Thursday, July 28, 2011

Tergoda aku dengan mu

Superb, cantik kau. Aku rasa nak beli semua yang aku berkenan aje. Aku rasa kalau kau tengok pun gerenti la, aku berani potong jari yang kau pasti berkenan dan nak beli. Tapi kau hendaklah seorang perempuan yang mempunyai pandangan lain dari yang lain. Kalau kau seorang lelaki sah kau tak akan tertarik pun dengan entry aku yang pilih kasih nie. 

Aku seorang seorang yang mudah tertarik dengan sesuatu yang nampak lain dari yang lain. Yang bisa membuatkan orang akan melihat ke arahnya. Kau tengok sendiri la wedges yang telah berjaya membuatkan aku merasa untuk memilikinya ini. Berbulu seperti binatang kat bawah nie. Sebijik kan!! Owhh jangan-jangan guna bulu binatang kat bawah nie. Minta jauh la tak mampu aku nak samak setiap kali aku pakainya.


Tak ketinggalan sandal yang kat bawah nie. Berbelit-belit dan mampu buat jari kaki tersesat nak masuk. Menarik!!


Wedges ayam kapan..


Itu nama wedges aku yang beri. Takde kene mengena dengan pencipta wedges sebenarnya. Aku namakan wedges itu sedemikian sebabnya bila tengok, aku bagaikan ternampak bayang-bayang ayam kapan. Mungkin pencipta wedges tersebut membuatnya setelah melihat ayam kapan. Siapa pun tak tahu.

Sama tak?

Wedges ayam kapan dengan ketinggian 11 inci mampu buat aku terjelepok jatuh dan berkemungkinan terseliuh. Aauhhh sakit bukan. Inikan 11 inci, yang 1 1/2 inci pun sudah mampu membuatkan aku terjelepok dan tanpa disangka tumitnya patah. Aku tak pandai nak control berjalan. Kalau kau seorang yang dah biasa pakai yang tinggi-tinggi dan berjalan pun ayu, berminat dan ingin memilikinya boleh laa usha di Ilyana's Collection. Banyak lagi pilihan yang pastinya bisa membuatkan kau jadi rambang mata. Bukan sahaja wedges, kasut disediakan, turut terdapat jacket dan handbang.

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>


4 comments:

  1. sy berkenan sandal wrne biru tu...cantekk oo.

    ReplyDelete
  2. yuhuu..cntek slipar tuk summer 2..nakk beli satu..ade ke yg jual??
    taruh tuk raye..hehe

    ReplyDelete
  3. cantik yg merah...i like red..hehe..

    tp tak sesuai laa pakai rasa cam sapu jalan...hehe

    ReplyDelete
  4. wa pun suka high heel kaler merahhh..seksi

    ReplyDelete