Saturday, August 18, 2012

Apam Polkadot edisi pertama SIAP!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Biar pun ada kisah tertinggal barang2 di JB, ianya tidak mematahkan semangat aku untuk menghasilkan apam polkadot edisi pertama. Semangat kental yang ada dalam diri ini membolehkan aku untuk bangga sedekit. Walawehh.. Kenapa diberi nama edisi pertama sebabnya apam polkadot ini merupakan hasil buatan dan dekorasi pertama oleh aku. Sebelum nie x pernah buat, hanya tahu makan yang dah siap. Sekian.

Walaupun dah ada perkataan 'sekian' tapi belum habis lagi ya. Aku buat sorang2 apam polkadot nie. Penat!!! Aku buat pakai tiga warna je iaitu merah, kuning dan purple. Warna purple aku bantai air anggur mama aku. Ada aku kisah? Hehe asalkan menjadi sudah.


Sebelum dikukus mak oiii chantiknye dot dot kau. Lepas dikukus buruk bebeno rghupenya. Warna pula pudar. Huwawawa nagis. 


Mama aku cakap mungkin jadi pudar sebab tak guna pewarna sebenar dye kot. Entah aku pun xtahu. Aku guna pewarna merah, kuning tu pakai pewarna yang dalam botol macam esen vanila tu. Bagi aku asalkan pewarna dan leh ubahkan dari warna putih bolehkan aje semuanya. Korang yang pernah buat apam polkadot nie pakai pewarna yang mana ehh?

Resepi buat apam nie aku google je. 

  • 3 bj Telur gred B (dr peti sejuk yer...) - aku pakai gred C je, telur yang luar dr peti sejuk. 
  • 1 ts ovellet
  • 220g gula kastor - aku amik 3/4 cawan 
  • 150L susu segar @ susu cair  - aku guna susu cair : juga amik 3/4 cawan 
  • 275 g tepung gandum - aku amik 2 cawan 
  • 3ts baking powder - 3/4 sudu besar
  • 1ts esen vanilla - 1 penutup botol
  • Pewarna makanan - aku bantai pewarna buat air. HAHA
  • Filling kaya,kiwi, strawberry,coklat etc.... - guna filling bluberry

Kebanyakkannya aku ubah main ikut suka hati aku kan. Hehe. Aku derhaka sat. Pe2 pun apam polkadot edisi pertama dah siap. Berbuka nanti rasa dulu, kalau sedap akan ada edisi kedua pula. =)

p/s ~ Cubalaa korang.  


1 comment: