Saturday, August 1, 2015

Happy birthday to Me

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari ni jam 12.25 tghari 1 Ogos 2015 genap lah umur aku 25 tahun. Sedar tak sedar dah 1/4 abad aku hidup di atas muka bumi ini. Terima kasih yang Maha Esa kerana mengizinkan aku untuk bernafas di bumi mu. Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga buat Mama kerana melahirkan aku. Mama kata aku lambat dilahirkan. Sampai tahap aku ni berak dalam perut dan makan najis sendiri. Akibat dengan itu 15 hari pertama aku dijaga di hospital. Kata Mama lagi sedih menengokkan aku waktu tu sebab wayar berselirat. Tapi sedih mama, sedih lagi aku sebab Mama terima aku sebagai anak dia. :(


Dalam banyak-banyak wish kat FB setakat jam ni, yang adik aku punya paling WIN. Ya aku akui yang aku seorang kakak yang sangat lah 'bekeng'. Selalu marah dia terutamanya bila aku mengajar dia. Tapi buat masa sekarang aku ngan dia je kat rumah, jadi dengan aku jugak lah selalu dok bergurau.


Aku memang 'bekeng' sejak zaman sekolah rendah lagi. Tapi kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang, sekarang aku dah makin kurang 'bekeng'nya. Buktinya masa aku pergi majlis kahwin rakan sekolah rendah tu, yang kahwin tu terkejut tengok aku lemah lembut tak garang-garang dah. See 'bekeng' aku terbukti dah kurang kan. Hehe


Ni gambar terobek sambut bufday tahun lepas kat UTM with lab rats. Tahun ni takde dah lah keknya sebab takde orang dah nak sambut bufday aku. But its ok, umur pun dah 25 kan jadi feel nak sambut bufdat tu dah kurang. Tapi kalau ada orang sambut excited jugak. Sebab kecik-kecik dulu memang mama jarang nak buat majlis sambutan hari jadi ni. *hint mintak orang sambut bufday

p/s ~ Azam dan semangat tak pernah berubah. Still mengejar untuk menjad lebih baik dari semalam.

2 comments:

  1. Happy bufday.. muda sangat ni lagi.. hihi..
    semoga segala apa diimpikan akan jadi kenyaatan ;)

    ReplyDelete