Friday, November 25, 2011

Air sungai, laut, tasik, longkang + Air Hujan = Banjir

Assalamualaikum..

Apa khabar kampung aku ya? Banjir ke tak? Maklumlaa Kelantan kan dah banjir.  Terengganu, Kedah, Melaka dan Johor pun banjir juga.  Tapi bukan seluruh negeri laa hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja. Mungkin dah ramai yang telah dipindahkan dan mungkin dah ada sesetengah kawasan tu penduduk yang sebelum nie dipindahkan telah pulang ke rumah masing-masing sebab air dah surut.  

Bila dah banjir, hujan nak keluar rumah pun rasa rimas, malas. Yelah dah air bertakung sana sini, pakaian pun jadi basah. Nak salin lepas tu basuh pun, sah-sah laa lambat nak kering. Bila dan lambat kering, baju mungkin jadi busuk sebab terperap dalam rumah je, matahari pula takde. Sabar je laa korang ya. Nanti bila dah habis musim hujan, nak basuh baju berbakul-bakul pun silakan laa. Insyallah time tu matahari sedia memberi khidmat yang terbaik. 

Aku yang kat Johor nie pun baju dah satu baldi penuh tak terbasuh lagi. Tapi aku bukan nak salahkan sebab turunnye hujan (kat sini petang dan malam je hujan), tapi sebab aku pemalas. Bukannye pemalas betul-betul tapi pemalas yang dibuat. Maksudnye alang-alang nak basuh cadar, selimut nak guna mesin basuh aku peram semuanya supaya senang basuh sekali gus. Lagipun kalau basuh cadar ngan selimut sahaja rugi. Lagipun masukkan duit RM 2.50 boleh basuh sampai 10KG. Berbaloi-baloi bukan?


Tambatan D'Raja dah naik air...

p/s ~ Bila dah duduk kat negeri orang nie, nak tahu update pasal negeri sendiri kenelah like mana-mana page Kelantan kat FB tu. Untung-untung ada gambar banjir terkini yang diupload. 

DUMEX DUGRO

2 comments:

Anonymous said...

hujan2 memang malas nak basuh kain,sebab susah keringg wuwuwu

nia said...

sama la. basuh sekaligus. xde la membazir ruang mesin basuh tu.huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails