Bismiilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Sepanjang banjir yang melanda Kelantan kan tak pernah lagi air tu sampai kat area rumah parents aku ni. Dengan adanya kawasan tinggi rendah menyebabkan air tak pernah nak sampai. Lagipun rumah parents aku takdelah berdekatan dengan sungai sangat, adalah dalam jarak lebih 500 meter @ 1KM. But this year 2014, benar-benar mencabar mental dan fizikal. Rumah parents aku terkepung dengan air. Manakala rumah mak saudara n pak saudara pulak di naiki air. MasyaAllah besar betul dugaan yang kau berikan Ya Allah.
Ni rumah pak saudara aku. Diorang suami isteri ni takde kat rumah sebab waktu air naik dengan pantas 25 Disember tu diorang baru balik dari Umrah. Anak-anak mereka pula semuanya dekat KL. Nak dijadikan cerita nasib baik depa tinggal anak kunci. Dapatlah kitaorang yang ada kat rumah ni masuk rumah mereka untuk kasi angkat semua barang ke tempat tinggi sedikit. Gambar kat bawah ni masa air masih lagi tengah naik. Dan ketika ni air tak masuk dalam rumah lagi tapi hampir memasuki rumah. Hanya tinggal dalam 1 inci je lagi.
Gambar yang bawah ni pula satu hari sebelum hari naik dengan cepatnya. Waktu tu dok ngidam nak make ayam ala-ala kentuky. Nasib baik sempat g beli kalau tak 3 hari kau terputus hubungan.
Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian terputus hubungan secara keseluruhannya macam gambar bawah ni. Hanya kenderaan 4x4 je boleh lalu. Tu pun arus air tersangat lah deras. Sapa yang menyeberang tu mesti terdetik jua dalam hati mereka perasaan cuak takut hanyut. Anything can happen. No one knows except Him.
Kamsahamnida *_*
mak aih air diaaa...semua yg berlaku pasti ade hikmah (:
ReplyDelete