Thursday, March 31, 2016

Menang Etude House

Assalamualaikum..


just for fun.. Hanya log in, jawab soalan mudah dan hantar. Menang tu adalah satu rezeki. Sekurang-kurangnya usaha. Ye dak. 




Terpelih utk menang produk edute house. Famous jugak etude house ni. Rasanya kat Aeon ada kedai etude. Kalau tak silap. Sebab dah lama tak pergi Aeon. Nanti bukak kat KB 28 April ni aku survey ya. So far aku tak berapa nak pakai cream @ any makeup ni tapi dah menang OK je. Kita tengok nak buat apa dgn barang tu. Heee


p/s ~ Pihak Eh xcontact lg pasal suh amik barang.Waiting for that

Monday, March 28, 2016

Meh pilih tema baju raya 2016

Assalamualaikum.

69 hari lagi Insha Allah kita yg beragama Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sekejap je kan. Adakah hari2 yang berlalu itu kita manfaatkan dengan baik? *pertanyaan kpd diri sndiri.

Bila dah nak puasa selalunya yg mak2 pening nak pilih tema baju apa untuk raya kan. Maklumlah lambat hantar kat tukang jahit kan pakai baju raya thn lps lah jwbnya. Tapi kalau yg selesa pakai beli yang dah siap lagi berbaloi2 sebenarnya. Upah jahit ngan beli kain pun dah sama harga dgn beli baju siap. Tak pun mungkin beli siap lagi murah. Either one. 

Selalunya bab nak pilih tema baju raya ni mst kene tengok dulu baju2 raya yang sebelum ni warna apa kan. Tak tengok kan tersama pulak dengan sebelum ni. Lepas tu warna tu jelah yang banyak ada dalam almari. So let's check it out warna-warna yang berkenan..

Kuning

biru

merah

pink

purple

kelabu

hitam

 putih

oren

 koko

hijau

ok. Dah ada ke warna yang berkenan? Dah boleh mula cari kain tu. Kan nanti habis pulak. Heeee

p/s ~ nanti nak tunjuk kat mama jgak warna2 ni. So takdelah nanti konfius nak cakap tu wrna apa. 

Friday, March 25, 2016

Lengkap sudah koleksi beg sukan Edisi Ola Bola

Assalamualaikum..

Banyak ni semua dah ada pemilik. 

Hari tu tebus beg A & B ada kat entry tebus beg milo ola bola. Hari ni dapat pulak beg C & D. Horaay lengkap sudah koleksi beg sukan edisi ola bola ni. First time rasanya macam bersemangat giler kumpul dan tebus ni. Sebelum ni takde pun. *manusia dah berubah

Koleksi beg Ola Bola Ihsan Milo. Nak snap gambar koleksi sndiri malas bukak dlm plastik. :P

Antara tempat penebusan

Ini adalah minggu terakhir untuk penebusan segera. Minggu depan dah takde. Sapa yang tak berkesempatan nak g tebus boleh hantar melalui pos. 6 minggu selepas 31 Mac baru anda dapat beg tu. Lambatkan nak dapat. Sebab tu aku prefer g tukar kat pusat penebusan. Kene beratur ke, datang awal ke belasah je. Nak 1000 usaha, tak nak beribu-ribu alasan (pepatah sendiri buat). 

p/s ~ lepas ni mmg akan terus kumpul aje. Bila ada penebusan @ contest boleh terus guna aje. Takde lah baru kalut nak simpan kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails