Saturday, December 18, 2010

Tunggang Terbalik Hidup Ini

Kehidupan ini merupakan satu percaturan untuk hari esok (alam Barzakh). Andai banyak amalan yang kau lakukan pasti kau masuk Syurga, tapi jika sebaliknya, Neraka jahanamlah tempat mu. Tampung lah segala dosa-dosa lampau kau dengan amalan-amalan yang berfaedah. Abadikan sepenuh jiwa raga kau hanya buat pencipta.

Kadang-kadang kita berada di atas, 
Kadang-kadang kita berada di bawah..

Kehidupan ini juga merupakan satu percaturan untuk kita meneruskan hidup. Andai hari ini kau gagal, esok kau pasti berjaya. Ianya tak akan selamanya gagal. Tapi andai kau berjaya hari ini tak semestinya esok kau akan terus berjaya. Kau pasti akan jatuh dan rebah. Namun kau tak semestinya terus rebah dan tidak bangun, malah kau akan terus bangkit untuk mencapai apa yang kau impikan.

Sebagai pelajar contohnya, jika hari ini kau dapat tau keputusan peperiksaan kau tak sebaik yang kau sangkakan, jangan sesekali kau mengalah dan menangis. Selagi ada waktu teruskanlah usaha kau dan pastikan kau berjaya. Sasarkan target yang kau harus dapat. Jika hari ini kau tau keputusan peperiksaan kau sangat baik, jangan lah kau terlalu gembira kerana kau mungkin akan kecewa suatu hari nanti. 

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan..
Andai tidak mahu akan perpisahan, jangan ada pertemuan..

Kehidupan ini ada kelahiran dan ada kematian. Kelahiran itu akan menemukan kepada pertemuan. Manakala kematian itu pula akan menemukan kepada perpisahan. Lahirnya seorang anak Adam pasti akan menemukannya kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Manakalan matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia, kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh @ solehah, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda


Thursday, December 16, 2010

Riang Ria Cuti Sekolah 2010 (pArt 3)


Destinasi seterusnya Riang Ria Cuti Sekolah adalah di tepi lapangan terbang. Bersantai bersama keluarga sambil mengunyah kacang rebus menunggu kapal terbang mendarat. 


Mula-mula sampai dah terkinja-kinja nak panjat pagar kepunyaan lapangan terbang. Aiss budak-budak macam tu lah. Aku kecik-kecik dulu sama kot gayanya.


Bersama-sama menikmati kacang rebus. Sebelum kapal terbang mendarat snap-snap gambar dulu. Buat kenangan cucu cicit akan datang.


Yaaa di sana kapal terbang sudah menampakkan badannya..


nampak tak? Okehh sini lagi..


Air Asia aje.. Kapal terbang dah nampak..Boleh balik rumah..


Okehh..Balik dulu..

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda





Wednesday, December 15, 2010

Riang Ria Cuti Sekolah (paRt 2)

Riang Ria Cuti Sekolah kini diteruskan dengan bahagian yang kedua. Aktiviti diteruskan dengan melancong melencong ke tepian pantai. Bagi mengembalikan jiwa yang kacau bilau lebih sesuai di bawanya hati kita bersama-sama badan ke pantai. Ini merupakan terapi yang baik bagi mengembalikan fikiran kita kepada sesuatu yang positif dan menguatkan ingatan kita kepada memori-memori yang manis kerana kita bakal melangkah ke tahun 2011. Bagi yang tidak mengetahui bahawanya tahun 2011 merupakan tahun selepas 2010..haha

*****************

Disini bermulanya ...

*Terbang ke Pantai Irama, Bachok*

*Pelbagai ekspresi wajah*

*Bersama menikmati keindahan pantai kita makan*

*Nak lagi!!*

*Senyum bukti Jiwa kembali tenang*

*Merenung nasib hari esok.. Adakah sebaik hari ini*

*Monyok.. Belum dapat mood ceria*

*Akhirnya, kegembiraan milik bersama*

*Petang yang mahu berlabuh* 

*Nak main lagi!!*

*Teruskan bermain pasir*

*****************

Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails