Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Seronok pulak tengok gmbar2 pelajar yang baru daftar masuk universiti ni. Teringin nak masuk universiti balik. Teringat juga 8 tahun yang lepas mula2 dapat masuk universiti. Aku dapat UTM. Mula2 tahu dapat UTM tu tertnya-tnyalah kat mana UTM ni? Sebab yang biasa dengar UiTM, UTM tak pernah tahu pun wujud.
8 tahun yang lepas juga bermulalah perjalanan musafir aku ke bumi Johor untuk menimba ilmu. Sebelum ni hanya bermusafir sampai Terengganu je. Setakat 2 jam perjalanan apalah sangat berbanding 12 jam perjalanan kan. Orang kata jauh perjalanan luas pandangan. Memang! Sungguh luas pandangan aku akan alam ciptaan Allah ni. Tak puas menatap. Alhamdullilah.
Segala perkakas nak bawak pergi U
Ibu ayah yang paling gembira
Cantik, lawa, comel smuanya
Zaman aku dulu, hari pendaftaran takde lah lawa cam awek2 kat atas tu. Takdenya nak pakai baju paling kebabom yang dalam almari. Yang boleh pakai baju putih kain hitam macam gambar kat bawah tu. Hanya itulah yang dibenarkan. Macam pelajar tingkatan 6 sangatkan. Ehh pelajar ting 6 zaman sekarang dah pakai baju warna warni tau g sekolah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Takkan nak takat tu je kan. Mesti ada improvement. Dan aku yang dulu bukan yang sekarang. Cikidout.
Malu2 tucimmm peluk pokok segan bergambar sorang2
p/s ~ gambar sumber page UTM
UTM Skudai tu dekat aje dgn rumah kakak
ReplyDeleteTapi itulah yg org T'ganu belajar di Johor, yg org Johor belajar pulak di T'ganu.
Rindu zmn study...
ReplyDeleteRuby belaja kt kptm