Friday, May 1, 2015

Photoshoot Konvo

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Sep 2011- April 2015 (3 years 6 months)
Akhirnya aku sampai ke tahap hari ini. Apa yang paling mengembirakan ialah, aku dapat buktikan kepada Family yang aku boleh. Tapi semuanya pun disebabkan oleh dorongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka aku tak kemana. A huge thanks.


Kalau orang tanya aku lepas ni sambung PhD lah ya? A big NO and just SMILE i will give to them. Because nak sampai ke tahap Master ni aku terkial-kial. I need some space for my self untuk cari apa yang aku mahu dalam hidup aku sebenarnya. 3 tahun Dik Non bukan 3 hari akak (sekejap akak sekejap aku) harungi susah, derita, pahit maung dalam perjuangan ini. Only He knows berapa banyak airmata yang akak taburkan untuk segulung Master. 


Baling topi. Semua yang konvo will do this. Tipu giler kalau tak baling topi. Ni akak sorang-sorang photoshoot di fakulti baru akak. Sedik Dik Non. Nasib baik ada adik yang sudi menemani akak photoshoot. Kalau tak tak dapat lah akak nak shoot baling topi. Untuk adik akak, akak dah bagi hadiah kat dia sebab sudi jadi photographer tak resmi akak. 


Gambar lain baling topi. Ya Allah akak suka sangat baling topi ni. Macam lepas segalanya. Yehhh!!


Gambar tak baling topi. Dataran Ilmu ni takde kenangan pun untuk akak sebenarnya. Tapi disebabkan ada tertulis UTM kat situ so akak dengan bangganya amik lah gambar kat sini. I'm proud to be Alumni UTM walaupun UTM banyak erkk dengan akak. 


In front of new building for Faculty of Science. Walaupun akak tak sempat guna kemudahan baru yang disediakan kat bangunan tu tapi akak suka sebab fakulti akak ada bangunan baru. Bangunan lama tu hazab Dik Non. Meja kat makmal akak nak runtuh dah. Tapi akak manage tuk habis lab work akak kat sana. 


Terima kasih UTM kerana beri peluang tuk akak habiskan Master akak kat sana. 
UTM Sanjungan Bangsa

Kamsahamnida *_*

No comments:

Post a Comment