Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.
Hehe meroti lagi the next day selepas yang meroti hari tu. Sebabnya dalam masa sehari je dah habis. Kan dah cakap orang kat rumah ni fanatik dengan roti. Bila nampak roti tak tahu macam nampak apa gayanya. Jadinya tak rugi kalau lenguh2 tangan menguli untuk bagi gebu rotinya.
Meroti kali ni tak guna resepi yang mula2 buat. Sebabnya yang hari tu macam sikit je adunan. Dapat pun seloyang je kan. Jadinya kita pakai resepi dari blog Azie Kitchen. Dapat lah buat roti yang dalam gambar kat bawah ni. Ada satu lagi roti yang tak sempat nak snap. Yang tu ada 5 ketul roti manis.
Roti sosej
Sosej tu sebelum guna aku bakar dulu 3 minit sebelah. Nak rebus pun boleh depend pada diri sndiri. Nyaris2 je sosej yang dah dibakar tu nak masuk mulut sebelum letak atas roti. Hehe. Aku ni pantang jugak nampak sosej. Berhantu je nafsu tu.
Roti sosej pintal 1
Roti sosej pintal 2
Roti sosej pintal 2 versi berbeza. Cara nak pintal roti tu, aku tengok kat blog Zalin Zalina. Memang terbaik lah sebab dia tunjuk gambar kan. Kalau tak, takdenya aku dapat pintal macam tu. Aku lagi suka buat yang versi no 2. Cantik pun lagi cantik yang tu. Lagi tertarik nak makan. Both guna sosej sebatang. Tapinya fail part letak sos dan mayonis. Macam ter'sedikit' plak letaknya. Note untuk buat lain kali pulak.
Roti bun manis
Dari adunan yang sama boleh juga buat roti bun manis. Yang ni sedap cicah air teh, kopi. Tapi kat rumah ni biasanya cicah air nescafe. Air papa. Sebabnya air tu sentiasa ada. Tak boleh tak ada. Habis je memang mama akan terus buat.
p/s ~ gembira sebab dapat buat apa yang kita suka buat.
10 comments:
Apa pun versi kalau roti-roti ni kakak dan anak-anak memang suka
Kena yg macam-macam perisa aduhai... sedapnya:)
why kejam sgt,biar kita meleleh air liur nengok haa ;(
cun giler roti pintal tue..sebijik macam kat kedai..kagum ciktom tengok..nak belajar jugakkk
Salam singgah sini....sedapnya roti hotdog...tak pandai buat selalu beli kalau rasa nak...hihi
sedapnya, anak-anak suka sangat roti sosej ni ... kreatif la, macam-macam bentuk ada :)
sedapkan.. sebut je roti semua makan.. :P
opss.. sila lah meroti jgk...:P
pintal biasa2 je.. tu pun baru 1st time pintal. bnyk lg kene bljar..:)
dulu pun kita beli jugak. Ni aje baru rajin. hehe
hehe.. nk pelbagaikan bentuk.. konon2 beli kat kedai..
Post a Comment