Monday, June 20, 2011

Menambah lemak sempena Hari Bapa

Alhamdullilah semuanya datang dari Allah S.W.T. Rezeki yang diperolehi di kongsi bersama dengan meraikan Hari Bapa. Sebenarnya boleh dikatakan setahun hanya sekali sahaja aku dan keluarga makan kat luar. Bukan sebab nak jimat atau apa, tapi sebab kami jarang nak makan malam. Konon diet lah ya.

Jadi semalam sempena Hari Bapa, Papa bawa kami keluar makan kat luar. So yang diet tu terpaksa diketepikan. Lagipun bukan selalu leh makan kat luar. Jadi kerana telah mengetepikan diet, semalam aku tibai tiga mangkuk ok. Aku ulang tiga mangkuk!!! Mangkuk hayung betul aku nie kan. Makan banyak. Sebab tu badan macam dah nak lawan gajah tapi tak leh lawan lagi.. Gajah masih lagi pendahulu. Tiga mangkuk tu bukan mangkuk kecik isi sup, tapi mangkuk yang di isi dengan bihun tomyam kalau order dekat kedai tu.

mangkuk 1 : ABC special punya. Siap ngan ice-cream ya. BEST!!

mangkuk 2 : Mee Bandung yang aku tempah. Tapi gambar insan Atuk Goggle. Gambar mee bandung aku terdelete kot sebab aku ada snap gambar, tapi cari tak jumpa. Padan lah kalau terdelete pun. Nak simpan pun malas sebab sumpah TAK SEDAP langsung!! Kuah dye tak pekat wei. Aishh. Tapi habis juga.Hehe.

mangkuk 3 : Bihun tomyam kepunyaan adik aku [gambar lagi dari Atuk Google]. Disebabkan adik aku tak berapa gemar makan yang pedas-pedas,dye reject bihun tomyam tu. Aku pula tukang perhabiskan. Tomyam dye terlampau masam sangat. Erm kalau dari 5 bintang tu aku kasi 2 setengah aje lah.

Hah tulah ketiga-tiga mangkuk yang aku habiskan. Melantak banyak sungguh. Aishh makan ngan setan gamaknya. Tapi aku baca bismilah kot semalam. Mama pula bacakan doa moga Papa sihat sentiasa. Aminn..




Yang nie pula, makanan untuk santapan Papa kesayangan, BEST juga. Tapi yang tomyam tulah yang masam cikit. Yang gambar nombor 2 tu, ikan merah dibakar perencah. Papa order 2 ekor. Aku yang tak makan nasi, makan begitu sahaja [cam iklan roti Gardenia 'Sungguh enak di makan begitu sahaja]. Sebenarnya ada satu lagi hidangan yang aku tak sempat nak snap. Hidangan tersebut ialah sotong goreng perencah . BEST!!


Restoran : Lupa nama. Tapi berdekatan dengan tempat U-turn wakaf Che Yeh, Kelate. 

Terima kasih Papa sebab belanja kiteorang makan. Haha.. Sempena Hari Bapa, Papa yang bayar. Ada ke cam tu? 

4 comments:

  1. kennapa post gambar makanan? laparrrrrrr!! sedapnya. berlari carik nasik sekarang jugak ;)

    Perempuan Cantik Sebab Mekap?
    Stop Play Innocent, Angel

    ReplyDelete
  2. @miss Y ~ tengok time lapar mmg ah sedap..kalau tengok time kenyang dh xde sedap tu,,hehe

    ReplyDelete
  3. woot..woot..nak makan..nak makannnn..tehee :)

    ReplyDelete
  4. @. ~ makan lah makan lah.. hehe

    ReplyDelete