Tuesday, October 19, 2010

''Adakah aku layak untuk syurga-MU''


Bagaimanakah nasib aku pada masa akan datang. Apakah aku masih sempat untuk menabur bakti kepada keluarga aku? Dapatkah aku mengenali lagi orang-orang yang telah banyak membuat jasa pada diri aku? Ini semua renungan masa di dunia.

Bagaimana pula esok aku akan mati secara mengejut? Aku diibaratkan nasib di hujung tanduk untuk setiap hari-hari aku. Apa sahaja dugaan dan cabaran pasti menimpa.Sebagai seorang muslim, sangat digalakkan untuk mengingati mati kerana ini akan membawa ke arah berhati-hati dalam apa jua perlakuan harian. Sedangkan orang yang terhantuk tiang boleh koma dan meninggal, sedangkan remaja yang tidak pernah ada penyakit tiba-tiba di serang jantung. Itu semua qadha dan qadar Allah S.W.T..

Apakah cukup amalan ku yang akan dibawa?
Dengan sembahyangku yang masih belum terqada'.
Dengan puasaku yang masih belum diganti.
Dengan amanah yang dipikul belum dilaksanakan dengan baik.
Dengan hutang yang mungkin tak terbayar lagi.

Apakah aku akan dilayan seperti VIP di alam barzakh nanti?
Atau aku akan dihidangkan dengan pembaris-pembaris di alam barzakh?
Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhan-ku
Wahai Tuhan... selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu?
 
nota kirikanan :
Banyakkanlah ingatan terhadap mati..

2 comments: