malas pula nak join. Bukan sebab tak pernah menang, tapi sebab kesuntukkan masa. Gitu. Hahaha.

Yang tak tahan tu sekaligus chck ada dua BE.. Kalau kat blog nie ok gak. Dah dapat syukur la.


p/s ~ Entah berapa sen laa akan dapat tu. 

Wednesday, June 27, 2012

Ramadhan yang semakin dekat

Assalamualaikum..

Ramadhan semakin hampir. Sekarang sudah bulan Rejab. 

"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


Begitu cepat masa berlalu. Begitu pantas memang dah xkan tunggu sapa2 pun. Nak masa lebih korang kene manfaatkan setiap detik saat tu sebenarnye sebab setiap orang hanya diberi 24 jam je sehari.


Jesteru itu, sempena Ramadhan yang semakin dekat nie, mari laa sama2 kita tigkatkan diri untuk mengharungi Ramadhan ini. Mana lah tahu Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita. 



p/s ~ Tak sabar nak tngu Ramadhan nie. Bukan sebab nak raya.. 

Monday, June 25, 2012

Bukan status nak jiwang #4

Assalamualaikum.

kita selalu Ingin bahagiakan orang lain...tapi DIA? pernahkah kita cuba bahagiakan Allah? Adakah kita tergolong dalam kalangan yang bersyukur?


p/s ~ renung2kanlah..

Sunday, June 24, 2012

Berzikir dengan jari di tangan kanan


Assalamualaikum..

Aku rasakan ini satu perkongsian yang sangat menarik. Oleh itu aku ingin share ngan korang yang singgah blog aku.


Bahkan Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam memerintahkan para Sahabat wanita menghitung: Subhanallah, Alhamdulillah, dan mensucikan Allah dengan jari-jari, kerana jari-jari akan ditanya dan diminta untuk berbicara (pada hari Kiamat)

(Diriwayatkan Abu Dawud no. 1501, dan at Tirmidzi. Dihasankan oleh Imam an Nawawi dan Ibnu Hajar al ‘Asqalani)

p/s ~ Manfaatkan jari2 kita kearah kebaikan ini. Tak payah susah2 nak guna tasbih.

Saturday, June 23, 2012

Lakukan kebaikan, Jauhkan kemungkaran

Assalamualikum..

Peringatan untuk diri sendiri jua untuk pembaca blog ini.




p/s ~ meninggalkan skudai buat sementara waktu..

Friday, June 22, 2012

Pantai Tanjung Balau

Assalamualikum..

Lepas aje balik dari pantai Desaru kiteorang watzupp ke Tanjung Balau pula. Udahnye xde tempat dah nak singgah lepas balik Desaru tu, menyingah laa kat kawasan yang terdekat dengannya. 


Kat Tanjung Balau nie juga ada pantai. Tapi perbezaannya dengan kat Desaru ialah, pantainye lebih jernih. Keselamatan diberi keutaman bila ada pihak yang menjaga. Parking bertar so hujan memang tak akan beri kesan apa2, malah yang penting tiada bayaran pun. So kalau korang bace perbezaan nie pantai mana agaknya menjadi pilihan? Banding2kanlah dan selamat berfikir. 

Kat sana kiteorang xde mandi2 dah, pergi bergambar je. Malangnye gambar xdapat sepenuhnya dari fotografer. Layankan ajelah seketul kat atas tu.

p/s~ pasnie ada lai trip lab rat's. Huh mengalir macam air pitihnye.

Thursday, June 21, 2012

Bermandi pantai

Assalamualaikum..

Lepas je mentekedarah durian ngan spageti apo lai, kita mandi!! Semua bagaikan anak-anak kecil yang tak pernah mandi dan suka giler ngan air. Termasuklah aku. Mula2 semua orang berkelakuan baik. Tak mo basah2 lagi. Basuh tangan dop di gigi air je. Wakluuuu.. Hahaha.. 


Lepas tu xde dah nak control2 ayu, macho nie. Haha macho kae? Bila sorang dah masuk air terus main percik2 air. Masa tu memang xleh nak ngelat dah smua basah. Pastu dapat la idea nak lompat bila ombak datang. Tapi yang xleh bla tu ombak xdatang2 pulak. Hahaha dop gelak giler2 kat dalam air tu. Bila ombak datang, gelak lagi. Tak tahu laa pe yang kelakar yang pasti best!!!


Ada yang dop terapung. Bila ombak datang habis masuk hidung. Tapi tu xpatahkan semangat pun, terapung lagi sampailah dekat pukul 1 barulah naik ke darat. Walaupun xberpicnic sehari, tu dh cukup untuk memuaskan hati dengan mandi laut. 

Bagi aku pantai desaru nie xbersih pun. Parking dye berlopak/berselut bila hujan. Nak masuk ke tempat parking kene bayar, bukan 2hinggit tapi 4hinggit. Bagi aku agak mahal la dengan keadaan yang tak bersih tu. Sudahnye keselamatan xterjaga contohnye bila ada yang lemas takde pihak yang bertugas leh tolong.

p/s ~ entah bila plak leh sampai Desaru nie.

Picnic di Desaru

Assalamualaikum..

Let's picnic not panic. Wuhuu dah lama tak main pantai nie. Even bila balik rumah, pantai adalah tempat wajib akan pergi, tapi tak pernah nak main air laut. Hanya mampu tengok dari tebing je. Kenapa? Entah laa no reason for that.

Trip selepas trip 24 jam itu telah diberi nama trip ke pantai dengan objektif untuk makan raja buah disamping ada juga spageti air tangan bakal perantin bulan 11 nanti. Bagus2 sebelum kasi suami makan, biar lab rat's yang rasa dulu. Tak sedap leh cakap depan2. Wakaka. Tapi best wei yang ko masak tu cuma.. Opss ada cuma ya. Cuma xde daging nak gigit. Seelok2nye guna laa daging burger xpyh laa guna daging yang dah kisar tu. Tapi nasib baik ada cendawan leh laa ku gigit juga.


Malam sebelum hari kejadian tu, hujan turun dengan lebatnye. So aku dah rasa frust time tu, sebab takut xleh main laut. Last main laut tiga tahun lepas dengan budak kos. Dalam hati masih lagi bagi harapan yang esoknye pasti hujan nie dah berhenti. Tapi.... sehingga ke time bertolak pun masih lagi hujan. Dan kerana hujan aku lewat bangun. Waaaa nagis nasib baik orang tak tinggal.

Kami picnic kat Desaru. Kenapa Desaru? Sebab ada 2 orang lab rat's orang JOHOR xpernah sampai Desaru. Motifff sangat. Sampai Desaru tu hujan masih lagi rintik2. Tu yang budak 2 orang dalam gambar atas letak surat khabar atas kepala. Hujan ke xhujan ke orang tetap ramai k. Masa kiteorang sampai tu dh ada yang kat dalam air. Woo semangat. Pe2 pun kiteorang sampai kiteroang makan dulu. Isi tenaga sebab nak jadi buaya nie. Katanya.


p/s ~ nak durian lagi!!!!

Berpesta buah

Assalamualaikum..

Musim buah kembali!!! Yihaaa.. Nak makan buah banyak2. Tak puas lagi melantak hari tu. Nak lagi banyak. Kalau ada geng lawan makan memang syokkk gilerrr.. Moh laa sapa nak jadi geng lawan makan ini raja segala buah DURIANNNNNN!!!


Lepas trip 24 jam kami ada wat trip lagi. Ngehh2x,, banyak giler trip. Maklumlaa dah lama x bertrip nie lepas pada trip ke Singapore. Memang lepas segala stress2 yang bermaharaja lela kat dalam diri nie bila pergi banyak trip. Trip yang lepas trip 24 jam nie ialah trip _______ nantikan entry seterusnye. Haha buat style macam cerita sikit, bila dah klimaks tu smbung episod lain. Ulalala.

p/s ~ Jangan pilih jalan hitam, pilihla jalan yang sentiasa cerah, bercahaya.

Wednesday, June 20, 2012

Camewhore ngan spek 3D

Assalamualaikum..

Yang nie entry sambungan dari  trip 24 jam kami. Ulalala. Tengok Madagascar 3D. Ko ada tengok? Hehe. Velagak betul aku nie kan padehal baru 1st time tengok yang 3D punya. Orang lain dah entah ke berapa kali dah. Okeh surrenders.

Bila dah dapat spek 3D pe lagi. Camewhore!! Snap sana snap sini. Smua nak bergaya dengan spek 3D yang mana lepas habis tengok cite akan diambil semula. T_T


Jujur ikhlas dari sanubari, dari bawah ketiak dan sebagainya *lalala aku begitu excited tengok cite 3D nie. WOha. Api datang kene mata sakit!! Kepala girafe datang dekat wohuuu!! Syok habis laa. Dan kalau nak tengok cite 3D nie better pilih cite yang effect 3D dye banyak kalau x rugi aje. Ticket cite nie masa aku tengok kat Mid 20hinggit ok. Nie 1st time aku tengok wayang sampai 20hinggit. 

p/s ~ Gambar bergaya ngan spek baru dapat tu baru wat cite. Hehe

Kenangan lalu


p/s ~ mana aku? cari laa kalau kenal dan jumpa..

Tuesday, June 19, 2012

Hadiah terkumpul

Assalamualaikum..

Last but not least.. Entry terakhir sempene "Sukan menjana kesihatan ummah". Wohaaa. Aktiviti sempena "Sukan menjana kesihatan ummah" sudah melabuhkan tirainye pada hari yang sama, tapi entrynye 3hari lps tu baru habis. Banyak perkara yang nak diceritakan, tu yang jadi berjela2.

Dipendekkan cerita, inilah dye hadiah terkumpul sempena "Sukan menjana kesihatan ummah". Terbaikkkk~~


Ada kecik ada besar, ada jam, ada hamper. Macam-macam hadiah. Yang xleh bla jam yang banyak. Okeh nie nak menunjukkan masa itu emas. Sebanyak mana jam sekalipun masa tetap 24 jam sehari. Ingat tu. So jadilah seorang yang mementingkan masa, seorang yang sharp on time. Aku tak suka orang yang suka melengah2kan masa nie. Tetiba emo~

Almost mereka yang datang pada hari kejadian gembira2 semuanya. Berganda-ganda gembira bila dapat bawa balik hadiah macam kami. Hehe. Pe yang penting lepas penat bermain, ada disediakan makanan dan minuman. 

p/s~ Dari xkenal orang leh kenal orang, =)

Hadiah utama milik kami

Assalamualaikum..

Dalam entry "cucuk biar masuk" aku ada cerita yang kami dapat bawa pulang hadiah utama. Yihaaa.. Alhamdullilah. Rezeki betul. Pada hari "Sukan menjana kesihatan ummah" tu sapa2 yang mendaftar akan dapat seorang satu nombor. Bukan nombor ekor yaa. Nombor bertuah. Kiranye sapa2 yang datang, kalau ada rezeki diorang memang akan dapat hadiah. Tak kira tua muda, kecik besar semua boleh dapat nombor bertuah tu kalau dah daftar.

Kami sekeluarga ada 6 orang, so ada la 6 nombor bertuah. Tunggu laa kami nombor sapa yang naik. Hadiah untuk nombor bertuah kira ada banyak juga la. Ada minyak, beras, bekas, sejadah dan lain2 lagi la. Ada hadiah sumbangan dari pihak2 tertentu juga ada yang dari pihak masjid yang sediakan. Memang excited laa nak dapatkan hadiah2 tu tapi kene tengok nasib juga.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. *Menujukkan yang memang dari awal sampai akhir tunggu nombor kami naik. Tak juga naik2. Fed up dah. Dan tibalah hadiah utama untuk cabutan bertuah pula. Sekali juruacara sebut '249'. Eh "249" cam penah baca je no tu kata aku dalam hati. Masa tu xterniat pun nak tengok nombor sebab dah fed up kan. 

Nak tak nak tengok juga lah sbb xpuas hati penah baca kat mana nombor tu, rupanye itu salah satu dari nombor bertuah yang kami ada. Tapi masa tu xbrapa nak sure lagi. Suruh juruacara ulang nombor tu. Lepas tu ulang laa juruacara. Pun xpuas hati. Last2 juruacara panggil nama sbb kat nombor bertuah ada tulis nama. Lorr itu nama adik aku. Terus kiteorang jerit. Haha.


Memang bertuah adik aku. Nama dye naik untuk dapat basikal tu. So memang hak milik dye la. Patutlaa nombor bertuah xnaik yang awal2 tu rupanye ada yang lagi besar kami dapat. Alhamdullilah.. Sebelum nie kat mana2 hari keluarga ke apa ke yang ada nombor bertuah, kami xpnh nak dapat tapi yang ni siap dapat hadiah utama lagi. Syukur.

p/s ~ Banyak kami dapat hadiah untuk aktivi Sukan menjana kesihatan ummah nie.

Monday, June 18, 2012

Cucuk biar masuk

Assalamualaikum..

Selain dari main kail ikan eh kail botol sewaktu aktiviti "Sukan menjana kesihatan ummah", kami juga turut main cucuk benang masuk dalam lubang jarum. Perghh yang nie memang menguji kesabaran betul. Sudahnye tangan plak dop gigil lagilah xleh masuk der. Orang lain sekali cucuk dah masuk.

Pada awalnye aku dop main try laa cucuk masuk lubang tu. Korang tahu la sendri bila benang dah di cucuk masuk nak masuk skali lagi lain dh jadinya. Jadinya ialah dah berbulu2 kat muncung dye tu. Bila nak masukkan kali ke dua, ko buat laa macam mana skalipun memang tak masuk melainkan dipotong hujungnye biar dapat hujung yang baru. 

*3 beranak tengah gigih*

Last2 dari 3 beranak yang masuk, sorang pun xleh cucuk masuk lubang. Mama yang setiap hari mencucuk benang masuk lubang jarum pun xdapat. Ini semua angkara dop main cuba masukkan dye dalam lubang sebelum permainan bermula. Sedih2x. Udah xde rezeki macam mana skalipun memang xdapat laa.

p/s ~ Hadiah utama kami dapat bawa balik rumah.

Kail ikan eh kail botol pulak

Assalamualaikum..

Nak mengail tapi bukan nak kail ikan. Maklumlah rakyat prihatin suka buang sampah dalam sungai, longkang dan laut. Ya ke? Lepas tu bila dah kotor mana nak ada ikannye. Last2 yang sangkut botol ajelah. Kesian.

Tengok laa gaya2 pengail sebelum memulakan acara mengail. Pose bukan main lagi. Siap prktis bagai tapi hasilnye. Entah laa.. 


Ini aje yang kami dapat. Kesian kan. Walaupun hanya dapat kail botol kami tak malu nak bergambar di tengah panas yang terik tu. Kuwang2x..


Sebabnya kami dapat hadiah kerana berjaya mengail ikan eh botol dengan jayanya. Orang lain tak mampu sampai di garisan lagi time nie. Kami lah antara yang pertama dan kedua. Gud job buat kami. Wakaka.


Inilah salah satu dari aktiviti sukan yang aku dan kakak aku masuk sewaktu aktiviti "Sukan menjana kesihatan ummah". Mengail botol. Tak sia2 betul dapat gak hadiah biarpun dua2 orang dapat jam. Leh gantung kat bilik masing2. Cantik woo jam tu. Kalau beli dekat 20hinggit gak tu. 

p/s ~ Alhamdullilah.. Memang berbaloi..

Sunday, June 17, 2012

Papa's day

Assalamualaikum..


kepada semua bapa/baba/papa/abi/ayah juga buat bakal bapa sekalian. Sesungguhnye hari2 lain juga merupakan hari bapa tapi untuk menunjukkan bukti kasih dan sayang maka telah ada hari ini. 

Buat papa.. Selamat hari Bapa..

Sesungguhnya tak dapat dibalas dengan apa yang telah papa lakukan tapi aku berjanji pada diri ini akan membahagiakan papa selagi nyawa dikandung badan. Aku tak akan sesekali menyusahkan papa, membuatkan papa sedih dengan sikap aku yang tak elok dan lain2.

