Saturday, October 15, 2011

Pergi jua

Assalamualaikum..

''Setiap yang hidup pasti akan menghadapi saat kematian.''

Jadi tak kira siapa mereka, pasti akan mati juga apabila tiba waktu dan saatnya. Walaupun tidak menderita kesakitan atau masih muda, kematian itu tidak mengenal status seseorang. Sekarang pun kita kene sedia akan kemungkinan itu. Cuma yang penting mohon laa doa supaya kita di panjangkan usia untuk terus beribadat atau untuk berbakti kepada kedua orang tua kita. Mohon laa sebab-sebab yang elok-elok. Insyallah.

Hari ini sudah masuk hari keempat satu-satunye moyang yang aku ada pergi meninggalkan kami semua. Apa yang aku rasakan ialah agak terkilan sebab aku tak dapat pulang untuk menatap dan mencium wajah moyang aku buat kali terakhir. Hanya yang dapat aku lakukan hanyalah menatap gambarnye. Kali terakhir aku bersua muka dengannya pada hari raya pertama tahun nie. Ketika itu dari pemerhatian sudah terdapat tanda-tanda yang moyang aku akan pergi. Antaranya kedudukan hidung yang sedikit jatuh [itu yang mama aku bagitah].  Moyang aku pergi mengadap-Nya kerana sakit tua. 

Aku masih lagi ingat, pagi kejadian (11.10.11) jam 9 pagi, kakak aku call bagitahu moyang aku dah tak ada. Tersentap aku rasakan. Tak tahu perasaan ketika tu cam mana. Sedih?? Tiada air mata pun yang mengalir. Walaupun begitu itu tidak bermakna aku tidak sedih. Disebabkan tidak dapat balik hanya al-Fatihah dan Yassin yang dapat aku utuskan. Juga, moga roh moyang aku ditempatkan bersama roh mereka yang beriman.

*moyang yang dirindui*

Al-Fatihah...

''Kehidupan selepas mati adalah kehidupan yang sebenar''

10 comments:

  1. al-fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalagan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah .. sorry to hear that .
    Min juga baru kehilangan datuk yang tersayang lebih kurang seminggu yg lalu ...

    ReplyDelete
  3. takziah yer,sedih lak bila baca entry ni...bersyukurlah kerana di beri peluang untuk merasa nikmat mempunyai moyang walau seketika, saya tak pernah rasa nikmat ada moyang, tok, moyang semua pergi dulu sebelum sempat saya melihat dunia..

    ReplyDelete
  4. al fatihah smg moyang awak ditmpkan di klgn org yg beriman amin

    ReplyDelete
  5. @Manusia Yang Baik ~ takziah di ucapkan buat min sekeluarga.Moga arwah atuk min ditempatkan bersama mereka yang soleh..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. @ awie958 ~ trima kasih.. alhamdullilah syukur krna sy masih berkesempatan untuk mengenali moyang. jarang org ada peluang seperti saya..

    ReplyDelete