Sunday, July 11, 2010

''Euro Fun Park''

Tempat : Belakang Tesco sebelah terminal bas.
Buka sehingga 30 Julai 2010.



Hangout with all the sibling before going back to the UTM is the most enjoyable time that i have. Ayokk aku speaking indon opss mat salleh plak. Bukan nak balik London pun nak balik Johor je. Susah susah je dop speaking bahasa penjajah nie.

Sebelum aku ke cerita sal tajuk diatas, aku nak mintak maaf lah buat sapa-sapa yang dop tunggu entry dari aku nie sebab semalam takde entry yang dibuat. Ada ke orang tunggu entry aku? Entah-entah semua orang meluat kot. Whatever!!!

Malam sabtu baru nie aku p fun fair dengan adik beradik aku. Nama fun fair tu 'Euro Fun Park'. Papa ngan Mama tak ikut sebab diorang kurang sikit benda yang main-main cam gnie. Bukan main ramai lagi orang malam tu. Maklumlah malam minggu kan. Time time cam gnie lah semua orang nak jadi kelawar sebab esok tak payah sibuk sibuk nak bangun awal p kerja, tapi solat subuh tu kene lah bangun. Nak tengok ramai tak orang tengok pic kat bawah nie.


Nak masuk dalam tu kene bayar tau. 3 ya untuk dewasa dan 2 ya untuk kanak-kanak. Kaunter ticket lelaki dan perempuan diasing tapi manusia-manusia nie mana pandai membaca, semua hentam keroma. Kaunter lelaki pun ada perempuan, kaunter perempuan pun ada lelaki. Ishh susah sangat ke nak ikut peraturan cam tu? Sendiri jawab lah.

Fun fair cam gini jarang sekali nak ada kat negeri aku nie. Maklumlah Negeri yang bertittle kan ' Bandaraya Islam'. Nik Aziz susah sikit nak bagi sebab nanti ada pergaulan bebas dan melampaui batas plak.


Bila dah siap beli ticket semua dapat lah masuk dalam tu. Banyak juga lah permainan yang ada tapi ada yang berfungsi ada yang tak. Kempunan aku nak naik Roller Coaster sebab malam tu tak berfungsi lak benda tu. Jadi kene main juga benda lain, nanti kalau tak main rugi plak.






Jadi kami decide nak naik kereta then adik aku yang perempuan tu nak naik kuda. Pada awalnye kakak aku naik ngan adik lelaki aku. Tapi orang yang keje kat situ tak kasi dop lelaki perempuan. Mungkin dye ingatkan pakwe makwe kot. Kakak aku bagitau yang mereka adik beradik. Tapi orang tu tak kasi juga. Katanye nanti ada orang amik gambar then takut kerajaan negeri tau. Nanti dye kene buang kerja. Atoiii susah betul lau dah tittle 'Bandaraya Islam', adik beradik pun kira salah juga ehh. Nak tak nak kakak aku kene turun dulu then baru naik ngan aku.

Masa naik benda tu punya lah takut. Terutama masa dye buat putaran lawan arus. Cam nak tercabut je benda tu. Huh kalau tercabut aku rasa mati katak je. Sempat mengucap ke tak wallahualam. Kakak aku pulak dop berteriak, naik bingit telinga aku. Huhh nak naik sangat orang perempuan cam nie lah. Then sebab naik benda tu lah kepala aku pusing-pusing seperti tajuk entry kat bawah nie.



nota kirikanan ;
3 ya = 3 ringgit
fun fair nie penah ditutup selama 2 hari sebab tak ikut terma dan syarat.


4 comments: