Assalamualaikum.,
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! Pribahasa tu bukan sahaja boleh digunakan untuk perbuatan atau tingkah laku sesama manusia tapi juga boleh digunakan untuk perbuatan dan tingkah laku kita dengan pencipta kita. Tahu sapa pencipta kita? Tak tahu pandai-pandai laa kau google cari. Kalau tak jumpa juga kau pergi cari ustaz, ustazah tanya. Tak pun kau tanya Ibu Ayah kau.
Aku tahu buat baik bukan senang dan buat jahat bukan susah. Kenapa? Contoh, niat aku baik nak tolong kawan pergi beli ticket sebab aku ada kenderaan dan kawan aku tu takde kenderaan. Tapi kawan kepada kawan aku nie cakap yang aku pergi beli ticket sebab nak upah. See.. Aku buat baik(ikhlas) ada orang cakap sebab aku nak upah. Itulah yang aku maksudkan bukan senang untuk buat baik. Banyak cakap-cakap belakang, sindir-sindiran yang akan kau dengar nanti.
"Apa yang orang cakap tak payah nak amik dan simpan dalam hati. Apa yang penting Allah S.W.T itu tahu niat kita dan apa yang kita buat. Lagipun bukan manusia yang mengadili kita di akhirat kelak. Usah takut dengan mereka tapi takutlah dengan Allah S.W.T. " ~ Aku
Tapi berlainan pula dengan maksud buat jahat bukan susah. Contoh, aku tolak baju orang yang kat ampaian sebab aku penting diri sendiri nak jemur baju aku kat situ. Sedangkan baju orang tu tak kering lagi dan dye baru je jemur kat situ. Sebenarnya ini kira seperti balas dendam sebab sebelum nie baju aku pun penah orang tolak macam tu je. See.. Memang tak susah pun sebab dalam masa sesaat je dah buat jahat dengan menganiayai orang lain.
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche
DUMEX DUGRO
No comments:
Post a Comment