Sunday, February 27, 2011

Cara menambah pahala..

Ya ini adalah pengalaman pertama aku sepanjang 21 tahun aku menghembuskan nafas di muka bumi ini. Sungguh aku tak menjangka bahawanya aku akan melalui pengalaman ini. Pengalaman menderma dara. Wohoo aku telah membuat pengakuan percuma di sini, tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Sila jangan percaya!! Aku hanyalah menderma darah dan belum masanya untuk mendermakan dara. 


Pada awalnya aku hanya ingin melihat kawan aku derma darah, tetapi aku tiba-tiba terpanggil untuk turut menderma. Untuk turut merasai sakit pabila menderma darah dan kini memang aku masih lagi merasai sakit selepas menderma. Sakit belakang yang membuatkan aku rasa tak selesa untuk duduk dan sakit lengan yang membuatkan aku makin laju untuk menaip. Hahaha...

Memang tak dinafikan ada kebaikan tersendiri bila mendermakan darah. Apa yang paling baik adalah kita dapat menambah pahala kita. Jadi ramai-ramai lah kita mendermakan darah. Selain itu dengan menderma darah kita dapat selamatkan nyawa orang lain. Mungkin dengan darah yang kita dermakan itu dapat menampung darah yang mana mereka-mereka tertentu hilang akibat dari kemalangan, bersalin dan lain-lain. Kebaikan lain ialah dapat mengurangkan paras 'iron' dalam badan. Ini dapat mengelakkan serangan jantung. Malah bila kita derma darah badan kita akan menghasilkan lebih banyak darah baru. Maknanya darah dalam badan kita adalah darah yang 'fresh' yang terbaik dari ladang darah. 




So ramai-ramai lah kita menderma darah. Banyak lagi kebaikan yang kita akan dapat. Apa yang pasti lakukan seikhlas hati. Lapangkan dada mu, bukanlah minda mu. Insyallah..

Sehingga berjumpa lagi..

Jom tambah pahala..

2 comments: