Letih!! Penat!! Macam baru lepas marathon 10x aje aku rasakan. Sedangkan hakikat yang sebenar aku hanyalah duduk di atas kerusi kemudian mengadap lappy dan nota-nota sahaja. Tapi siyes aku rasakan sangat penat dan letih sekarang nie.
Fikiran aku yang melayang-layang dan terbayang-bayang seakan-akan tengah ''traffic jam''. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Sungguh kecewa dan sedih dengan situasi sekarang. Aku bagaikan orang yang hilang arah, entah kemana mahu melangkah. Seakan-akan terkapai-kapai di tengah lautan yang entah akan ada bantuan atau tidak.
Ingin mencari identiti diri yang sebenar juga bagaikan tidak dijumpai. Segenap bucu, liku, siku aku cuba cari tapi ia seakan-akan ''chipsmore''. Sekejap ada sekejap sahaja sudah hilang entah ke mana. Perasaan yang sekejap sayang, sekejap benci turut menghalang aku dari berterus-terang.
Adakah betul tindakan aku ini? Dengan menyepikan diri tanpa sebarang berita.
Sehingga berjumpa lagi
Gembira Selalu, Hilangkan Kedut di Wajah Anda
pstttt ~ dalam gembira ada duka!!
Sesat dalam ramai..~
ReplyDeletehehe.
ReplyDeleteni keliru ek?
salahkan ku jangan salahkan ku.
kasihi aku lupakan diriku.
XD