Malam semalam sambut bufday Mama dan Papa serentak. Seperti yang aku dah beritahu leh save budget kalau buat sekali. Jadi aku dan kakak aku plan nak beli kek dan ayam goreng. Ayam goreng beli yang jenama Adlee je [yang terletak bersebelahan Bilal Kubang Kerian], tak mampu KFC sebab kopak. Kalau beli yang cap Adlee nie seketul RM 2.20, 10 ketul baru RM 22. Kalau beli yang KFC 6 ketul dah RM 30 ++. Mana cukup. Kiteorang adik beradik dah lah favourite ayam. Sorang nak dua pula tu.
Kek yang dibeli berperisa coklat. Ada lapis-lapis lagi. Best wooo. Thumbs Up! Tak rugi beli. Kiteorang beli yang setengah Kg je. Nak beli yang sekilo mana nak habis. Beli setengah Kg nie pun ada lagi tersadai dalam peti tu. Mama dan Papa bukan makan sangat pun kek nie, budak-budak aje yang suka.
Tapi apa yang paling sedeynya ialah, gambar Mama dan Papa potong kek rosak. Huhu. Nie semua sebab kakak aku rotate gambar guna komputer direct dari kamera. Faham tak? Atau pun kakak aku tak transfer dulu gambar-gambar tu dalam komputer, main rotate terus gambar dalam kamera pakai komputer. Hah leh faham tak?
Nie lah gambar-gambar tu. Buruk sangat-sangat. Ada tak sapa-sapa kat cnie yang tahu cam mana cara nak kembalikan gambar-gambar kepada asal? Tolong aku ya. Huhu. Gambar-gambar tu ajelah kenangan yang boleh ditatap.
5 comments:
shutter laju sgt ke?
mcm dh xblh diselamatkan
hoooooo.nampak gaya macam xleh nak buat apa dah.xtaulah kot ada pro2 yg bleh selamatkan gmbr2 tu:)
@nicko ~ eh.. huhu sdeynye..
@sizuka ~ hua hua hua.sdeynye.. nie 1st time smbut brtd mama papa beli kek..
@diana ~ buat yg anniversery lah pula..
xleh nk wat sndiri ayam goreng tu,. rumah dalam renovation nanti bertambah bersepah
Post a Comment