Friday, October 28, 2011

Bajet Korea dan Jepun..

Pergi Singapore je, tapi makan makanan mengalahkan pergi Jepun dan Korea. Feeling habis. Walaupun tak pergi negara itu dapat makan makanan yang popular kat negara itu pun boleh la. 

Makanan tengahah hari kami sewaktu kat Singapura hari itu ialah berkongsepkan Jepun dan Korea.

Chicken Karagee Ramen

Chicken Karagee Ramen nie dikatakan makanan popular untuk negara Jepun. Bak kata si 'Alin' sebabnya dye memang tersangat-sangat nak pergi Jepun dan dia banyak tahu termasuklah bahasa Jepun. Insyallah kalau ada rezeki kami akan ke sana. Sebabnya kami semua(budak-budak LAB) ada hantar kertas kerja untuk Short Term Exchange Program with Scholarship At Shibaura Institute of Technology(SIT) JAPAN. Doakanlah kami semua yang hantar kertas kerja dapat ke sana ya. Nanti ada laa sedikit cenderahati yang akan aku kasi. 

Chicken Kimchi Ramen

Ini pula makanan popular bagi negara Korea bak kata 'Piya'. Si Piya nie pula tersangat-sangat nak pergi Korea. Siap berangan lagi, kalau kami semua dapat pergi Jepun nanti, dye nak fly pergi Korea. Jalan-jalan katanya. Tapi bagus juga rancangan tu, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. 

Antara dua-dua jenis makanan yang berlainan negara ini, aku lebih prefer kepada Chicken Kimchi Ramen. Sebabnya tengkak aku jenis yang suka pedas. Chicken Kimchi Ramen nie tersangat laa pedas tapi kalau aku makan aku boleh tahan lagi la. Tapi malangnya makanan yang aku order adalah Chicken Karagee Ramen. Sebabnya aku tak tahu pun makanan tu memang tak pedas langsung. Karagee Ramen nie seakan-akan SUP, manakala Kimchi Ramen nie seakan-akan TOMYAM. Mungkin lepas nie kalau nak makan lagi makanan bajet Korea dan Jepun aku akan beli Chicken Kimchi Ramen pula. 


8 comments:

  1. teringin nak g korea and jepn gak nih!. buat masa sekarang try jela makanan diorang yang ada kat malaysia ni. tp tak tahu la taste dia sama ke x. ahahahaha

    ReplyDelete
  2. setakat ni pernah makan makanan jepun kat sushi king je, tupun sebelum kontroversi yg org dok kata dia x halal tu...

    makanan korea pulak pernah makan kat midvalley & the gardens...

    memang peminat makanan jepun & korea...bajet kan?haha :p

    ReplyDelete
  3. @ rainyscream ~ kalau nak pergi tnggu keje ada duit dulu laa.. buat masa skrg dop msia pun duit kurang. maklumlaa pelajar kan.. yang mana leh cuba kat msia cuba je dulu. kalau kene ngan selera ok laa

    ReplyDelete
  4. @ Hanih Borhan ~ xsuka makan sushi..

    dop kl boleh laa pergi makan kat midvalley n the gardens,, dop johor nie nk g makan kat mana.. nasib g singapura dan ada kedai jual makanan tu leh laa merasa..

    ReplyDelete
  5. shera nak ikut!!!!

    ngehngehngeh XDDD

    best nya dapat gi Jepun XDD

    ReplyDelete
  6. @HIKARL ~ kan u dah pergi ari tu.. biar laa i yg pergi pula..

    ReplyDelete