Saturday, July 31, 2010

Lagi 16 Jam..Tinggallah kau..Selamat Jalan moga kita tidak ketemu lagi.



Berat mata memandang, berat lagi bahu aku yang menanggung semua ini. Untuk melepaskan kau pergi amat berat bagi aku kerana dikala angka 19 banyak mengajar aku erti kesusahan dan kesenangan. Pelbagai dugaan dan cabaran aku harungi dan itu semua tidak mematahkan semangat ku malah terus membangkitkan perasaan untuk meneruskan kehidupan ini. Kehidupan ini telah mengajar aku erti berdikari, kesabaran dan berusaha. Dalam episod angka 19 ini, tarikh 31 Disember 2009 merupakan satu sejarah yang aku memang tidak dapat lupakan. Untuk lebih lanjut tentang sejarah itu rujuk sini dan sini.

Betapa beruntungnya aku kerana dilahirkan di dunia ini. Sebelum itu, aku telah dinobatkan seorang yang berjaya dalam memastikan kehidupan ini milik aku. Kamu yang membaca juga merupakan seorang yang berjaya. Berjayanya kamu pada saat itu tidak bermakna kamu berjaya di saat ini. Namun usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

Angka 2 dikala ini sedang enak melambai-lambai untuk menjenguk aku. Angka 1 sedang dalam kesedihan bagi meninggalkan aku. Namun aku sebagai pemilik dan bakal menjadi pemilik angka-angka itu berasa teramat-amat sedih. Tiada lagi perkataan belas yang bakal terungkap di bibir mulut bila orang bertanyakan akan usia ini.

Nota kirikanan :
Akan mendapatkan big apple untuk angka 19

Friday, July 30, 2010

Aku Suka >> Imam muda Pilihan Menang iaitu Imam Muda Asyraf

Pertama kalinya aku nak ucap tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana telah dinobatkan sebagai Imam Muda bagi musim pertama. Buat Imam Muda Hizbur juga tahniah diucapkan kerana sampai ke peringkat akhir. Juga ucapan tahniah buat Astro Oasis kerana dapat menjayakan program yang begitu bagus seperti Imam Muda ini. Malahan program ini turut mendapat sambutan di luar negara. Kita sebagai warganegara yang cintakan Malaysia patut bangga dengan pencapaian seperti ini.




Tinggal di asrama tidak bermakna aku tidak dapat melihat program ini. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin membangun, hanya dengan menggunakan hujung jari jemari anda pasti anda dapat melihatnya. Buat sesiapa yang juga senasib dengan aku yang tidak dapat melihat rancangan ini di kaca televisyen pastikan anda klik di sini. Bukan hanya episod kemuncak yang dapat anda saksikan, malahan kesemua episod disiarkan.

Moga program Imam Muda ini terus mendapat sambutan dengan mengadakan Imam Muda musim yang pertama dan seterusnya seperti mana rancangan hiburan yang tidak putus-putus bersiaran di televisyen seperti Akademi Fantasia sehingga terdapatnya Akademi Fantasia musim ke 8 dan rancangan Mentor sehingga adanya Mentor musim ke 4. Rancangan ini terus mendapat sambutan sehinggakan para penonton tidak jemu-jemu untuk melihatnya. Harapan semoga program Imam Muda ini turut menpunyai peminatnya yang tersendiri juga.


Nota kirikanan :
Mengidam big apple!!!

Wednesday, July 28, 2010

''Geram..Gembira.. Semua ada''

Kejam!!! Ikhlas tak buat kerja? Keteorang bayar tau perkhidmatan bas tu. Kalau nak kerja buat lah cara cam orang kerja. Pastikan semua pelajar yang nak p kelas diangkut dengan jayanya. Bukannya bila pelajar nak naik bas, pintu bas ditutup, bas dah gerak. Sedangkan masih ada ruang-ruang kosong untuk dipenuhi. Such an idiot person. Kalau sorang dua je pemandu bas yang cam tu aku leh konsider lagi. Nie dah 3,4,5 sapa yang leh sabar weii. Gerrrrr

Balik je kelas aku terus p pejabat kolej untuk dapatkan tandatangan penolong pengurus asrama bagi borang permohonan pelekat kenderaan. Sekali aku p dekat pondok pegawai keselamatan untuk serahan borang bagi mendapatkan steaker, pegawai tu cakap borang aku sem lepas punya. Lagi lah aku gerrrr. Borang tu pak cik guard yang dekat pintu utama yang bagi wei. Nak tak nak aku kene isi borang baru dan p amik tandatangan baru. Arhggg aku memang takde kerja agaknya sampai kene buat kerja sama berulang-ulang kali. Bosan betul. Borang tu akan diserahkan esok pagi pula.

Aku and the geng ada kisah menarik. Kteorang sama-sama berjuang dengan masuk pertandingan futsal. Siap ada trainning lagi. Macam nak lawan antara kolej dan universiti pula. Kelakar sungguh. Trainning pula tanpa streching. Mulalah sakit sana, lebam sini. Tapi kami enjoy dan sempat lagi posing. Memang tak leh blaa.. Gambar takleh nak letak sebab tak comel. Hehe

Nota kirikanan :
Majulah sukan untuk badan yang sihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails