Friday, August 31, 2012

Apakah nasib kucing ini?

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..


Ya Allah, apakah nasib kucing di dalam bulatan itu sehingga ke hari ini? Adakah kucing ini sudah diselamatkan? Atau sudah dibawa oleh arus air yang laju juga adakah sudah mati kelaparan disitu? Kalau aku mampu untuk menyelamatkan kau wahai kucing tidak akan sesekali aku membiarkan kau meng'iau' keseorangan didalam longkang yang besar itu

Meng'iau' 'iau' kau seekor disitu kerana kata tuan kedai sebelah longkang yang ada kucing nie dari semalam(sebelum hari aku ke kedai itu) lagi kucing nie terperangkap. Dah la tebing sebelahnye sangat tinggi macam mana nak amik. Kucing ampunkan aku kerana hanya mampu amik gambar sahaja. Aku bukan sengaja nak biarkan kau disitu hingga hayat mu. Cuma yang boleh aku harap 2hari yang dah berlalu nie ada orang yang lalu lalang simpati dengan kau dah telah selamatkan kau duhai kucing yang malang. 

Yang aku pelik camne kau leh jatuh hingga ke situ duduknye. Sedangkan ada pagar zink disebelah longkang nie. Ermm sudah tersurat kejadiannye begini, siapala kita untuk berfikir dan pertikaikan camne kucing nie leh jatuh ke situ.

p/s ~ Aku betul2 harapkan sehingga hari nie kucing nie dah selamat. Amin.

1 comment:

  1. kalau boleh hana nak selamatkan kcing tu. tapi cmna ye.. kesianya.

    ReplyDelete