Dua tujuan dalam satu masa dan tempat. Inilah yang dikatakan perancangan yang sangat-sangat tepat. Tak perlu nak bazir masa atau kejar masa, dua perkara boleh dilakukan serentak. Kalau nak lakukan asing-asing mungkin masa tak akan mencukupi. Lagipun dengan hanya 24 jam sehari ia tidak mencukupi untuk kita lakukan banyak aktiviti. Ini adalah tip yang amat menarik bagi menjimatkan masa. Sapa berminat leh cuba macam aku telah buat.
Entry sebelum-sebelum nie aku ada bagitahukan yang aku pergi tengok perlawanan bola antara Kelantan dan T-Team di stadium [kalau ada yang baca akan tahu]. Pada hari kejadian, seawal jam 6.45 petang aku dah mula gerak dari rumah. Kakak aku yang hantarkan sebab kalau pergi sendiri amat merumitkan sebab susah nak parking. Aku p tengok perlawanan bertemankan adik lelaki aku. Lau pergi sorang-sorang masak aku kene 'Boooww' dengan lelaki-lelaki kat sana.
Almaklumlah lau sebut aje bola sepak mesti ia dikaitan dengan lelaki. 99% yang datang menonton perlawanan bola di stadium semuanya lelaki. Kalau perempuan yang p tengok komperm dikerumi oleh lautan lelaki. Jadi, dengan peratusan lelaki yang begitu besar, peluang nak usha lelaki untuk dijadikan pakwe pun banyak. Itulah yang aku maksudkan dua tujuan dalam satu masa dan tempat. Sambil tengok bola leh usha pakwe. Yang lelaki nak usha makwe tak boleh lah sebab peratusan perempuan sangat kecil.
Kalau dapat pakwe yang memang suka tengok bola leh ahh layan tengok bola kat stadium selalu. Tambahan biarlah dapat pakwe yang juga dari Kelantan. So boleh ahh sama-sama sokong The Red Warrior aka gergasi merah.
Gomo Kelante Gomo
*berbaju + bertudung merah - memberi sokongan sepenuhnya*
Okeh cukup mengoda tak dengan senyuman dan jelingan yang aku berikan tu? Tetiba.
p/s - Adik aku ajak tengok bola lagi esok sempena Kelantan lawan Pahang. Nak pergi ke tak?
Wahh gersang sungguh Mek kelate ni...perigi cari timba!!! hahaahha....
ReplyDeletemek kalte tu~ meh r tgk bola skali nnti.. ambo pun tgk bola jugop mlm tu
ReplyDelete