Saturday, March 26, 2011

Jaga kain orang, tp kain sendiri carik. Komen anda..

Manusia ada banyak-banyak ragam dan perangai. Lebih lama kita mengenali orang itu, lebih banyak kita akan tahu tentang dye dan lebih banyak rahsia perangai dye yang sebenar kita dapat lihat. Ada yang menumpang atas kebaikan yang telah diberikan oleh orang lain, ada yang jenis menyibuk bila ada orang datang ke bilik kita, ada yang suka nak amik tahu ke mana sahaja kita pergi. Okehh maaf semua yang aku list itu, semuanya bad habit. Maaf juga kalau yang aku list tu ada kene mengena dengan diri kau. Aku list nie random je.

Kebanyakkan yang macam nie ialah kawan-kawan atau orang yang terdekat ngan kita.Ya lah kalau orang yang jauh ngan kita, macam mana kita nak tahu perangai sebenar dye kan. Jadi makin lama kita kenal, makin menyampah pula kita rasakan, makin tak selesa pula dengan situasi sebegini. Kita nak menikmati life kita pun macam tak selesa. Semua yang kita buat, semua dye nak tahu. Orang cam nie boleh dikatakan yang suka jaga tepi kain orang lah. Kain sendiri yang tercarik pun tak nampak.

Bila ada je orang datang kat bilik nie, mula lah ramai-ramai nak menampakkan diri masuk. Mula lah nak mentayang-tayangkan badan. Sebab pe datang? Sebab nak dengar perbualan keteorang. Nak tahu cerita. Tapi maaf lah andai andaian ini salah. Ermm mana lah tau kan korang masuk sebab nak jumpa juga ke orang yang datang tu, yelah dah lama tak jumpa kan. Rindu dengan orang tu, sedangkan pada hakikat sebenar bukan baik sangat pun dengan orang tu. Tapi yang menjadi masalahnya bila takde orang datang, takdenya nak masuk bilik nie.

Pernah tak korang kenal ngan orang yang macam aku list tu. Apa pandangan korang? Korang selesa tak? 

sehingga berjumpa lagI..

Nak buat survey sedikit..

4 comments:

  1. kadang2 selesa kadang2 x
    ikut mood
    hohohohoh

    ReplyDelete
  2. shera,
    bilik itu merujuk bilik apa yer?
    bilik hostel ker... ;)

    org yg suka jaga tepi kain ni merata2 ada.. nanti bila u dah kerja & dah nampak lebih byk karenah org.. u akan jadi lali.. kdg2 kena ambil sikap, buat2 tak tahu jer...

    ReplyDelete
  3. org mcm tu sebenarnya dia ada konflik dengan diri dia sendiri..

    ReplyDelete