Homestay tak jumpa, kalau jumpa pun mahal laa tiga ratus hinggit 4 bilik, tak berbaloi-baloi untuk 5 orang yang akan hadir, hotel pull banyak yang dah full booked. Hidup jadi tak tentu hala. Jerawat pula menampakkan hidung dahulu. Proposal tak beredit lagi, tapi masih lagi boleh type entry. Bukan kah itu bangang namanya. Kehkehkeh..
Tinggal di hotel tak sebebas tinggal di homestay. Sudah laa mahal kurang besar pula tu. Kalau ada yang murah pun pasti sempit. Takut nanti jadi macam sardin dop dalam tin je berhimpit-himpit. Memang dah tak akan cari hotel pun, tapi pencarian homestay tetap diteruskan. Minta tolong mereka-mereka yang kerja dekat sini tolong carikan dan alhamdullilah ada yang sudi membantu. Moga mereka mendapat nikmat daripada Allah S.W.T nanti.
Call family di kampung cakap homestay ada jumpa tapi harga tiga ratus lebih. Papa cakap mahal. Papa kata kalau tak jumpa yang RM 150 hinggit ke bawah dia akan drive dari Kuala Lumpur pagi Isnin sebab aku grad petang Isnin tu kemudian lepas aje aku grad dia akan balik Kuala Lumpur semula. Ohh kesian Papa aku. Adik aku suka laa sebab ponteng sekolah banyak hari. Aishh adik-adik nie.
Siang malam aku cuba cari yang seperti harga yang Papa nak tu. Lagipun aku kesian dekat Papa drive jauh-jauh kurang rehat lepas tu nak kene drive lagi. Memang aku ada kakak yang pandai bawa kereta tapi Papa aku nie kurang cikit nak lepaskan untuk anak dye drive. Mungkin dye tak nak menyusahkan @ tak berapa harap anak dye drive.
Seperti perumpamaan melayu Usaha tangga Kejayaan. Walau sebesar mana halangan dan dugaan pasti akan ada jalan penyelesaian. Call sana sini dengan harapan akan ada homestay yang available at 25 September dan percaturan yang Allah SW.T tentukan itu aku telah temui. Homestay jenis apartment yang berharga RM 130 menjadi pilihan. Alhamdullilah..
usaha dan doa tangga kejayaan. Selesai.
ReplyDeletedR.BEN ~ yehhh
ReplyDelete