Friday, September 5, 2014

Cuak

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Esok exam online Penguatkuasa Kastam W41. Wahh kurasakan ramai je yang nak masuk website nak jawab exam esok. Hope kita salah seorang yang dapat masuk dengan jayanya lah. Dengar cerita untuk exam online pembantu penguasa kastam W27 ramai yang dapat masalah. Ada yang tak leh masuk langsung. Ada tu dah sampai Seksyen C tiba-tiba cam hilang begitu sahaja n bila masuk balik semua jawapan yang daj dijawab hilang.. Ohh tidak!!

Ok part nak masuk satu hal. Part apa kebenda GST tak faham-faham oi.. Lagi nak kira cukai pendapatan, cukai GST. Entah x berapa nak faham. Haishh bengap betulkan. Maklumlah dah lama tinggal yang mengira-ngira ni. Lagi pun kita jenis yang kalau bukan kerana nak exam ke apa tak pernah nak amik tahu. Macam berita pukul 8 malam, boleh kira berapa kali je tengok dari awal sampai habis. Bukan bermaksud kita tak tahu apa yang berlaku k. Kita ada je baca berita tapi baca yang kat FB. Yang kita like surat khabar punya page tu ada siar berita-berita HOT!

Bila dah baca apa skop tugas penguatkuasa kastam ni baru lah kita tahu sikit apa kerja diorang dok buat. Ingatkan dok jaga yang pengeludupan tapi hal cukai semua pun depa yang dok jaga. Punyalah rendah tahap pengetahuan kita kan. Kuwang2x. Apa-pun dah baca sekali lalu ni hope esok tenang n relex lah menjawabnya. Nak ajak semua orang dop sebelah kita tlg bg jawapan skali. Nak rojer friends kat group wasap skali. Kot2 ada yang blh tolong. Hehe..

p/s ~ all the best semua calon Penguatkuasa Kastam W41


No comments:

Post a Comment