Sunday, July 12, 2015

Ramadhan semakin berlalu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sana sini dah mula kedengaran orang putar lagu raya. 15 Ramadhan lagi radio dah start putar. Tapi tak seberapa rancak berbanding sekarang. Kat rumah ni pun adik aku dah mula pasang lagu raya. Hoii semangat betul kau ya. Budak-budak kat sekolah pun yang jenis bawak henset secara haram pun dok pasang lagu. Amboii naik toncang kau ya budak mentang-mentang lah aku buat tak tahu je kau dok pegang henset depan aku pun. Whatever it is, budak zaman sekarang. SEMANGAT nak raya. Aku dulu SEMANGAT ke tak? 



Hari ni dah 25 hari kita berpuasa. Malam ni terawih malam ke-26. Ya Allah begitu pantas bulan Ramadhan kini di penghujungnya. Lagi 5 @ 6 hari lagi kita dah nak raya. Tapi aku tak berapa semangat pun nak raya. Sebabnya aku takut aku tak dapat jumpa next Ramadan lagi. :(

Hari makin hari, rumah kata pergi kubur kata mari. Umur semakin bertambah. Walaupun aku masih muda, maut tak kenal sesiapa. 3 days ago, aku dikejutkan dengan senior aku meninggal. Umur 26 tahun. Doktor suspek denggi. Tapi ada yang cakap sebab kencing tikus. Whatever it is, dua2 penyakit tu tetap membawa maut. Al-fatihah untuk saudara Miqdad. Beliau masa zaman sekolah dulu terkenal dengan 'sound effect' bila bagi ceramah. Ada je bunyi2 yang beliau akan buat yang berkaitan dengan ceramah yang diberikan. Beliau dalam kenangan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni aku angarkan dalam 5 hari aku tak g terawih. Sebab g KL dan ada satu hari tu aku rasa tak sedap badan. Hingga ke hari ni aku masih lagi puasa penuh. Bukan sebab mengandung. Tapi sebab kitaran aku tak teratur. It's ok. Sementara tu aku leh penuhkan jiwa aku dengan mengingati Allah sentiasa, membaca kitab suci Al-quran. Tambah-tambah di bulan Ramadhan ni. Alhamdullilah.

Moga-moga dapat lah aku puasa penuh tahun ni dan dapat solat sunat Aidilfitri bila tiba harinya. Amin


No comments:

Post a Comment