''Lu langsi, Lu mati.''
Dengan tagline yang seakan-akan gangster nie membuatkan aku rasa Filem kongsi seakan-akan indah khabar dari rupa. Melihat akan trailer kongsi yang ditayangkan di panggung sewaktu aku melihat cerita Merong Mahawangsa membuat aku terlampau excited nak pergi melihat cerita Kongsi pula. Tapi...
Dari 5 bintang aku hanya leh bagi filem nie 3 bintang je. Sebabnya :
1- Aku mulakan dari pengakhiran cerita ya. Bagi aku pengakhiran cerita nie tergantung. Memang watak TEMULAK (Shaheizy Sam) berjaya ditangkap, tapi apa yang terjadi dekat ketua TEMULAK tu, KIMPEDU (Bront Palarae) ?
2- Cerita yang disampaikan tak sampai pada aku. Kenapa ketua TEMULAK, KIMPEDU bersungguh-sungguh nak sangat tawan dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia? Tambahan pula KIMPEDU ada juga menghantar orang ke 2 buah negara lagi. Apa nama negara tu aku lupa pula.
3- Apa yang aku tengok tak sama dengan apa yang sinopsis aku baca. Dalam sinopsis ada memperkenalkan watak MAIA, tapi apa yang aku lihat takde lak watak nie.
4- Plot cerita tunggang terbalik.
Itu sahaja pendangan aku untuk cerita ini. Sapa-sapa yang belum berkesempatan nak tengok lagi anda masih berpeluang kerana cerita ini masih lagi ditanyangkan. Pandangan dan pendapat adalah hak milik seseorang, sesiapa yang ada pendapat dan pandangan lain dari aku leh share-share ya.
aper2 pn leh layan jgak lah citer ni..
ReplyDeleteBersedia Untuk Bertukar ker Windows 8
nazz tak tgk lagi..sebab terbantut nak tgk bila tgk review dr blogger rata2 kata tak best..
ReplyDeletemungkin sebab cerita ni sudah diolah semula oleh farid kamil untuk menjadikannya tontonan umum dan jalan cerita mungkin menjadi tunggang terbalik...rasanya akan ada kongsi 2 kot..
ReplyDeleteserius memang tak best cite ni..
ReplyDelete