Aku bersyukur dikurniakan bapa sebaik papa. U are the one and the last father in my heart.

p/s ~ yang sudah kehilangan bapa, perbanyakkanlah sedekah al-Fatihah dan doa.

Cenderahati istimewa : Derma darah

Assalamualaikum..

Semalam aku ada cerita dekat entry "Sukan menjana kesihatan ummahyang aku dapat cenderahati paling besar. Woo maklumlah sepanjang yang aku pernah derma darah xde pernah dapat cenderahati special cam nie.

Walaupun buku derma darah xdibawa bersama sbb xtahu pun ada derma darah malah buku tu pun ada kat JB aku teruskan juga niat hati nak derma darah nie. Maklumlah dah 3 bulan xderma nie, rndu nak derma. Haha leh plak rndu nak derma. (^_^)V



Tadaa. Itulah cenderahati yang besar aku dapat. *Sengih semeweh. Hamper ko. Sebelum nie aku derma darah pun stakat dapat cenderahati air sekotak dan kek buah se'slice'. Tapi yang nie memang paling gempak laa. Dengan sijil bagai, lepas tu ada kasi ubat lagi. Ubat pe aku xtahu. Aku ada tanya nurse tu "nape kat JB xpernah bagi ubat pun?".  Lepas tu nurse pelik kenapa xde bagi. Then aku pula tnye soalan punyalah bangang "kene makan ke ubat nie?" What de. Haha kalau xmakan nak suruh buat pe lagi kan. Simpan kat umah pastu ubat tu naik kulat. Aishh ada ke ubat naik kulat? 

Bila tengok cenderahati yang diberikan besar macam nie, ia bagaikan satu cara untuk attract orang lagi ramai supaya derma. Bagus juga. Bila dan derma sekali pasni mesti nak lagi. Lagpun derma darah nie bagus. Kita yang derma nie leh produce darah lain. Bagus untuk kesihatan kita. Aku 1st derma darah tahun 2011. Tak tahu kekuatan dari mana yang datang  meminta aku join rumate aku sekarang derma darah. Gerak hati yang Allah swt kurniakan kepada aku menjadikan yang nie kali ke-4 aku derma darah. Sapa dah pernah derma darah? Dah berapa kali korang derma?

p/s ~ next derma darah pula bulan 9.

Saturday, June 16, 2012

Sukan menjana kesihatan ummah

Assalamualaikum..

Sungguh gembira walaupun terselit rasa penat. *penat2 pun sempat lagi update blog. Hehe. Blog adalah segala2nye.. Cewahh..

Alhamdullilah.. Hari nie bertempat diperkarangan Masjid Noor Aini, Pasir Hor, satu aktiviti bersama penduduk kampung telah diadakan. Aktiviti nie untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk2 kampung juga yang paling utama untuk menjana kesihatan ummah iaitu dengan bersukan. 

Aktiviti seperti nie buat julung kalinye diadakan. Dengan kerjasama dua pihak ia berjaya dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.


Ramai betul yang hadir. Paling ramai tentulah budak-budak. Merekalah yang paling gembira kalau aktiviti seperti ini diadakan. 


Main-main juga, hadiah tentulah ada. Memang banyak betul hadiah yang disediakan. Tak kurang juga hadiah nie siap dapat penajaan lagi.. Penajaan dari mana tak pula aku ketahui. Hehe. Yang pasti aku turut dapat hadiah. *nanti aku ceritakan.


Acara sukan pula ada macam2. Ada acara lari dalam guni, basikal paling lambat, makan buah epal, kail botol dan macam2 lagi laa.. Orang dah berusia pun ada gak yang main. Memang best!! Tak kira usia semua nak menjana kesihatan. 


Turut disediakan kaunter untuk check kesihatan secara percuma. Orang2 kampung yg xpernah buat check up memang ramai yang amik kesempatan tadi. Memang bagus laa.. Dan xlupa juga ada aktiviti derma darah. Aku pun join gak derma tadi. Dan sepanjang aku derma darah xdapat cenderahati yang besar, tadi aku dapat. Walawehhh xrugi. *nanti aku update d lain entry.

Juga nasib baik aku balik kampung mngu nie, dapatlaa join.. Kalau x mana nak adanya aku kat aktiviti nie.. 

p/s  ~ pasnie moga aktiviti macam nie terus diadakan.

Groovy Lime kembali

Assalamualaikum..

Groovy lime Mc'D dah kembali.. Best nie.. Yum3x.. Dapat time panas lagi nyum3x..


p/s ~ rasa masam2.. hijau putih nice..

Friday, June 15, 2012

Loghat Kelate belajar ikut Bahasa Inggeris

Assalamualaikum..

Jupo kat FB sakni. 


Haha memang steady wei. Loghat kelate buleh tulis dale bahasa ingeris. Tapi aku xbrapa nak pandai jgk ingeris biarpun loghat kelate bulih tulis kot ingeris. Haha. Padehal xdop kaitan langsung pun ngn aku pandai ke xpandai ingeris. 

Tapi gak nk suko derah jugok laa bilo aku dop try bace kot bahasa ingeris nie biar leh bunyi serupo ngan loghat kelate tu. Sapo hop nk belajar loghat kelate buleh laa try nie.

p/s  ~ Selamat maju jaya. 

Rumah syurga makanan : Nasi tumpang

Assalamualaikum..

Selamat pagi Jumaat.. Hari nie cuti untuk Kelantan.. Sungguh merasa damai dan tenangnye berada di kampung ini.. Dapat menghirup udara segar *Alhamdullilah.. Dapat mendengar bunyi kicauan burung *Alhamdullilah.. Yang paling utama dapat bernafas dengan menyedut Oxigen yang dibekalkan kepada semua kehidupan alam ini. *Alhamdullilah..

Korang dah bersarapan? Apa sarapan hari nie? Betullah kata orang berada dirumah(kampung) diibaratkan sebagai syurga makanan. Oleh itu aku sangat suka berada di rumah. Sebabnya macam2 makanan boleh makan. No wonder kawan aku yang dop obersea tu siap buat list makanan lagi sebab dye dah nak balik M'sia hujung bulan nie. 


Pagi nie aku sarapan dengan nasi tumpang aka nasi tupea. Penah dengar akan nama makanan 'nasi tumpang' ini? Kalau penah bagus kalau xpenah, rupa nasi tumpang macam dalam gambar kat atas nie. Kenapa di panggil nasi tumpang? Entah laa aku pun xtahu. Apa yang aku rasa sebabnye nasi dan lauk2 dalam tu menumpang antara satu sama lain dalam bungkusan daun pisang. 


Dalam nasi tumpang ada lauk? Ofkos laa.. Kalau makan nasi mesti ada lauknye. Tipulah kalau kata "aku makan nasi sahaja". Aku xpercaya!! Kalau makan nasi pun sekurang2nye  mesti ada telur mata kerbau. Dalam nasi tumpang nie lauk2nye ialah udang dan telur sambal  beserta serunding ikan. Walawehh best! Aku dah close up dah tu apa yang ada. 

Sapa yang dah merasa apa komen korang tntang nasi tumpang nie? Yang belum rasa aku syorkan korang patut merasa nasi tumpang nie. Tak rugi wei. Best!

p/s - Biar hina di sisi dunia .Asal mulia di sisi Allah..

Thursday, June 14, 2012

BE ke-6

Assalamualaikum..

Buka je nuffnang ari ni.. Woo ada Be baru.. BE yang ke-6 untuk tahun nie. Tapi yang tengah running BE ada 2 je. Jadik lah dari xde langsung kan. Yang nie cadangnye nak simpan banyak2 nak biar lama, boleh kumpul banyak2. Suka2x..

TQ nuff..


p/s ~ Alhamdullilah.

Wednesday, June 13, 2012

Pavlova kasih sayang

Assalamualaikum..

*tengok sahaja..


p/s ~ masih xtahu lagi cm mana rasanya..

Tuesday, June 12, 2012

Purse beriben

Assalamualaikum.. 

Masih lagi cerita dari trip 24 jam. Hoihh banyak benar ceritanya yaa padehal pergi sehari je. Hehe. Saje nak buat2 cite nak suruh ada entry baru hari nie. *boleh?


