Friday, March 9, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel

Assalamualaikum..


Manusia yang lakukan perbuatan yang macam nie agak-agak ada otak x? Manalah tahu otaknya telah terburai, bersepai kene gilis dengan trailer atau apa aje kemudiannya akal terus terbang. Grrr ~



Tergamak sungguh anak tunggal mak cik nie tinggalkan mak cik nie kat hotel. Sudahlah lumpuh dan tak dapat nak menguruskan diri sendiri dibiarkan sorang-sorang plak. Anak jenis apa laa agaknya anak mak cik nie ya. Alangkah orang yang dah kehilangan ibu, sedih dan rindu nak jumpa, yang masih ada ibu sanggup buat cam nie. Sangat mengecewakan. Tambahan pula yang lakukan perbuatan cam nie adalah orang Melayu. ORANG MELAYU ok!! Yang baik hati dop membantu mak cik nie pula orang Cina. Orang yang tidak seagama dengan kita. Tengok video nie. Minitis air mata ok.


Tapi, aku cuba untuk fikir positif. Anak mak cik nie mungkin ada masalah dengan wang sebabnya sebelum tu dye ada bayar untuk penginapan mak cik tu selama 4 hari. Yang selebihnya dye tak bayar tu kemungkinan dye dalam usaha untuk mencari wang kot. Mungkin juga dye ada masalahnya sendiri hinggakan nak g hotel tu pun tak dapat.

p/s ~ Apa-apa pun bersangka baik la terhadap semua orang. Tak sabar nk jumpa family..


Saturday, March 3, 2012

Untuk yang belum menemui pasangan hidup : Juga aku

Assalamualaikum..


Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

entry copy paste : share
 
p/s ~ Tak pernah menyesal dan kecewa kenapa sampai sekarang aku tak berpasangan..

Hari minggu di lab : Rajin x aku?

Assalamualaikum..


NO!!!

Huhu.. Hari minggu pun kene masuk lab. Kene wat kerja. Apalah nasib badan. Sudah laa proposal tak siap lagi. Haru biru hidup nie. Tapi..Tapi.. Tapi.. Even banyak kerja, tidur pun kadang2 xcukup masih lagi mengada-ngada nak berjimba, nak bermain, nak tengok cerita2 yang aku download setiap hari kalau menapak ke lab. Masyallah xinsaf2 kan. Lepas tu mulalah minta tangguhkan tarikh untuk penghantaran proposal. 

Ermm manusia tak sempurna. Itulah aku. Pantang ada peluang berjimba, aku ikut. Pantang ada kesempatan untuk bermain, aku join konon nak sihatkan tubuh badan, keluar peluh. Bila  serabut nak buat kerja xboleh dan cerita yang aku download banyak tak tengok lagi aku layankan. Lepas tu bila dan mengantuk aku tido.. Bila kerja nak siap????? B ++ betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails