Saturday, November 5, 2011

Pakat puasa pada 5 NOVEMBER 2011 (HARI WUKUF)

Assalamualaikum..

Hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:



Siapa yang tidak mahu andai ganjaran yang diberikan seperti diatas? Sudah lah dalam setahun itu entah berapa kali kita melakukan dosa secara sedar. Itu tidak termasuk yang tidak sedar. Jadi dengan ganjaran seperti di atas juga dengan hati yang betul-betul ingin hapuskan dosa dan merancang untuk berubah melakukan kebaikan kita haruslah berusaha untuk mendapatkannya. 

Untuk itu dengan rasa tanggungjawab pada diri, agama marilah sama-sama kita berpuasa pada 9 Dzulhijjah iaitu pada 5 November 2011. Puasa sunat hari kesembilan Dzulhijjah yang juga Puasa hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang.

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. 

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/S:  Niat puasa  ialah; "Aku puasa sunat hari Arafah esok hari kerana Allah"tapi  lintasan hati walau dengan apa sahaja bentuk caranya sebenarnya sudah memadai.. Allah Maha Memahami dan Maha Mengetahui..


2 comments:

hamzah ian said...

terima kasih berkongsi.. baru ku tahu

Unknown said...

@hamzah ian ~ sama-sama.. puasa tak ari ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails