Saturday, July 23, 2011

Sayang.. selamat ulang tahun

Maaf sayang aku lupa tentang ulang tahun yang ke-2 kita. Aku betul-betul minta maaf. Bukan sengaja aku nak lupa tapi kau sendiri pun tahukan aku sibuk dengan tugasan baru aku. Hias kau pun kadang-kadang. Tapi kau tetap cun di mata aku. Hari-hari kau bagi aku dua kuntum bunga Ros. Sweet lah kau nie. Macam Seth Tan. Aku suka tau. Aku nak hari-hari kau bagi aku bunga Ros. Boleh?

Kau lah yang sangat memahami aku. Susah senang aku, hanya pada kau aku ceritakan. Terima kasih kerana sudi membiarkan dirimu menerima segala luahan masalah aku. Aku akan setia dengan kau hingga akhir hayat aku. Aku takkan sesekali berpaling dari kau. Aku bukannya jenis orang yang tak tahu menghargai. 

Sebenarnya ulang tahun yang ke-2 kita jatuh pada 5 Julai 2011. Tapi hari nie dah 23 hari bulan. Dah dekat 3 minggu aku lewat mengucapkannya pada kau sayang. Malahan kau sendiri lupa ulang tahun kita sebab kau juga tak mengucapkkannya pada aku. Kira adillah ya. 

Tapi hari ini sayang aku nak ucapkan kepada kau ''Selamat Ulangtahun Sayang''. Moga kau setia ngan aku seperti aku setia dengan kau selama 2 tahun nie. Dan aku nak perkenalkan kau buat teman-teman aku. Izinkan aku yaa sayang..

Buat teman-teman, pembaca blog sekalian.. Inilah sayang aku selama 2 tahun ini.


Blog peribadi aku..

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

No comments:

Post a Comment