Thursday, December 19, 2013

Aku bangga IC '03'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Being as Kelantanese is not easy, but i was born this way. Alhamdullilah. 


p/s ~ jangan lupa jati diri

Saturday, December 14, 2013

Selepas banjir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kelantan pun banjir juga. Tapi kesan banjir itu takde lah ketara sangat seperti yang berlaku di Kuantan dan Kemaman. Di dua tempat tu memang teruk sangat-sangatlah banjirnya. Dan pastinya kemusnahan pun pasti banyak. Jadi hulurkan tangan ringankan beban. Hubungi mana-mana badan NGO or kerajaan yang bersedia untuk membantu. Harta tidak akan dibawa, tapi amal jariah itu yang diperlukan bila kita tiada nanti. Renungkan!

Air sungai Kelantan tahun nie tidak melimpah ke bandar Kota Bharu. Ia juga tidak menyebabkan banyak tempat banjir sebabnya di sepanjang Sungai Kelantan nie telah diuat benteng bagi menghalang air masuk ke sungai-sungai kecil. Tahniah untuk mereka yang telah membuat benteng. Usaha anda telah menyelamatkan ramai penduduk-penduduk yang mana saban tahun kalau rumah tak banjir, tak sah.

Nie ada sedikit gambar untuk keadaan selepas banjir di Tambatan Diraja. Kelihatan pekerja MPKB sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan tambatan. Lumpur yang dibersihkan agak tebal juga lah. Tengok akan mereka buat kerja tu cam best je, cam menarik je. Hehe. 



p/s ~ Bumi Kelantan ditimpa hujan lagi hari nie

Wednesday, December 11, 2013

Daripada Nobody kepada Somebody

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Penulis tahu mesti takde seorang pun yang terlepas dari tengok video awek legoland aka Syasya kan? Semua orang tahu pasal tagline 'Macam Comel je, Macam Cantik je' kan? Dan tagline tu sekarang dah makin galak digunakan. Tidak hanya mengunakannya untuk cantik dan comel sahaja malah untuk perkataan-perkataan lain juga. Tak gitu? 

Daripada hanya mengunakan tagline itu untuk menceritakan kecantikkan mata Syasya sekarang tagline tu dah digunakan dimana sahaja. Malah ada yang menggunakan tagline itu untuk dijadikan tajuk lagi. Sebelum nie Amar (penyanyi Nasyid) telah menjadikan tagline tu sebagai tajuk lagu beliau. Kali nie pula Erry Putra menggunakan tagline tersebut. Bukan setakat menggunakan tagline tersebut, Erry Putra turut mengundang Syasya yang mana nama komersial sekarang Syasya Solero untuk berduet dengan beliau. 

Woo whose know kan. Syasya daripada awek legoland yang diperkatakan sekarang dah famous. Siap dapat berduet dengan Erry Putra lagi. Ko ada? Semestinya takde. Yaa masuk kepada tajuk post "Daripada Nobody kepada Somebody". Rezeki masing-masing. Kita tak tahu apa yang berlaku melainkan kita dah lalui juga kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Just watch your step. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita dibawah dan ada ketikanya kita diatas. Just prepare. 

And here penulis attach sekali lagu baru Erry Putra ngan Syasya. Even hanya menyumbang suara 10%, Syasya dapat nyanyi n berkoleberasi ngan artis.


p/s ~ penulis bukan peminat Syasya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails