Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Alkisahnya kakak aku (long) nak makan Dip N Dip. Kebetulan masa g KL untuk IV baru ni sempat dengan dia gaji. Makanya suka lah aku kan hehe. Sebab nak jugak merasa Dip N Dip walaupun sekali. Selalu dok tengok orang je up gambar kan. So terima kasih long sebab belanja. Nak harapkan aku memang tak dapat la. Tapi In sya Allah kalau aku dah kerja kita g makan lagi aku belanja ya. ;)
Kita belanja sekeping pic long
Long ni kata je dok KL dah 2 tahun tapinya jarang beno nak keluar dari sarang dia kalau adik beradik tak datang KL. Nak g IOI City Mall ni sesat kau. Memang ikut waze tapi salah setting tempat. Aku tanya IOI mana dia kata IOI Mall. Maka ke Puchong lah kita. Bila dah sampai tu dia kata ehh bukan IOI ni. Jadi ber huhu lah kat situ. Rupa2nya IOI City Mall nama tempat yg nak dituju. Hari kejadian tu puasa 9 Muharram. Keluar lepas asar dah. Sampai Puchong pun dah jam 6 waktu tu. Bila search balik IOI yang nak dituju tu lagi 30 minit. Tak campur dengan gagapnya baca waze campur lagi dengan sokmo gps xdetect. Long putus asa dah, tapi aku nak jugak pergi kan. Finally we r menage to reach there. Punya lah excited kan sebab berjaya.
Dah sampai tu cari tempat lepak dulu utk bukak puasa sebabnya aku ada bawak bekal nasi goreng. Long pun ada beli roti masa singgah kat econsave. Jadi berbukalah dengan bekalan yang dibawa tu. Dip N Dip tu dessert nanti ya.
Strawberry Milkshake RM16
Brownies Crepe rm28.50
Tu je yang kami order. Share berdua. Kenyang makan nasi goreng ngan roti xhilang pun lagi. Secara keseluruhanya service terbaik. Makanan pun not bad. Yang aku dok perati orang g situ ramai yang amik satu je lepas tu share. Ada yang amik air mineral. Kami tak order lah air mineral sebab mana2 aku pergi memang aku bawa air mineral.
Diabetis saya makan awak tau!!
Aku pilih utk duduk kat luar. Nampak tak aircond dalam gambar atas tu. Hah itu pekerja dia pasangkan. Pusing betul2 ngadap aku. Sebab tu aku kata service dia terbaik. Muhaha.
p/s ~ setakat nak g cuba rasa boleh la. Kalau nak suruh kenyang dengan makanannya memang tak lah. Baik makan nasi or western food.
Wase kalau kita silap address memang kita dibawa tempat yg silap.
ReplyDeleteBermakna bukan salah wase kan...
Kakak pun baru terkena sebenarnya..
Sakannya makan dip n dip. hihi :D
ReplyDeletenampak sedap tapi mahalnya bownies crepe tu ... boleh dapat sebiji regular pizza :p
ReplyDeleteaowwww macam sedap je awak eh
ReplyDeleteBetul tu Rose....nak kenyang bukan situ tempatnya. Air pulak mahal ya rabbi baik minum air botolbeli kat Tesco hihi...
ReplyDeleteOkje pun dah test benda tu....biasa biasa pun kan cuma coklat jer penuh