Monday, January 30, 2012

Cara kejutkan orang bangun tidur

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak share cara kejutkan orang bangun tidur. Aku tahu ramai yang apabila tidur, nak kejutkan tu sangat-sangatlah susah. Maklumlaa bila kita tidur, roh kita takde dalam badan. Ada sesetengah orang tu, bila dia kejutkan seseorang tu dari tidur mereka main jerit kuat-kuat. Itu adalah cara yang tidak berapa elok laa untuk permulaan mengejutkan orang bangun tidur. Mahunya roh xsempat masuk dalam badan, heart atack, terus pergi meninggalkan alam ini. Waalahuallam.

Jadi cara untuk mengejutkan orang dari tidur ialah :

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. sentuh bahu org tidur tu dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…

3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…

5. tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect :


1. jerit nama dia kuat kuat…

2. gigit ibu jari kaki dia cam antu toyol gigit

3. simbah air sebaldi kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak :

1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak, ni je la cara terakhir :

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya



p/s ~ Aku orang panggil-panggil nama even slow pun dah sedar dah. 

5 comments:

  1. eheheh..sebut marabukka..haha..kelakar plk bc

    ReplyDelete
  2. kte orang sentuh pn da terjaga hehe=D
    Erm thnkx berkongsi.. tpi zaman kecik2 ayah sye nk gerak subuh air la akan direnjis heeeeee..

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Shera..
    Thanks for drop by my blog.. Sis still student ye.. Tinggal di mana di KB.. Kak Naz pun tinggal di KB juga...

    ReplyDelete
  4. aku sukayg last sekali.. hahha

    jom hayati..=)
    lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

    ReplyDelete
  5. aku pernah tersedak ketika tidur kerana roomate aku kejutkan aku menggunakan deruan gas ammonia dari punggungnya ketika di asrama dulu.

    pedas dan panas. pantas aku terjaga. celaka punya member.

    kahkah

    ReplyDelete