Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day to Me

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru to Me.
Selamat Hari Guru.

Hehe. Tuju lagu untuk diri sendiri. Akak kini kembali menjawat jawatan sebagai guru KGSK. Kebetulan masa lapor diri tu 10 Mei dan hari ni adalah Hari Guru. Lusa pula ada sambutan Hari Guru kat sekolah dan akak kene main futsal. Ayoyoyo. Pandai ke main ni.

Sebelum tu dikesempatan ini akak nak ucap Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu di seluruh Malaysia. Buat Ibu bapa akak terutamanya yang berjaya mendidik akak dari umur 1 hari hingga 24 tahun setengah. Buat cikgu-cikgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, tuisyen, universiti dan sesiapa sahaja yang telah mengajar akak, memberi sebarang nasihat, idea dan pengalaman. Segalanyalah! Tak lupa buat mak saudara, pak saudara, sahabat handal yang ramai memilih profesion perguruan. Tahniah! Didiklah anak bangsa anda dengan penuh ikhlas. 

Tak banyak yang hendak diperkatakan untuk entry kali ni. Sebabnya akak sibuk. Sibuk menghadiri majlis perkahwinan, akikah sana sini. Ghituwww. Shibukk nowww bunyinya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. :P

Kamsahamnida *_*


No comments:

Post a Comment