Kan aku ada cerita yang kiteorang ada mengusha purse. Padehal hanya salah seorang drpd kami je yang nak beli purse. Skali kesemua sangkut beli purse. Udah takde barang kenangan lain yang nak dibawa balik JB, belikan aje purse tu. Kedai purse yang cantik2 tu ada kat depan kedai Barbie kat Midvalley level panggung wayang. Serius memang cntik2 wei purse kat situ. Sapa yang dop dekat KL p midvalley tu g laa usha purse kat citu. Dengan harga yang murah membuatkan aku n de geng rambang mata nak pilih..

Akhirnya lepas buat decision inilah purse yang jadi pilihan aku. Aku sebenarnya berkenan jenis purse yang panjang2 tapi untuk kali nie aku beli yang cenonet pendek cam gnie. Cari stail baru katanya. Harga purse nie rm26. Sebelum tengok harga aku bajet purse nie dalam rm30-35 skali bawah rm30 tu yang aku beli tu. Lagipun bukan niat membazir, nanti leh giler2 ngan purse panjang sedia ada tu. 

cantik x?

Siap ada riben lagi. Ladies g2.. Mulanya aku nak beli yang warna pink tapi yang design cam gnie ada yang warna purple ngan putih je. Nak amik putih kan nanti cepat kotor, so nak tak nak amik juga laa warna purple nie. Sekurang2nye xde la barang2 aku smua warna pink cam yang beg pink nie.

p/s ~ tapi kalau ada wrna merah aku pasti rembat yang merah dulu..

Monday, June 11, 2012

Demam manusia berlari

Assalamualaikum..

Kalau sebelum nie aku hanya dengar je orang dop cerita pasal running man, kali nie aku pula nak cerita. Dulu bila orang dop cerita running man nie aku jadi tertanya2 apa laa running man. Lepas tu diorang cakap reality show. Pas tu diorang cerita, diorang gelak2. Aku tengok diorang pun macam hape dah. Meren ke??


Ada satu hari nie kat lab, diorang buka laa vidoe running man. Aku apa lagi numpang laa tengoknye. Nak juga tahu cam mana cite running man nie. Bila dah tengok tanpa disangka-sangka aku pun turut gelak.. Ehh menarik laa running man nie. Haha..

Dulu dari tak tahu running man, sekarang aku dah leh kenal sorang-sorang *Jae Suk, Gary, Haha, Kwang Soo, Suk Jin, Jin Hyo dan Jong Kook. Dari ramai2 aku suka Gary. Innocent je dan bila bersama Jin Hyo sangat sesuai..


p/s ~ xsabar nak tnggu episod seterusnya keluar...

Sampai sudah

Assalamualaikum..

Sehinggaa saat entry nie d publish semestinya aku dah pun selamat sampai. *Entry nie auto publish. 


Aku dah pun selamat sampai kampung asal aku. Syoknya!! Dah lebih sebulan tak balik. Rindu udara kampung, rindu family, rndu nak shoping2 kat kampung. Haha. Padehal bukan de tempat2  yang menarik pun kat Kelate nie.

Dan percutian kali nie akan berlangsung selama seminggu. Bercuti pun kene buat kerja gak. Report 1st assesment nak kene baiki. Tapi xpelah boleh buat kerja dalam suasana yang gembira, xde stresssss.

p/s ~ nak sambut bufday papa dan mama..

Sunday, June 10, 2012

Trip 24 jam

Assalamualaikum..

Lab rat's sorang nie dop ajak pergi KL sebab katanya dye craving tako tao. Melayankan yang dye craving sangat tu, kami ke KL. Tapi setelah aku habis 1st assesment yang mana aku dah pun tahu keputusannya. Aku dan seorang lagi lab rat's lulus. Alhamdullilah.

Pada hari aku habis 1st assesment (7/6/12), jam 10.30 pagi kami pun dengan  lafaz Bismillahirahmanirahim memulakan trip kami. Hanya dengan 3jam kami sampai KL. Cepat giler kan. Takde laa bawak laju sangat pun cam biasa laa highway 110km/h je. Tapi alhamdullilah xde berlaku pe2 kami selamat pergi dan balik.


KL nie kami menuju ke Mid Valley. Aku tak sure laa kat KL nie hanya kat Mid Valley je ke yang ada tako tao tu. Kiranye sampai2 je Mid Valley tu terus berkejar ke tempat jual tako tao. Mula-mula sampai kedai tu takde orang pun, lepas kami sampai terus je ramai orang. *Muka pembawa rezeki betul keteorang nie. 

Lepas beli tako tao g cari ticket wayang. Kebetulan hari tu Madagascar 1st tayangan. Pe lagi terus beli ticket. Beli yang 3D ok. Memang syok. Tu lah kali pertama aku tengok 3D. *jakun betul, asyik perkataan woooo je yan kuar dari mulut. Nanti aku cerita lebih lanjut pengalaman aku tengok 3D k.


Lepas beli ticket, acara makan2 lagi. Memang kosongkan perut betul laa untuk makan2 nie. Semua orang pilih nak makan makanan korea. Yelah takkan nak makan makanan  yang senang dapat kat JB gak. Rugilah. Aku makan seafood ramiun. Best?? Takdelah best sangat pun macam makan maggi je. Tapi yang makanan Korea kat Singapore hari tu best lagi. Maybe cara masak dan ramuan lain2 kot. Kalau cam tu mesti kat Korea best lagi.

Bila dah selesai makan dan solat, naik atas balik nak tengok wayang kul 6.00 petang lak. Sempat laa kami mengusha purse masa odw nak pergi panggung tu. Dan ada satu kedai nie, purse kat kedai tu chantik2 belako. So aku yang pada awal tak bercadang nak beli pe2 tertarik tuk beli purse kat kedai tu. Serious memang chantik!! Kalau xbeli kan menyesal pula bila balik JB. Nak g beli balik idaklah kat KL tu. Panas bontot. 

Nak tengok purse yang aku cakap chantik tu. Nantikan entry seterusnya ya. Nak cite cnie kan panjang berjela pula. Korang pun bukan suka baca panjang2. Tak gitu?

p/s ~ malam nie ada trip lagi. 

Tako Tao : Sejenis makanan

Assalamualaikum..

Gara-gara salah seorang dari lab rat's craving sejenis makanan, kami buat trip 24 jam ke Kuala Lumpur pada 7/6/12. *cerita trip 24jam selepas entry nie..  Sejenis makanan yang lab rat's craving giler tu xde kat JB sbb tu kami pecut g KL. Makanan yang di craving giler tu ialah :


Korang tahu makanan nie?? Penah makan? Kalau pernah untunglaa. Aku secara jujurnye xpernah tahu pun makanan nie. Sehinggalah trip 24 jam baru aku tahu. Nama makanan nie ialah :


Tako tao!! Bukan tako tahu sebab memang tak tahu. Kata lab rat's makanan nie ada kat Queensbay dengan KL. Mak oii jauh2 semuanya. Actually makanan nie di jual di Jusco. Kalau nak dikira di JB pun ada Jusco tapi banyak2 Jusco kat JB satu pun xde jual tako tao nie. So sapa yang memang craving giler2 nak x nak memang kene g laa mana2 tempat yang ada.

Dalam satu bekas tako tao tu terdapat 3 biji dengan harga RM4.90. Dalam tako tao tu pula, ada isi. Isi2 yang ada, ada pada gambar bawah yang kotak tu. Antara 5 tu aku dah cuba makan prawn ngan octopus dan aku lebih suka octopus sebab best!! 

Kalau korang tanya tako tao nie dibuat daripada apa, aku rasa macam campuran tepung dengan air yang macam nak buat lempeng tu. Lepas tu ada letak sayur2 cincang then  digoreng. Sebelum tu prawn @ octopus diletak dalam tu. Faham?? Xfaham nanti korang pergilah kat mana2 tempat yang ada jual tako tao tu, korang tengok laa sndiri cam mana makanan nie dibuat. Nak cerita lebih pun aku baru tengok  dan makan pun baru sekali.

p/s ~ cerita panjang mengenai tako tao.. Macam sushi pun ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails