Sunday, August 24, 2014

Langkah pertama MUNGKIN

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ini mungkin langkah pertama kita untuk alam pekerjaan. Hope dapat jawab soalan dengan jayanya. Kene study betul-betul ni. Banyakkan membaca dan amik tahu pasal isu semasa negara dan dunia. Walaupun exam tu lagi 2minggu, hari ni dah kene mula google macam-macam. GST yang tengah hangat sekarang ni, satu benda pun kita tak tahu. Eh tipu tak tahu. Kita tahu GST tu cukai, tapi apa benda punya cukai tak tahu. Lagi-lagi kita bukan jenis yang suka tahu benda-benda yang ala-ala takde sakut paut dengan kita ni.

Ni nak exam penguasa kastam, kalau buat tak tahu lagi memang kelaut lah kalau exam kuar benda alah tu. Tapi GST macam dah jadi soalan spot je. Cukup dulu lah. Ayuh study. 


p/s ~ May Allah ease everything. Amin

I'm back

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Makk oii 4 bulan kita tinggalkan blog ni.. Memang tak bukak terus. Nasib baik wujud lagi. Kuwang3x. Blog orang lain ada je g baca tapi blog sendiri macam agak susah sikit nak masuk. Lagipun mood nak menaip kelaut. Lagi-lagi dengan hal tesis tak setel lagi.

Hingga ke ari ni pun hal tesis tak setel lagi. Almost 8 months dah kot. Dugaan betul. Walau hal tesis tak setel lagi, mood nak menaip dah ada. Lagipula sekarang kerja melepak kat rumah je. Pencari kerja yang tegar. Semua kerja kita apply tak kisah la bukan bidang pun. Lagi-lagi sekarang bukan masanya nak memilih kerja. Yang mana datang sauk je. Hope rezeki alam pekerjaan ni cepat-cepat dapat lah. Duit dah makin kering dalam tabungan tu.

p/s ~ kalau kat tempat korang ada kerja kosong, leh lah recommend kita. :)

Monday, April 7, 2014

CPUV pertama 2014

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Siyes tahun ni mood nak manaip tersangat lah malas tahap dewa dewi. Singgah jenguk blog pun jarang-jarang. Bukan takde cerita nak dikongsi tapi disebabkan kekangan masa yang membuatkan terkejar-kejar dan ada benda penting lagi yang nak dilakukan tu yang menganak tirikan blog buat seketika. Nasib ko lah blog ada penulis cam aku ni.

Dan disebabkan kurang update, orang pun tak berapa nak singgah, jadi CPUV pun takde lah. But 0n 26 Mac there is one for me!! CPUV pertama untuk tahun 2014. Akhirnya muncul juga ko ya. Ingatkan Nuffnang tak nak kasi iklan dah kat blog kita. :(


Kemunculan iklan ni mesti ada kaitan dengan tajuk entry 'Oat Chocolate'. Tengok keyword banyak orang mencari pasal Oat Chocolate ni. Ini memang fenomena. Sekarang aku bukan penjual oat chocolate lagi.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails