Friday, December 31, 2010

Corak Carik 2010..

2010..
Itulah tahun yang akan meninggalkan kita.

2011..
Itulah tahun yang akan muncul esok di kalendar kita,.

Sepanjang tahun 2010, banyak kenangan yang aku cipta. Antara suka dan duka semuanya ada. Yang suka pasti menjadi kenangan seumur hidup aku, maka yang duka pasti memberi kecacatan untuk diri aku pada tahun 2010. 

Tahun 2010 bermula dengan duka yang membuatkan semua yang terlibat tersentap dari kegembiraan yang diciptakan. 2 Januari 2010, hari yang dijangkakan akan memberi kegembiraan diragut sekelip mata. Kemalangan yang tidak melibatkan nyawa, tapi melibatkan wang ringgit menyebabkan dunia gelap gelita. 


Dengan menaiki 3 buah kereta yang mana kesemuanya disewa dari agen-agen yang menjalankan khidmat sewa kereta, kami bertolak ke Kota Tinggi untuk bergembira di air terjun sempena tahun baru. Salah satu dari kereta sewa di pandu oleh aku. Sewaktu dalam perjalanan ke sana, kemalangan yang melibatkan kami dan kereta-kereta disewa telah berlaku. Tapi yang terlibat hanyalah 2 buah kereta. Kereta yang di pandu oleh aku tidak terlibat. Maklumlah aku seorang pemandu yang berwibawa dan mematuhi undang-undang.. Sila muntah semua dengan pengakuan aku yang meloyakan nie. Sebabnya aku bukan lah pemandu yang sebegitu. 


Manakala, 1 Ogos 2010, mencatatkan kegembiraan buat aku and the team. Kami menang futsal perempuan. 


Even hanya no 2 tapi kami adalah pasukan yang digeruni. Kenapa aku kata demikian? Sepatutnya kami ada lagi 1 game tapi ada 1 team tu telah menarik diri untuk lawan dengan kami. HAHAHA.. Sila abaikan gelak yang mengila-gila itu. Jadi itulah salah satu kegembiraan yang aku ingat tarikhnya. Masih banyak lagi kegembiran, tapi aku xnak kongsi. Hanya mahu kongsi gambar sahaja.


Sehingga berjumpa lagi

Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda


5 comments:

  1. waahhh.. agak seronok ur life.tp x sume nya ade hapi je kan..

    ReplyDelete
  2. yehh mst xsmua hpy..
    tp hpy yg d kenang,.,.
    duka tu time berlaku bnda tu je,.
    lps tu sgalnya dh lupa..
    tp 2 jan punya crte xkan lupa

    ReplyDelete
  3. SELAMAT TINGGAL 2010

    YG MENINGGALAKAN SERI 1 KENANGAN

    MANIS DAN MASAM!

    ehehe

    moga 2011

    LEBIH

    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O

    =_=

    ReplyDelete
  4. stu taun kter abehkan mase same2..suka duka..suma ade..hakhak..1 ogos beri bnyak knangan..prmulaan bagi sebuah prsahabatan..kegembiraan yg walopon sekejap p amat brmakna..hekhek..nak lpakan yg sdih...yg pntin taun nie kter manyak jln2 cari mkn kan shera..hehe..

    ReplyDelete
  5. mr.syazwan ~ mekacih..to u too..
    Fuyooo..

    al ~ stu tahun apa..dh 3 tahun k..
    ngadap muka sama je..okehh kita cari mkn bnyk2 tapi i plan diet lah tahun nie..hehe

    ReplyDelete