Monday, February 22, 2016

Tebus Beg Milo Ola Bola

Asssalamualaikum.

Alhamdullilah. Dah dapat.

Sejak tahu pasal penebusan plastik Milo dengan beg sukan edisi terhad ni, gigih la aku g cari kenalan yang bukak kedai makan. Heee. Semangat nak barang free kan. Kalau dapat lebih nanti, depa pun nanti aku kasi lah beg sorang satu. Bukannya nak plastik Milo joli semua beg tu sorang. Bilanya nak bawak banyak-banyak macam tu. 

Ni dah dikira sebagai penebusan kali kedua. Yang kali pertama dulu awal Januari. Untuk info lebih lanjut dan seterusnya leh follow page Milo Malaysia @ website Milo (eh dah macam promoter Milo pulak.. heee). Masa penebusan beg pertama tu ta sempat nak tebus sebabnya silap simpan bukti. Kalau dulu-dulu cukup sekadar bar kod sahaja jadinya kita simpanlah bar kod. Ini kali dia nak satu plastik yang lengkap tu. Potong pun bahagian atas kepala yg nak bukak tu je. Makanya kene kumpul & cari yang plastik lengkap la.

Sampai dah awal, lambat p beratur pulak.

Pukul 10 pagi kaunter bukak untuk penebusan, jam 8.30 pagi aku dah keluar rumah. Haha semangat punya pasal. Padehal lokasi tempat penebusan tu 30 minit je dari rumah. Orang Milo siap2 nak bukak kaunter, aku tengok orang bawak borang sekali ngan plastik. Aku pulak tak baca betul-betul yang kene isi borang sebelum tebus. Berhuhu mencari borang lah kat situ. Nasib baik orang Milo bawak borang tu. Tengah isi borang, orang dah beratur. Nasib baik sempat dapat beg. Sebabnya hanya 40 beg A & 40 beg B sahaja untuk hari tu. Memang edisi terhad sangat kan. 

    Beg C                                                                    Beg D  


Bila tarikh penebusan Beg C & D? Kene tunggu diorang update dulu. Memang kene selalu jenguk diorang punya FB page. Nanti ketinggalan. Yang baru tahu pasal penebusan ni masih sempat lagi nak kumpul plastik Milo. Go! Chayok! Sampai bulan March 2016. Good Luck uolss.

Wednesday, February 3, 2016

Jemputan kahwin Cuti raya Cina

Assalamualaikum..

Cuti raya Cina dah dekat. Maknanya kawan-kawan yg nak langsungkan perkahwinan pun meningkat. Until now ada 7 events. Tapi semuanya aku tak dapat nak memeriahkan. Apa pun semoga majlis berjalan lancar ok. Aku tak pergi pun korang tetap kahwin kan. 

4 events hari sama.. Takde tarikh lain dah ke?

8 & 9 Feb cuti lagi.. Takde dah nak jemput?

Semua event ni pun kawan-kawan yang seusia. Jodoh mereka dah sampai. Memang kene kahwin lah, sebab tak baik melengah-lengahkan. Yang tak sampai seru dan x jumpa jodoh lagi macam aku ni, kene berusaha dan terus berdoa lah. Sapa tak nak kahwin kan? Heee

Tuesday, February 2, 2016

Aiskrim Milo RM1

Assalamualaikum..

Kehendak @ Keperluan?

Aku selalu tanya pada diri kalau nak beli apa-apa, sebabnya aku kan job hunting mana nak ada banyak duit. Tapi kalau bab beli makanan kan susah pulak aku nak tanya. Biasanya memang kehendak yang lebih. Hehehee

Promotion DONE

Sempat grab 6 batang aiskrim Milo ni. Kenapa 6? Sebab pergi dengan adik jadinya 3 sorang. Tengah bayar tu cashier cakap boleh je bayar sekali 6 batang. Kalau tahu macam tu bukan 6 lebih dari tu aku amik. Yelah murahkan RM1. Dah habis promosi ni harganya RM1.50. 


Semalam baru sempat makan. Sebabnya on diet. Ni pun masih on diet tapi bedal aje. Dah tak sempatkan. Simpan lama-lama dalam peti kan melepas pulak habis orang lain makan. Rasanya not bad. Milo kan. Memang sedap dan berbaloi-baloi. Makan sebatang nak lagi. Manis tu memang lah manis. Aiskrim mana yang tak manis. Yang perisa asam boi dan solero pun manis kau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails