Wednesday, August 3, 2011

Bila tiba musim perayaan..

Setiap kali akan tiba musim perayaan tak kira la Gong Xi Pa Chai kah, Aidilfitri kah, Aidiladha kah, Aidil Zafuan kah.. [ Opss.Aidil Zafuan macho, tapi laki orang. Aku tak usha yaa laki orang. Macam takde yang lain aje]. pasti syarikat-syarikat mahupun restoran-restoran akan menawarkan sesuatu yang menarik buat orang ramai supaya tertarik. 

 
~ makan suap!! Apa dah takde tangan ke?~

Bila dan dekat nak raya nie, pastinya semua nak baru. Kereta baru supaya lebih selamat untuk balik raya tahun nie. Langsir baru supaya meriah raya tahun nie dengan warna warni. Mak laah yang paling sibuk bab-bab langsir nie. Baju baru supaya nampak segak dan tempang tampan di pagi raya dan macam-macam lagi yang baru laa.


Kadang kala kita tak dapat menduga apa yang bakal kita dapat dan terima. Baik buruk seseuatu yang kita dapat dan terima itu haruslah dengan hati yang terbuka dan berfikiran luas. Jadikanlah baik itu sebagai rezeki dan buruk itu satu ujian kepada kita. Contohnya kalau dapat kereta yang dalam kain rentang pada gambar atas itu, angaplah ianya rezeki raya tahun ini. Jangan pula berlagak dan ada niat nak menunjuk-nunjuk pabila balik raya ke kampung nanti, takut sesuatu yang buruk terjadi. Malang bukannya berbau.


Bulan puasa nie bukannya bulan untuk melempiaskan hawa nafsu. Nafsu apa? Nafsu makan ya. Bila pergi bazar Ramadhan tu, kalau boleh semua nak beli, semua makanan rasa nak makan. Tapi pabila dan tiba waktu berbuka, semua tu tak habis dimakan pun. Membazir aje. Bila tengah puasa tu, nampak papan-papan iklan ada terpampang gambar makanan, rasa lapar tu melonjak-lonjak ke tahap maksimum. Owhh semuanya nafsu tu. Kawallah nafsu anda. Terutama nafsu makan supaya dapat mengelakkan pembaziran sebabnya pembaziran nie bagaikan membuang duit. Dari buang duit tu baik simpan kasi kat aku. Buat sebagai duit raya untuk aku. Hek3x..

Cikidout..

<<<<<<<< Jom terokai Samsung Galaxy >>>>>>>>
<<<<<<<< Whooomm.. Drift bersama Proton Inspira >>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<< naik Vios pula >>>>>>>>>>>>

1 comment:

  1. Yang penting ukur baju kat badan sendiri...

    BTW.. salam kenal ye...

    ReplyDelete