Thursday, February 12, 2015

Cuti sekolah sempena CNY 4 hari JE!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Horayy.. Hari ni dah Khamis, esok Jumaat. Maksudnya apa? Maksudnya cuti lah. Haha. Dari hari Ahad, hari pertama sekolah setiap minggu lagi aku dok ngira bila nak Khamis. Tak menahan kan. But i know, bukan aku sorang je yang mula mengira hari bila weekdays dah bermula. Tak sabauu nak tnggu weekend kan. Bila hari Ahad tu dah habis, tahap lega dah sampai 20% tau. 

And today, this is my first time attend meeting dengan semua guru-guru. Selalunya guru-guru yang terlibat je attend meeting, yang tak terlibat boleh balik. Niat aku nak balik juga tadi. Tak nak masuk meeting. Tapi bila waktu pengumuman tu dia kata semua guru diwajibkan hadir, and because students call me teacher, jadi aku rasa diri aku pun terlibat. Padehalnya kalau aku balik pun tadi pengetua tak kisah. Sebab pihak pentadbiran sembang pasal sistem pengurusan sekolah je. Dan sememangnya aku tak terlibat langsung. Lagi-lagi senarai list guru untuk amik kehadiran tadi takde pun nama aku. Rugi waktu aku hampir sejam attend meeting tu. Dah la sebab balik lambat tadi kene hadap jem. 

Tapi dari 100% meeting tu, ada juga lah dalam 5% berguna untuk aku. Iaitu aku dapat tahu cuti sekolah untuk CNY start bila. Before ni pengetua kata cuti untuk CNY start 18Feb-23Feb. Jadi aku dah siap hip hip horray dah sebab tak payah nak g ngaja banyak. Malangnya, tadi pengetua bagitahu pula cuti CNY start 18Feb-21Feb JE!!. Means that cuti CNY 4 hari jelah. Uk aloh. Kukuciwa sangat. =(

p/s ~ Hari ni ada budak ajak aku kahwin dengan dia. Eh!

No comments:

Post a Comment