Friday, September 5, 2014

Cuak

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Esok exam online Penguatkuasa Kastam W41. Wahh kurasakan ramai je yang nak masuk website nak jawab exam esok. Hope kita salah seorang yang dapat masuk dengan jayanya lah. Dengar cerita untuk exam online pembantu penguasa kastam W27 ramai yang dapat masalah. Ada yang tak leh masuk langsung. Ada tu dah sampai Seksyen C tiba-tiba cam hilang begitu sahaja n bila masuk balik semua jawapan yang daj dijawab hilang.. Ohh tidak!!

Ok part nak masuk satu hal. Part apa kebenda GST tak faham-faham oi.. Lagi nak kira cukai pendapatan, cukai GST. Entah x berapa nak faham. Haishh bengap betulkan. Maklumlah dah lama tinggal yang mengira-ngira ni. Lagi pun kita jenis yang kalau bukan kerana nak exam ke apa tak pernah nak amik tahu. Macam berita pukul 8 malam, boleh kira berapa kali je tengok dari awal sampai habis. Bukan bermaksud kita tak tahu apa yang berlaku k. Kita ada je baca berita tapi baca yang kat FB. Yang kita like surat khabar punya page tu ada siar berita-berita HOT!

Bila dah baca apa skop tugas penguatkuasa kastam ni baru lah kita tahu sikit apa kerja diorang dok buat. Ingatkan dok jaga yang pengeludupan tapi hal cukai semua pun depa yang dok jaga. Punyalah rendah tahap pengetahuan kita kan. Kuwang2x. Apa-pun dah baca sekali lalu ni hope esok tenang n relex lah menjawabnya. Nak ajak semua orang dop sebelah kita tlg bg jawapan skali. Nak rojer friends kat group wasap skali. Kot2 ada yang blh tolong. Hehe..

p/s ~ all the best semua calon Penguatkuasa Kastam W41


Tuesday, September 2, 2014

Kisah gedik baju bridesmaid

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kisahnya bila lantik sendiri 'bridesmaid'. Si bride nya takde kata apa-apa pun. Lepas tu plak pergi majlis geng 'blarok' dah sampai. Pengantin pun dah siap potong kek lagi. Kuwang2x. Bridesmaid sangat kan.

Bila dah lantik jadi bridesmaid ni sibuk lah dop cari baju bagi sama semua. Geng yang dok KL lah tolong g usha baju. Lepas tu mereka berkenan nak beli dress. Rojer sorang-sorang adalah makhluk gedik 2 orang tak nak pakai sama. Katanya tak pernah pakai dress. Tak minat lah apa lah. Last-last tak beli lah kat makhluk 2 orang. Balik rumah depa geng KL ni ngetes lah bajunya dan upload lah dekat group wasap. Selang 2 hari makhluk 2 orang ni rojer lah antara satu sama lain, kata cantiklah dress tu. Masa tu lagi 4 hari nak majlisnya. 

Bila dah rojer tu, yang sorang ni suh lah sorang lagi col member beli yang dok KL suh p beli lagi 2. Suruh buat ayat sweet-sweet bagai dan buat sedih. Haha. Giler punya 2 orang makhluk ni waktu tu. Tukang beli kata beli baju ni dekat TS. Mereka kata jauh sebab mereka tinggal kat Petaling jaya. Tapi bila dah buat ayat sweet dan kata bff kan kalau tak pergi beli tu cam bukan bff lah plak, so mereka setuju pergi beli lepas balik kerja. OMG! Memang bff sejati lah mereka ni. Sarangae lah. So inilah bajunya.


Dan ini rupa bila tong drum pakai dress. Kita kasi blur semua sebab kita malu. Dah rhupe macam orang mengandung! Sebab tu kita tak setuju mula-mula tu nak beli. Sob3x. Lepas tengok gambar ni cam beria-ria lah nak diet, tapi kelaut je lepas tu. Nampak makanan cam nampak emas, duit, intan, belian. Tak boleh nak kata tidak.


p/s ~ Sekian!! dah kalau xsangup nak diet sangat sndiri mau ingat lah kan!


Monday, September 1, 2014

Kene saman

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum



Ini pertama kali sepanjang pemanduan kita kene saman. What the kan. Memang dah aim malam-malam merdeka nak buat sekatan dan saman bagi yang melakukan kesalahan dengan sedar atau tanpa sedar kan. Celak betul. Lagi-lagi kita tukang bawak je pun. 

Dah lah balik jauh-jauh dari Terengganu alih-alih lagi 10KM nak sampai rumah kene saman plak. Kisahnya bila time ke tahan tu 2x bapak polis dok tanya tekan brek ke tak. Kita yang tak tahu apa-apa ni cakap lah tekan brek. Bila bapak polis tanya tekan brek ke tak tu kita ingatkan nak main-main dah. Maklumlah semua gojes gurl dalam kete kan. Lepas tu bapak polis mintak IC ngan lesen. Lepas tu mintak kita ketepi dan turun. Ok bila dah mintak semua tu takdelah nak ingat main-main dah. Kita pun turun lah. Bapak polis bawak kita g kaunter.

Sampai kaunter kita tanya apa salah kita. Bapak polis cakap lambu brek ke3 tak nyala. What!!! Oii tu bukan kereta kita asal kita plak nak disamannya. Bapak polis cakap sebab kita yang bawak. Kejadahnya!! Kawan kita tuan punya kereta pun turun sekali datang kat kaunter. Dia tanya kenapa, kita cakap lah lampu brek ke3 tak nyala. Punya lah terperanjat dia. Sebab mana nak sedar lampu brek ke3 tak nyala. Udah menatang tu dok kat belakang kan. Lainlah kalau ada orang belakang yang inform pasal hal tu dan tuan kereta check kereta ari-ari. Kawan aku ni punyalah tak caya lampu brek tak nyala pergi test sendiri dan SAH memang tak nyala. Apa lagi terimalah saman dengan nama kita kat kertas tu. 

Kita try google tengok berapa kene bayar kalau kene saman lampu brek tak nyala. Hah kita letak sekali kat bawah. Bayar awal lagi murah. Tak tahu lah kawan kita tu nak bayar bila. Hurmm




p/s ~ sorry friend sbbkan nak hantar aku kau kene saman.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails