Saturday, January 28, 2012

Tolong Ingatkan Aku





‎"..Orang mudah gah dan berbangga dengan hal-hal dunia..."

Kadangkala kita sengaja mewujudkan rasa gah untuk memaklumkan kita dalam sesuatu bidang, umpama dalam kejuruteraan, penyelidikan, perubatan dan sebagainya..

Kadangkala kita sengaja menerbitkan rasa megah untuk menjelaskan kita dalam sesuatu kerjaya yang hebat, umpama seorang jurutera, saintis, doktor dan sebagainya..

Kadangkala juga kita sengaja mewujudkan rasa ujub untuk menceritakan kisah atau perjalanan hidup kita yang seringkali dalam amalan dan kebaikan..

Kadangkala juga kita sengaja menerbitkan rasa riak takabbur untuk mengisahkan pencapaian dan kejayaan kita, umpama dalam bidang akademik, kerjaya dan sebagainya..

Kadangkala kita tidak sedar akan kelakuan dan tindakan kita mampu mewujudkan atau menerbitkan perasaan itu, hingga akhirnya kita ter'makan' dengan semua itu

Namun alangkah hebatnya seseorang itu buat-buat 'biasa' saja hingga ada orang yang tidak mengenalinya dan ada orang mengenali sendiri dirinya tanpa dimaklumkan, dijelaskan atau diceritakan kepada sesiapa. Namun hakikatnya dia memang seorang yang sangat hebat didunia dan juga disisi Allah Ta'ala..

Baginya, cukuplah Dia sahaja yang mengetahuinya.. SubhanAllah..



No comments:

Post a Comment