Assalamualaikum..
Sungguh gembira walaupun terselit rasa penat. *penat2 pun sempat lagi update blog. Hehe. Blog adalah segala2nye.. Cewahh..
Alhamdullilah.. Hari nie bertempat diperkarangan Masjid Noor Aini, Pasir Hor, satu aktiviti bersama penduduk kampung telah diadakan. Aktiviti nie untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk2 kampung juga yang paling utama untuk menjana kesihatan ummah iaitu dengan bersukan.
Aktiviti seperti nie buat julung kalinye diadakan. Dengan kerjasama dua pihak ia berjaya dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
Ramai betul yang hadir. Paling ramai tentulah budak-budak. Merekalah yang paling gembira kalau aktiviti seperti ini diadakan.
Main-main juga, hadiah tentulah ada. Memang banyak betul hadiah yang disediakan. Tak kurang juga hadiah nie siap dapat penajaan lagi.. Penajaan dari mana tak pula aku ketahui. Hehe. Yang pasti aku turut dapat hadiah. *nanti aku ceritakan.
Acara sukan pula ada macam2. Ada acara lari dalam guni, basikal paling lambat, makan buah epal, kail botol dan macam2 lagi laa.. Orang dah berusia pun ada gak yang main. Memang best!! Tak kira usia semua nak menjana kesihatan.
Turut disediakan kaunter untuk check kesihatan secara percuma. Orang2 kampung yg xpernah buat check up memang ramai yang amik kesempatan tadi. Memang bagus laa.. Dan xlupa juga ada aktiviti derma darah. Aku pun join gak derma tadi. Dan sepanjang aku derma darah xdapat cenderahati yang besar, tadi aku dapat. Walawehhh xrugi. *nanti aku update d lain entry.
Juga nasib baik aku balik kampung mngu nie, dapatlaa join.. Kalau x mana nak adanya aku kat aktiviti nie..
p/s ~ pasnie moga aktiviti macam nie terus diadakan.
Seronok ada aktiviti seperti itu...
ReplyDeleteseronok kan bersukan ni.badan rasa sihat je.
ReplyDeletedah lama rasanya tak join sukan2 cmni .. heheee
ReplyDeleteaktiviti camni memang patut diteruskan.huhuhu..
ReplyDelete